Selasa, 30 September 2014

Asal usul morhabshi

Pohon myrrh atau morhabshi



Saya menemui sebuah web daripada luat negara khusus berkenaan khasiat morhabshi yang mereka gelar Myrrh. Ia berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud pahit.


Berbeza daripada sumber lain, web tersebut turut menyentuh mitos asal usul myrhh (morhabshi).

Rupa-rupanya dalam kitab agama lain pun diceritakan tentang morhabshi.

Sebagai mukmin sudah tentulah saya menolak kepercayaan pengendali web tersebut.

(http://www.theherbprof.com/hrbMyrrh.htm)

Bagi saya kesah tersebut mungkin timbul akibat rasa kagum yang amat sangat orang dahulu kala terhadap 'keajaiban' resin myrrh atau morhabshi tersebut.

Dalam web berkenaan dicatatkan khasiat myrrh atau morhabshi seperti berikut:

(saya copy dan paste di bawah)

Uses:
Antibiotic, Antiseptic, arthritis, Asthma, boils, breath Freshener, bronchitis, canker Sores, Catarrh, Cavities, Colds, Colitis, Colon (cleans),  Coughs, Cuts, Digestion, Diphtheria, Emphysema, Gangrene, Gargle, Gums, Halitosis, Healing (general), Hemorrhoids, Herpes, Hemorrhoids, Indigestion, Infections, Lung Diseases, Menstruation, Mouth Sores, Nervous Conditions, Nipples (sores),  Phlegm (reduces),  Pyorrhea, Rheumatism, Scarlet Fever,  Shock, Sinus Problems,  Skin Sores, Sore Throat, Sores (poultice), Stomach (cleans), Thyroid,  Tonsillitis, Toothache, Tuberculosis, Ulcers (leg), Ulcers (leg), Vaginal Discharge, Wounds, Yeast Infections               

(Web tersebut juga meletakkan sumber rujukan sebagaimana berikut):

Sources:
Little Herb Encyclopedia, by Jack Ritchason; N.D., Woodland Publishing Incorporated, 1995

Rodale's Illustrated Encyclopedia of Herbs, Rodale Press, Emmaus, Pennsylvania 1987

The Ultimate Healing System, Course Manual, Copyright 1985,

Don Lepore Planetary Herbology, Michael Tierra, C.A., N.D., Lotus Press, 1988

Semoga maklumat yang saya salin tadi memberi manafaat kepada para pengguna.

Yang menjadi tanda tanya saya ialah dari mana Ustaz Hj Hamid memperolehi maklumat berkenaan morhabshi.

Alangkah ralatnya saya tidak bertanya hal ini ketika hayat beliau.

Andaian saya ialah beliau memperolehi daripada kitab-kitab lama berbahasa arab dan Inggeris. Beliau mempunya beberapa almari besar berisi pelbagai kitab dan buku dalam bahasa melayu, Inggeris, dan Arab.

Sebenarnya walaupun allahyarham adalah seorang yang 'simple' dan 'nampak macam orang biasa' namun banyak peristiwa yang saya alami membuatkan saya berfikir, adakah beliau 'orang biasa'?.

Beberapa bulan sebelum beliau meninggal, beliau telah meminta saya membeli sebuah buku perubatan berbahasa Inggeris.

Cuainya saya kerana catatan judul buku tersebut juga telah hilang. Hanya selepas beliau tiada, barulah saya sedar nilainya.

Apapun, alhamdulillah kerana masih ada formula produk yang ditinggalkan pada anak cucu dan masih boleh dikeluarkan. Ia juga sebagai amal baik beliau walaupun telah berpindah ke negeri kekal.

Alfatihah untuk arwah Ustaz Hamid dan isteri beliau Hajaj Saodah.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.