Manakan tidak, isu gaza jauh beribu batu manakala isu kapal terbang amat jarang berlaku. Sedangkan jika kita ikuti kes-kes kencing tikus terutama punca-puncanya, kita merasa seolah tidak ada cara yang cukup selamat untuk kita terhindar.
Kita boleh menjaga kebersihan dan keselamatan makanan di rumah namun bagaimana di luar?
Lebih membimbangkan, kencing tikus tidak sahaja tersebar melalui makanan yang tercemar bahkan melalui sentuhan atau perkongsian laluan di luar rumah.
Berikut adalah faktor sebaran kencing tikus yang saya kutip daripada sebuah blog. Sebenarnya di nana-mana sumber pun faktornya hampir sama.
Faktor risiko:
Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas:
- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Terdedah di tempat yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut (terminum) virus akan menjangkiti.
Justeru apakah langkah pencegahan yang boleh kita ambil? Berkurung di dalam rumah?
Mampukah kita untuk tidak berekreasi, bersosial, bahkan menghadiri program keagamaan di luar rumah?
Bagaimana dengan pekerjaan atau melakukan aktiviti pembelajaran seperti kursus dan lain-lain?
Apakah sudah ada vaksin pencegahan yang boleh kita ambil? Adakah sudah ditemui ubat yang mampu menyembuhkan mangsa kencing tikus?
Setakat ini belum ada ubat khusus bagi merawat penyakit misteri yang dinamakan kencing tikus ini.
Artikal berkaitan yang mungkin boleh membantu anda
Artikal berkaitan yang mungkin boleh membantu anda
Nota:
Sementara itu sesiapa yang ingin mendapatkan minyak morhabshi boleh hubungi terus 0194401944 atau dapatkan daripada agen/stokis kami.
Sementara itu sesiapa yang ingin mendapatkan minyak morhabshi boleh hubungi terus 0194401944 atau dapatkan daripada agen/stokis kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan