Ahad, 29 Julai 2012

dari kambing gurun ke minyak gamat dan kini Minyak Morhabshi




"Stop, stop, stop..." Che Mat Dresar mengarahkan.

Pak Cha gesa-gesa memperlahankan Datsun 120Ynya dan berhenti di tepi jalan. "Nak buat apa, Che Mat?" tanyanya. Gusar juga memberhentikan kenderaan di jalan lengang itu walaupun jam baru menunjukkan pukul 8 malam.

Dia sedar, jalanraya bertanah merah yang merentasi hutan Jengka itu sesekali dikongsi juga tok gajah dan pak belang.

Hanya sesekali kenderaan melalui jalan itu terutama waktu malam.

"Tadi awak kata kita terlanggar kambing gurun. Saya nak tengok kambing tu." ujar HA klinik itu.

"Tak payah la Che Mat. Takkan ada lagi di situ. Kita langgar sikit je. Dia dah lari masuk hutan." jawab encik Mat Isa yang saya panggil Pak Cha itu.

"Sikit apanya..? Bergegar kereta kita walaupun kena bahagian tepi." balas HA itu tidak puas hati.

"Ya. Tapi setakat luka atau patah, dijilatnya sendiri, dah boleh lari semula. Lidah kambing gurun tu kalau kita dapat, buat duit la kita. Ha ha ha." jawab Pak Cha, ketawa.

Kisah di atas berlaku sekitar 1970an di Jengka Pahang. Ketika itu saya masih di sekolah rendah.

Ketika bersekolah di Temerloh, hampir setiap pagi Ahad saya ke pekan sehari di tebing muara Semantan. Saya suka melihat orang menjual ubat. Ketika itu saya tidak peduli sangat ubat yang dijual. Yang penting, pertunjukan silap mata si tukang ubat!

Salah satu ubat tradisional yang pasti ada setiap minggu ialah minyak kambing gurun.

Menariknya, penjual ubat akan mempamerkan kepala kambing gurun bagi membuktikan minyak tersebut adalah tulin. Jika mahu membelinya, boleh diceduk terus dari dulang yang menampung kepala kambing gurun malang itu.

Sekarang, saya tidak fikir ada penjual ubat yang berani berbuat begitu lagi memandangkan kambing gurun adalah haiwan yang dipelihara sepenuhnya di bawah akta Perhilitan.

Zaman itu, hampir setiap rumah orang Melayu menyimpan sekurang-kurangnya sebotol kecil minyak kambing gurun untuk digunakan di waktu kecemasan.

Khasiat kambing gurun memang banyak. Namun sebagaimana yang saya nyatakan tadi haiwan tersebut sudah hampir pupus dan menjadi kesalahan jika menyimpannya samada ia hidup atau mati.

Sekitar 1980an, minyak gamat pula menjadi popular. Minyak yang bersumberkan sejenis haiwan laut itu mampu menggantikan kehebatan kambing gurun yang semakin sukar ditemui.

Seperkara yang menarik pada gamat ialah ia turut dikaji secara saintifik sesuai dengan perkembangan teknologi semasa. Hasilnya pelbagai bentuk produk tradisional mahupun inovatif dikeluarkan oleh pelbagai syarikat, termasuk jeli gamat.

Antara gamat yang terkenal adalah yang dikeluarkan secara tradisional di Langkawi.

Saya rasa hampir setiap rumah orang Melayu menyimpan minyak gamat.

Apakah Minyak Morhabshi?

Saya percaya tidak ramai yang mengetahui tentang Morhabshi. Jika Kambing Gurun dan Gamat adalah sejenis haiwan, Morhabshi pula adalah getah (resin) daripada tumbuhan.

Sebenarnya penyelidikan terhadap morhabshi yang dipanggil myrrh sudah berjalan lama di seluruh dunia. (lihat Wikipedia). Penggunaannya sudah dikesan sejak zaman Mesir purba dan diamalkan raja-raja Mesir. Malah harganya dikatakan sama dengan emas yang sama timbangannya.

Arwah datuk kami mengeluarkan minyak morhabshi bukan sahaja sebagai alternatif pada ramuan bersumberkan haiwan bahkan kerana beberapa keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja untuk kegunaan fizikal malah dikatakan mempunyai aura mistik melangkaui alam ghaib (makhluk halus).

Selain resin myrrh atau morhabshi, Minyak Morhabshi juga diadun bersama lebih 30 campuran herba yang terdapat di kepulauan Melayu. Ia juga dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.