Pada Jumaat 16 Jan 2015 pejabat Urusan Morhabshi di Bukit Baru Melaka dikunjungi wartawan Melaka Hari Ini untuk sesi temuramah.
Maka pada Isnin 19 Jan 2015 sebuah rencana khas berkenaan Minyak Morhabshi telah disiarkan dalam akhbar tersebut.
Rupa-rupanya rencana satu muka surat penuh itu telah menarik perhatian ramai termasuk pihak kerajaan negeri.
Pada tengahari itu juga saya dihubungi melalui telefon oleh Datuk Hasnol yang bertanggungjawab dalam pembangunan usahawan dan produk negeri Melaka.
Pihak pengurusan Morhabshi dan Morha Marketing mengucapkan jutaan terima kasih atas kesediaan beliau membantu meluaskan lagi penggunaan Minyak Morhabshi ke seluruh negara dan InsyaAllah ke peringkat global dengan pusat pengeluarannya di Melaka.
Semoga produk istimewa berkonsep produk untuk rakyat ini semakin dikenali ramai mencapai sasaran '1 rumah 1 morhabshi'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan