Selasa, 23 September 2014

Morhabshi merawat siflis dan kaitan dengan kencing tikus

peta menunjukkan lokasi tumbuhan myrrh yang mengeluarkan resin ajaib sejak zaman Mesir

Biarpun morhabshi atau myrrh agak asing di Malaysia namun ia adalah resin herba yang telah diakui keberkesanannya di peringkat antarabangsa.

Berikut adalah terjemahan daripada sebuah web iaitu khusus tentang myrrh atau morhabshi.
"Myrrh digunakan untuk pencernaan, ulser, selsema, batuk, asma, kesesakan paru-paru, arthritispain, kanser, penyakit kusta, kejang, dan siflis. Ia juga digunakan sebagai perangsang dan meningkatkan aliran haid."

"Myrrh disapu terus ke mulut untuk kesakitan dan bengkak, radang gusi (gingivitis), gigi longgar, kudis, nafas berbau, dan bibir pecah-pecah. Ia juga digunakan topically untuk buasir, bedsores, luka, melecet, dan bisul."

Lihat semula senarai di atas dan anda akan dapati perkataan 'siflis' tercatat di situ.

Mungkin siflis bukan lagi ancaman masa kini namun jika penyakit yang amat ditakuti itu boleh ditawarkan dengan myrrh maka tidak hairanlah ia berkesan melawan virus kencing tikus sebagaimana yang telah diceritakan oleh beberapa pengguna produk berasaskan morhabshi (myrrh).

Justeru kami amat berbangga menjadi satu-satunya pengeluar produk herba yang menggunakan myrrh (morhabshi) sebagai bahan utama.




Berikut adalah catatan asal yang terdapat di http://www.webmd.com

Myrrh is used for indigestion, ulcers, colds, cough, asthma, lung congestion, arthritispain, cancer, leprosy, spasms, and syphilis. It is also used as a stimulant and to increase menstrual flow.
Myrrh is applied directly to the mouth for soreness and swelling, inflamed gums (gingivitis), loose teeth, canker sores, bad breath, and chapped lips. It is also used topically for hemorrhoids, bedsores, wounds, abrasions, and boils.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.