Selasa, 30 September 2014

HFMD: sakit kaki, tangan, dan mulut



Barangkali tidak ramai yang tahu tentang akronim HFMD.

Bagaimana dengan Coxsackie (kosaki)?

Sebenarnya kedua-dua istilah tersebut merujuk pada sejenis penyakit (jikapun tidak disebut wabak) yang tidak asing di negara kita.

Nama lainnya ialah sakit tangan, kaki, dan mulut.

Penyakit ini kerap memyerang kanak-kanak dan lazimnya tidak merbahaya.

Namun ia tidak boleh diambil ringan kerana terdapat virus berkaitan penyakit ini dikatakan boleh melarat hingga membawa maut. Wallahualam.

Oleh kerana terdapat peningkatan kes sejak akhir-akhir ini maka saya menggelintir internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan.

Saya temui satu artikel yang ditulis seorang doktor. Walaupun ia disiarkan pada 2008 namun ada di antara maklumatnya yang masih boleh digunakan.

Cuma mungkin perkembangan teknologi semasa (2012) serta pertambahan pengetahuan manusia meminimumkan kesan mudaratnya dan mempercepat proses pemulihan.

Mari kita baca:

Monday, July 21, 2008

Tajuk: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dan Perawatannya.

Assalamualaikum,
Baru-baru ini diumumkan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau HFMD telah menular di kawasan Taman Tun Dr Ismail. Saya sendiri di klinik Idzham, telah merawat beberapa orang kanak-kanak yang menghidapinya dan telah memberikan cuti yang lama dari sekolah.

Marilah kita sama-sama berkongsi pengetahuan tentang penyakit yang pernah menjadi endemik di Sarawak dan Johor sesuatu ketika dahulu dan menyebabkan lebih 30 kematian.

Artikel tentang HFMD ini adalah dirujuk daripada garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kes HFMD.


Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus.

Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71.

Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti.

Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut.

Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut.

Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.


Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-.

Demam Tinggi.
Penat dan lemah.
Tidak mahu makan dan kurang kencing.
Bernafas kencang.
Muntah-muntah.
Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
Sawan


Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya.

Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.


Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?

1. Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah.

2. Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik.

3. Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari.

4. Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.

5. Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini. (artikal ini ditulis pada 2008).


Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah.

Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik!

Sekiranya anak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wallahu A'lam.

Ditulis oleh Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com/Dr Azwan at 3:49 PM.


Terima kasih Dr Azwan (klinik Idzwan Taman Tun Dr Ismail KL atas perkongsian maklumat ini.


Cerita kami pula:

Selain rawatan di klinik terdapat pelbagai rawatan menggunakan kaedah lain termasuk secara tradisional.

Saya tidak menggunakan istilah alternatif kerana ada pihak yang berhujah rawatan menggunakan herba bukan suatu alternatif kerana ia telah digunakan ribuan tahun dan melalui proses pengujian serta pematangan yang amat panjang.

Salah satu produk tradisional yang bersesuaian dengan penyakit kosaki ini pernah dikeluarkan oleh datuk kami Ustaz Hj Abdul Hamid dan diteruskan waris beliau yang mempunyai pelanggan setia sehingga kini, malah semakin bertambah ramai.

Minyak tersebut diperbuat daripada 100% herba dan tumbuh-tumbuhan tanpa dadah atau kimia. Kami rahsiakan namanya buat masa ini kerana ia masih dalam proses menaiktaraf status pendaftaran dengan KKM.

Buat masa ini ia didaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia atas rujukan NOT untuk sementara waktu dan tidak boleh dinamakan ubat.

Antara bahannya ialah resin morhabshi yang diambil daripada pokok Myrrh. Banyak kitab dan buku yang meriwayatkan keistimewaannya.

Kajian saintifik juga telah dilakukan di banyak negara yang membuktikan khasiat dan keberkesanan resin morhabshi. (Lihat sini).

Sejarah penggunaan morhabshi (myrrh) sebenarnya telah dikesan digunakan sejak zaman Rom lagi yakni digunakan golongan bangsawan kerana harganya yang amat mahal.

Minyak Morhabshi juga mengandungi Safron (Zaafaron) yang mempunyai pelbagai khasiat tersendiri termasuk untuk kulit.

Saidina Ali ra dalam sebuah riwayat mengatakan sesiapa yang mengamalkan Safron (zaafaron) daya ingatannya begitu kuat sehingga orang menyangka ia menggunakan sihir.

Selain itu banyak lagi keistimewaan stigma bunga safron yang banyak di tanam secara komersial di Iran dan Nepal.

Sementara itu pohon myrrh (morhabshi) juga tidak terdapat di kepulauan Melayu.

Berbalik pada sakit tangan, kaki, dan mulut tadi, jika anda memiliki minyak herba warisan Ustaz Hamid, sapukan sahaja pada tempat yang terkena jangkitan. Malah di bahagian dalam mulut juga boleh disapukan.

Jangan bimbang kerana semua bahan dalam minyak tersebut adalah bahan yang boleh dimakan termasuklah minyak asasnya.

Ia juga tidak panas dan tidak berbau. Tidak menjadi masalah jika tertelan bahkan ia menjadi penawar untuk penyakit dalaman.

Jika dicatat satu persatu bahan herba yang terdapat dalam minyak warisan tersebut serta khasiatnya sudah tentulah artikal ini akan berubah menjadi sebuah buku yang tebal.

Justeru anda boleh membaca mengenainya dalam artikal lain yang terdapat di blog ini serta mendapatkan pengesahan daripada sumber ketiga.

Jika ingin mengetahui lebih lanjut, hubungi kami.

Jika anda ingin mendapatkan respon segera, sila ke www.morhabshi.biz bagi mengetahui lokasi orang yang pernah menggunakannya. Salah seorang daripada mereka mungkin berhampiran tempat tinggal anda.

Selamat mencuba. Kami sendiri gunakan untuk anak-anak kami sejak mereka bayi dan saya masukkan ke tekak saya apabila diserang batuk.
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.