Ahad, 16 November 2008

Hempedu Bumi, Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita, king of bitter, creat, green chireta, kalmegh, Kirta...



HEMPEDU BUMI adalah salah satu ramuan yang terdapat dalam Minyak Morhabshi.


Nama Botani: Andrographis paniculata
Nama Lain: Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)

Famili: Acanthaceae

Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm. 

Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun. 

 Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. 

Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau nmuda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. 

Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

Hempedu Bumi dimasukkan sebagai salah satu ramuan dalam Minyak Morhabshi kerana fungsinya mempercepatkan pembekuan darah.

Seorang pengguna pernah bercerita tentang peristiwa beliau terkena parang. Beliau telah menyapu minyak herba campiran hempedu bumi ke kawasan luka tersebut sebelum ke klinik. 

Doktor yang memeriksa bertanya apakah yg beliau lakukan sehingga lukanya bertaut rapat dan tidak perlu dijahit? Beliau memberitahu bahawa beliau menggunakan minyak tersebut.

Pengguna tersebut kini bertugas di Bank Rakyat Lukut dan boleh dihubungi melalui 0133616745 (Encik Fauzi Bahdon).

Itu hanyalah sebahagian daripada ribuan kes penggunaan minyak herba dengan izin Allah taala.

Menurut ustaz Hamid...

Resin pokok morhabshi (myrrh) dicampur bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dsb dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah (luar), kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit birit dsb. Campuran ini juga dikatakan dapat menghentikan pendarahan luar.

Sedikit tambahan (daripada wikipedia)...
• Mencampur getah myrrh bersama cuka meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan penyakit

Hanya sebotol kecil namun di dalamnya seribu rahsia penawar.


Sumber rujukan:
http://www.mardi.my/herba1/hempedu.html
Pengalaman pengguna

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Demang,
Boleh tunjukkan gambar hepedu bumi?

Razak, K.Pilah

Cheguman berkata...

Ok, Razak. Demang dah letak gambau.

Tanpa Nama berkata...

Cikgu,minyak ni berangin tak?

Cheguman berkata...

Tak berangin. Namun boleh menghilangkan lenguh, sakit perut dan sakit gigi.

Pada pengalaman saya, minyak Morhabshi ini tidak 'memperdayakan' kita dengan menjadikan kita 'kebas' dan menyembunyikan penyakit sebenar. Sebaliknya dia bertindak menyembuhkan terus penyakit itu. Contohnya sakit gigi dan sakit tengkuk/leher.

Cheguman berkata...

Bagi yang ingin meninggalkan komen atau bersoaljawab dengan saya di sini, anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran sebaliknya gunakan sahaja 'Anonymous'.

Untuk melakukannya, lihat (skroll) ke bawah (kanan) dan anda akan melihat TIGA pilihan iaitu:

> OpenID
> Name/URL
> Anonymous

Klik (tandakan) pada 'Anonymous' dan bolehlah menulis di dalam kekotak yang disediakan.

Setelah siap, anda bolehlah menghantarnya dengan menekan butang/ikon 'Publish Your Comment'.

komen annda boleh dilihat serta merta dan jika anda ingin memadamkannya, sila lihat ikon 'tong sampah' di bawah komen yang dipaparkan itu dan klik di situ.

Anda dinasihatkan untuk menaipkan nama pengenalan bagi memudahkan saya merujuk kepada anda ketika memberi respon. Jika boleh, sertakan sama alamat email anda bagi memudahkan saya memaklumkan jawapan balas saya terhadap persoalan atau respon yang anda kemukakan.

Pertanyaan dan pesanan juga boleh dibuat secara terus melalui SMS kepada saya (0194402211) atau isteri saya (0194522211).

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Cheguman,
Kenapa tidak gunakan semula botol yang besar? Bukankah dulu sdra pernah menggunakannya.

Rosli Karim

Kulai.

Cheguman berkata...

Rosli Karim,
Saya pun lebih sukakan botol yg besar tu sebab penutupnya lebih mesra pengguna. Namun masalahnya ialah agak sukar dikirim melalui pos kerana tutupnya tidak begitu kejap berbanding botol yg kita gunakan sekarang.

Mungkin akan datang kita ada cara lain yg lebih efisyen.

Terima kasih atas pesanan minggu lepas. Kalau sdra nak jual pada kawan-kawan, (order lebih 10 botol) saya beri harga istimewa.

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Ada tak wakil di JB?

'kelana'

Cheguman berkata...

Kelana,
di JB belum ada wakil. Paling hampir ialah di Muar. Sdra boleh dapatkan nombornya di bahagian bawah blog ini.

Biasanya wakil kami tidak membuat penghantaran jauh. Sdra boleh memesan terus drpd saya. Kos penghantaran percuma.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

wabak influenza A(H1N1) sekarang ni sedang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.soalan saya begini,,,adakah hempedu bumi sesuai untuk pencegahan dan rawatan bagi serangan A(H1N1)?,,,adakah pihak yg menjalankan kajian tentang keberkesanan hempedu bumi dalam menangani masalah bawaan A(H1N1)?,,

Tanpa Nama berkata...

The helpful information

Tanpa Nama berkata...

I apologise, but, in my opinion, you are not right. I am assured. I can prove it. Write to me in PM, we will discuss.

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.