Selasa, 23 September 2014

misteri strok dan lumpuh




"myk tuan dh ada jasa dgn org kena stroke, angin tuju yg tk bole diurut dn sakit bdan yg sgt kuat mkn pil tahan sakit pun x lut alhmdulilah ada perubahan"
(Zulmazli, Selangor)



Alhamdulillah. Sebenarnya kami tidak pernah mendakwa minyak warisan Ustaz Hamid ini mampu menyembuhkan strok. Ia bermula apabila terdapat pengguna yang kagum dengan kemujaraban penyakit lain seperti sakit gigi yang sembuh dengan cepat.

Ada pula beberapa pesakit berkaitan mistik turut sembuh setelah menggunakan minyak herba yang telah diruqyah ini.

Akibatnya timbul keinginan untuk mencuba penyakit lain pula. Antaranya ialah seorang pengamal perubatan tradisional di Trengganu yang berjaya mengubati seorang pesakit barah hati kronik dengan bantuan minyak rumusan Ustaz Hamid ini.

Apabila kisah tersebut saya papar di blog ini, ramai pula yang mencuba untuk sakit lain. Antaranya ialah puan Saadiah daripada Perak yang ibunya lumpuh hampir dua tahun. Setelah itu berjujutlah maklum balas kami terima daripada pengguna lain.

Ada juga kes strok dan lumpuh yang dikaitkan dengan perkara mistik seperti sihir. Wallahu alam.

Apapun, kita semua memang sedar bahawa semua kesembuhan tersebut berlaku atas izin Allah taala.

Saya percaya, semua pelanggan Morhabshi faham perkara asas ini.

Nota:
Salah satu ramuan allahyarham Ustaz Hamid yang terkenal ialah Minyak Morhabshi.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.