SEKADAR KEBETULAN.
Ketika melintas di hadapan kedai ubat tadi teringat pula hendak meninjau produk minyak yang dijual di premis tersebut.
Ada beberapa produk minyak bersusun di atas rak dalam pelbagai saiz dan bentuk.
Sudah tentu harganya juga berbeza.
Saya cuba banding-bandingkan produk-produk minyak itu dengan Minyak Morhabshi keluaran keluarga saya.
Dari segi kegunaan nampaknya minyak morhabshi hampir sama dengan minyak lain. Malah minyak morhabshi lebih unik dengan keistimewaan tambahan yang tidak terdapat pada produk lain.
Oh ya. Saya sedang menceritakan perihal produk warisan keluarga yang dimulakan ustaz hj Abd Hamid.
BERKESANKAH?
Dari segi keberkesanan dan khasiat saya yakin minyak morhabshi tersebut boleh dipercayai berdasarkan pembelian ulangan yang tinggi serta pengakuan para pengguna yang tidak pernah saya kenali sebelum ini.
Dari segi harga, saya lihat ada produk minyak yang dijual RM5 untuk 10ml dan ada yang dijual sehingga RM25 dalam pek 20ml. Yang RM50 untuk 50ml pun ada.
Minyak Morhabshi warisan datuk kami dijual pada harga runcit RM18 untuk pek 30ml.
Nampaknya dari segi harga, produk warisan Ustaz Hamid ini masih mengekalkan harga lebih rendah berbanding produk lain yang setara.
APA YANG KURANG?
Cuma saya dapati Minyak Morhabshi ketika itu agak terkebawah dari segi pembungkusan dan penampilan. Walaupun sudah dinaiktaraf namun masih terpancar imej kekampungan pada produk keluarga ini.
Bukan saya tidak cemburu melihat penampilan produk lain yang cantik-cantik dan dibungkus dengan kotak mahal. Namun saya sedar, jika saya melakukan hal yang sama maka Minyak Morhabshi terpaksa dijual dua atau tiga kali ganda daripada harga sekarang.
Bersediakah pelanggan morhabshi menerima perubahan itu nanti demi mendapatkan packaging yang cantik?
Kini (2014) minyak morhabshi telah tampil lengkap setanding produk internasional global namun harganya masih terendah.
Alhamdulillah kerana pembiayaan menaiktaraf tersebut dibantu oleh kerajaan melalui MARA dan SIRIM dan KKM turut membantu.
MASUK TV
Seperkara lagi yang menggusarkan sanubari saya ialah minyak morhabshi masih kurang dikenali lantaran tiada promosi yang melibatkan media perdana.
Ya, Minyak Morhabshi belum pernah diiklankan di majalah, akhbar, radio, atau tv.
Sudah tentu semua itu kerana KOS yang amat tinggi.
Sehingga kini minyak morhabshi hanya diiklankan di internet!
HANYA INTERNET
Sebenarnya pengiklanan di internet sudah makin meluas. Hal ini bukan sahaja kerana hampir semua rumah sudah mempunyai akses internet bahkan web sudah boleh dilayari menggunakan telefon mudah alih di samping pelbagai gadjet seperti tablet dan sebagainya.
Rakyat Malaysia hari ini melayari intetnet di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Malah saya sendiri menulis artikal ini di pasaraya sambil menemani isteri membeli belah.
Bagaimana dengan anda yang sedang membaca artikal ini?
Kemunculan web sosial seperti Facebook dan Tweeter tambah memeriahkan lagi dunia internet.
Hari ini hampir semua orang ada akaun FB tak kira penduduk bandar atau kampung!
Bagi pengeluar dan pemasar produk, penggunaan internet dalam mempromosi produk adalah satu kewajipan melainkan mereka memang sengaja mahu menutup perniagaan.
Melalui internet pengeluar bukan sahaja boleh menyiarkan maklumat produk dalam bentuk teks atau gambar pegun malah boleh menyiarkan video berkenaan produk tersebut.
INTERNET VS TV
Sepatutnya soal promosi di media konvensional seperti akhbar dan tv tidak timbul lagi kerana internet menyediakan ruang yang lebih luas dan tepat kepada sasaran pengguna.
Melalui internet para pengusaha boleh memasukkan maklumat tanpa batasan dan bakal pembeli boleh mendapatkan pelbagai info tambahan serta melakukan perbandingan produk.
Sebenarnya, sebagaimana isu packaging tadi penyiaran iklan sesuatu produk di media konvensional melibatkan persepsi terhadap produk tersebut. Kononnya produk yang pernah keluar di tv mempunyai kualiti yang tinggi.
Benarkah? Sesuatu yang orang ramai terlepas pandang ialah pihak pengusaha sesuatu produk membayar sejumlah wang kepada penyedia media untuk mengiklankan produk mereka.
Bukan setakat bayaran malah 'bayaran yang mahal'!
Dengan itu produk 'murah' pun boleh jadi mahal apabila sudah diiklan di tv.
Yang membayarnya? Sudah tentulah pengguna.
PRODUK KAMPUNG
Maka warisan yang dikeluarkan di bengkel kecil di kampung Sungai Tengar dalam daerah Sabak Bernam, yang tidak menyediakan sejumlah bayaran pada pihak tv, radio, atau lain-lain dianggap kurang berkualiti dan kurang berprestij!
Padahal, belum cuba belum tau dan ramai yang dah cuba dan kemudian beli berulangkali.
IKLAN VS HARGA
Bukan saya tidak tahu bahawa pengiklanan di media tv, radio, dan akhbar amat berkesan.
Saya juga tahu bahawa saya boleh mendapatkan pinjaman bagi membiayai pengiklanan tersebut dan menikmati pulangan berlipat ganda daripada jualan selepas itu.
Namun sebarang peningkatan kos pasti mengakibatkan kenaikan harga pengguna.
Itu yang saya tidak mahu!
PRODUK 1 MALAYSIA
Saya mahu setiap rakyat Malaysia mampu menggunakan minyak morhabshi dan mereka tidak perlu menyediakan budget yang besar untuk itu.
28 juta rakyat Malaysia mewakili berapa keluarga?
Impian saya ialah setiap keluarga menyimpan sekurang-kurangnya sebotol minyak morhabshi untuk kegunaan harian dan persediaan untuk apa sahaja yang serasi dengan keluarga mereka.
Terima kasih kerana membaca artikal ini. Jika selepas ini anda mahu mendapatkan sebotol minyak morhabshi, maaf kerana ia tidak dijual di kedai walaupun ia telah mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia.
Lihat www.morhabshi.biz dan lihat senarai agen dan stokis di situ. Atau kenali lebih lanjut apa itu Morhabshi di www.morhabshi.com
Mungkin anda boleh letakkan nama anda di situ dan mula menerima pesanan daripada pelanggan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan