Ebola atau penyakit virus ebola dikatakan wabak baru yang
sedang melanda dan bakal mengancam dunia. Meskipun ia belum memasuki tanahair
kita namun oleh kerana dunia kini bersifat global (tanpa sempadan) maka
sewajarnya kita bersedia lebih awal terhadap sebarang kemungkinan.
Wikipedia mencatatkan seperti berikut:
“Penyakit virus Ebola (EVD) atau Demam
berdarah Ebola (EHF) ialah penyakit yang menyerang manusia
disebabkan oleh virus Ebola. Virus ini
baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat
berbahaya di dunia[1]. Ebola mudah berjangkit dan boleh
membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan
kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit. Virus Ebola
menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air,
lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di
seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7
sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang
serius.
Gejala-gejala biasanya bermula dari hari ke-dua hingga ke
tiga minggu selepas dijangkiti virus, dengan demam,
sakit tekak, sakit otot,
dan sakit kepala.
Kebiasaannya diikuti rasa loya,
muntah-muntah, dan cirit-birit, juga
kemerosotan fungsi hati dan buah pinggang. Pada ketika ini, sesetengah
orang mula mengalami masalah pendarahan.”
Sila perhatikan gejala wabak ini seperti tercatat di atas iaitu:
demam
sakit tekak
sakit otot
sakit kepala
loya
muntah
cirit birit
Tanda-tanda tersebut segera mengingatkan saya pada ramuan yang dirumus arwah datuk kami iaitu campuran minyak dan herba yang dikeluarkan kira-kira 50 tahun lalu dan kini disambung oleh pewaris yang diiktiraf beliau.
Menurut Allahyarham, ramuan tersebut boleh digunakan jika mengalami gejala-gejala seperti demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, loya, muntah, dan cirit birit.
Barangkali secara kebetulan juga gejala seperti yang tercatat itu hampir sama yang berlaku pada pesakit Kencing Tikus iaitu wabak yang sedang melanda negara kita.
Saya sering terfikir jika ramuan tersebut memiliki khasiat yang mirip gejala kencing tikus dan ebola, kenapa tidak kita cuba? Doa, ikhtiar, tawakkal pada Allah Taala.
Buat masa ini saya sedang berhubungan dengan beberapa individu yang berkelayakan dan mempunyai akses pada penyelidikan bagi membolehkan Minyak Morhabshi menjalani proses penyelidikan secara saintifik.
Semoga usaha ini dipermudahkan dan diberkati Allah Taala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan