Sambil-sambil 'berwhatsapp' (istilah yang guru BM saya tidak pernah ajar) dengan rakan-rakan lama tiba-tiba terkeluar isu kedai milik Melayu yang perlu diperkasa demi memenuhi fardhu kifayah.
Sampai bila kita nak bersikap 'sudah terantuk baru nak terngadah' dengan keadaan kita yang terlalu bergantung pada kaum lain termasuk soal makanan?
Apabila timbul isu makanan halal dan sebagainya barulah kita nak menggelabah dan salah menyalah.
Apapun, dalam perniagaan tidak boleh bergantung pada belas kasihan. Perkhidmatan yang ditawarkan mesti lah mampu memenuhi keperluan dan citarasa pengguna.
Maka kami pun melakukan sumbang saran dan berikut adalah idea mentah yang diperolehi.
Namapun mentah maka belumlah saya saring, asing, dan susun ia menjadi panduan yang sistematik..
Apapun, atas dasar 'bukan nak kena bayar pun' maka saya siarkan di sini cadangan rakan-rakan saya yang tidak pernah berniaga itu untuk 'dimasak' oleh anda yang lebih berpengalaman:
1) kurang mesra pelanggan
2) khidmat lepas jualan
3)kurang ilmu tentang produk
4) harga yg tak berpatutan
5) barang tak complete, contoh takde gula dah tentu org beli tempat lain ,so bukan gula saja kita rugi tapi mungkin ada 10 jenis barang lg yg terlepas sbb gara2 gula (dlm kedai tak cukup barang)
6) susun atur
7) lokasi perniagaan
8) Kurang ilmu komunikasi bersama pelanggan.
9) Kurang promosi.
10) Kurang ajar
11) Improvise
12) Kajian mesti dilakukan secara berkala. Tentang perjalanan setiap hari berkenaan perniagaan. Cari di mana kelemahan. Dan baiki semampu yg boleh.
13) Terapkan sikap amanah dlm diri.
14) Tanamkan dlm diri apa yg dibelanjakan oleh org lain adalah jariah dari kita. Yakni cuba bersikap tolak ansur semampu yg boleh bersama pelanggan.
15) Beri perhidmatan yg terbaik demi kerana allah.
16) Pd peniaga atau usahawan jgn malu utk terus belajar. Atau mengikuti kursus yg berkaitan dgn perniagaan. Ilmu sangat berguna walau dlm apa bidang sekali pun.
17) Jgn rasa diri terlalu hebat dan dah tau serba serbi. Walau kita telah berjaya. Kerana yg pasti kita sangat2 lemah dan kurang dlm semua sudut.
18) Jgn lupa utk membuat jariah. Sedekah lah semampu yg boleh. Allah menjanjikan yg terbaik pd yg meberi dan juga penerima mendapat manfaatnya.
19) Apabila kita memberi jgn sekali2 mengingati atau mengungkit2. Takut nanti jatuh riak atau semakna dgnnya.
20) Pengurusan kewangan kena cekap.
21) Jadi lah pemimpin yg terbaik pd pekerja atau tangungan mahupun pelangan. Janganla menjadi beban pd org yg di pimpin.
22) harta org jgn wat mcm harta kita...
23) Harta kita wi ke org takpe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan