Sabtu, 4 Oktober 2014

Meneruskan tradisi dan mengekalkan yang asli

Boleh dikatakan setiap hari kami dihubungi orang ramai bertanyakan ramuan untuk kencing tikus.

Apa itu kencing tikus? Bagaimanakah seseorang boleh dijangkiti kencing tikus? Apakah tanda-tanda seseorang yang diserang penyakit kencing tikus?




Berikut adalah tanda/gejala kencing tikus yang saya kutip daripada pembacaan termasuk web:

Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari. Biasanya sekitar hari ke-10.
Ia mungkin bermula dengan rasa seperti demam, tubuh menggigil, rasa sakit pada bahagian tertentu anggota tubuh dan sakit kepala.
Batuk yang tidak berkahak.
Rasa loya dan boleh diikuti muntah serta cirit-birit.
Sakit-sakit sendi dan/atau sakit tulang,
Sakit pada tekak dan sakit perut.
Radang selaput mata.

Pesakit juga mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, dan boleh dikesan melalui perubahan bunyi pada peparu atau timbulnya ruam.

Jika dilihat pada catatan yang ditinggalkan Ustaz Haji Abdul Hamid pada botol minyak morhabshi yang beliau hasilkan, sebahagian simptom atau tanda-tanda di atas adalah hampir sama dengan khasiat produk yang dihasilkannya.

Cuma beliau tidak menggunakan nama Kencing Tikus. Hal ini mungkin kerana nama Kencing Tikus belum ada pada masa itu dan orang ramai menggunakan istilah lain bagi merujuk pada penyakit kencing tikus. Wallahualam.

Antara catatan yang dibuat Almarhum Ustaz Hamid pada botol minyak herba yang beliau hasilkan ialah:
Demam, lenguh, sakit kepala, batuk, loya, muntah, cirit birit, Sakit-sakit sendi.

Walaupun tidak dicatatkan sakit radang selaput mata pada botol tersebut namun kami mendapat beberapa testimonial bahawa minyak yang beliau hasilkan itu membantu masalah mata.

Alhamdulilah meskipun Ustaz Hamid telah tiada namun beliau telah meninggalkan resepi bagi mengeluarkan produk berkenaan dan mengajar sendiri pada anak cucu beliau bagi menghasilkan produk yang serupa.
Formula tersebut juga terdapat dalam salah sebuah kitab yang beliau tulis.

Insya-Allah kami akan berkongsi dengan sesiapa sahaja yang berhajat.

Hubungi 0194401944 atau 0194402211.

"Meneruskan Tradisi dan Mengekalkan yang Asli"

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...Bolh kah produk ini digunakan untuk merawat pesakit yg sedang koma akibat wabak kencing tikus?

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.