Safron/zaafaran: salah satu bahan yang terdapat dalam Minyak Morhabshi
Safron atau zaafaran adalah salah satu bahan yang terdapat dalam Minyak Morhabshi. Selain safron, Minyak Morhabshi juga mengandungi resin myrrh, zaiton, raja kayu, keduduk, mustaqim dan berpuluh herba tradisional yang mempunyai pelbagai khasiat.
Safron atau zaafaron atau koma-koma merupakan sejenis rempah (Crocus sativus).
Koma-koma merupakan antara rempah yang termahal di dunia yang mana harganya
boleh mencecah ribuan ringgit per sekilo.
Safron berasal dari perkataan Arab bermaksud
kuning, sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara
khazanah alam termahal di dunia. Herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' ( Gold
of the Desert ) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable
Gold', dan 'Flower of Love'. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa
pengubatnya sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup
menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam
pemakanan, kecantikan dan perubatan.
Safron berwarna kuning keemasan dan diambil dari sekuntum bunga yang berwarna ungu. Pokoknya berasal dari Timur Tengah, Greece, Turki, Iran dan Kashmir. Biasanya koma-koma boleh didapati di pasar-pasar di Morocco.
Safron digunakan untuk menambah aroma dan menyerikan warna pada masakan seperti nasi beriani. Di Morocco ia digunakan untuk masakan yang dipanggil Tagine.
Sebagai tanaman terapi, safron kaya dengan karbohidrat, minerals, mucilage serta vitamin B1 dan B2 (riboflavin dan tiamin), disamping banyak lagi bahan lain yang berkhasiat farmaseutikal. Struktur asas saintifik safron, crocin menghasilkan warna, picrocrocinmenghasilkan citarasa dan safranal menghasilkan aroma.
Antara keistimewaannya, safron
boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat
amenia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol,
mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah
(haid), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat
penyakit saluran kencing (renal colic), kesuburan, menambah selera makan untuk
kanak-kanak dan ia turut digunakan sebagai perangsang tenaga batin dan
penenang.[perlu
rujukan]
Safron adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Ia digunakan dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan. Masyarakat India terutamanya wanita menggunakan safron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah. Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan safron sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan safron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.
Safron juga sering dijadikan
ramuan penting dalam masakan. Di dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan
Malaysia, safron banyak digunakan di dalam nasi, teh, kopi, dan makanan pencuci
mulut. Di dalam industri tenusum safron memberikan warna yang cantik kepada
mentega dan keju serta digunakan dalam pembuatan aiskrim, jem dan ekstrak
safron. Selain menaikkan aroma, ia juga memberikan kebaikan dari segi kesihatan.
Dapatkan saffron gred terbaik (Iran dan Maghribi). Contact 0194401944
Foto: www.morha.com.my
Safron atau zaafaran adalah salah satu ramuan dalam penyedian minyak morhabshi keluaran sayarikat Morhabshi dengan jenama Morha (R) iaitu syarikat yang diusahakan orang Islam 100%.
Safron atau zaafaran adalah salah satu ramuan dalam penyedian minyak morhabshi keluaran sayarikat Morhabshi dengan jenama Morha (R) iaitu syarikat yang diusahakan orang Islam 100%.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan