Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin

Peluang menambah pendapatan;

Kini anda boleh membantu kami mempromosi Minyak Morhabshi di internet. Sila klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Blog Widget by LinkWithin

Sunday, November 16, 2008

Hempedu Bumi, Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita, king of bitter, creat, green chireta, kalmegh, Kirta...



HEMPEDU BUMI adalah salah satu ramuan yang terdapat dalam Minyak Morhabshi.


Nama Botani: Andrographis paniculata
Nama Lain: Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)

Famili: Acanthaceae

Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm. Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun. Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau nmuda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

Hempedu Bumi dimasukkan sebagai salah satu ramuan dalam Minyak Morhabshi kerana fungsinya mempercepatkan pembekuan darah.

Seorang pengguna pernah bercerita tentang peristiwa beliau terkena parang. Beliau telah menyapu minyak morhabshi ke kawasan luka tersebut sebelum ke klinik. Doktor yang memeriksanya bertanya apakah yg beliau lakukan sehingga lukanya bertaut rapat dan tidak perlu dijahit? Beliau memberitahu bahawa beliau menggunakan minyak Morhabshi ini.

Pengguna tersebut kini bertugas di Bank Rakyat Lukut dan boleh dihubungi melalui 0133616745 (Encik Fauzi Bahdon).

Itu hanyalah sebahagian daripada ribuan kes yang telah dibantu oleh Minyak Morhabshi dengan izin Allah taala.

Sebenarnya...

Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dsb dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah (luar), kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit birit dsb. Campuran ini juga dikatakan dapat menghentikan pendarahan luar.

Sedikit tambahan (daripada wikipedia)...
• Mencampur getah myrrh bersama cuka meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan penyakit



Hanya sebotol kecil namun di dalamnya seribu rahsia penawar.


Sumber rujukan:
http://www.mardi.my/herba1/hempedu.html
Pengalaman pengguna

9 comments:

Anonymous,  November 18, 2008 4:31 AM  

Demang,
Boleh tunjukkan gambar hepedu bumi?

Razak, K.Pilah

Demang Lebar Daun November 18, 2008 6:00 AM  

Ok, Razak. Demang dah letak gambau.

liza ecasha,  November 18, 2008 7:13 AM  

Cikgu,minyak ni berangin tak?

Demang Lebar Daun November 18, 2008 7:44 AM  

Tak berangin. Namun boleh menghilangkan lenguh, sakit perut dan sakit gigi.

Pada pengalaman saya, minyak Morhabshi ini tidak 'memperdayakan' kita dengan menjadikan kita 'kebas' dan menyembunyikan penyakit sebenar. Sebaliknya dia bertindak menyembuhkan terus penyakit itu. Contohnya sakit gigi dan sakit tengkuk/leher.

Demang Lebar Daun November 18, 2008 6:51 PM  

Bagi yang ingin meninggalkan komen atau bersoaljawab dengan saya di sini, anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran sebaliknya gunakan sahaja 'Anonymous'.

Untuk melakukannya, lihat (skroll) ke bawah (kanan) dan anda akan melihat TIGA pilihan iaitu:

> OpenID
> Name/URL
> Anonymous

Klik (tandakan) pada 'Anonymous' dan bolehlah menulis di dalam kekotak yang disediakan.

Setelah siap, anda bolehlah menghantarnya dengan menekan butang/ikon 'Publish Your Comment'.

komen annda boleh dilihat serta merta dan jika anda ingin memadamkannya, sila lihat ikon 'tong sampah' di bawah komen yang dipaparkan itu dan klik di situ.

Anda dinasihatkan untuk menaipkan nama pengenalan bagi memudahkan saya merujuk kepada anda ketika memberi respon. Jika boleh, sertakan sama alamat email anda bagi memudahkan saya memaklumkan jawapan balas saya terhadap persoalan atau respon yang anda kemukakan.

Pertanyaan dan pesanan juga boleh dibuat secara terus melalui SMS kepada saya (0194402211) atau isteri saya (0194522211).

Terima kasih.

Anonymous,  November 18, 2008 7:11 PM  

Cheguman,
Kenapa tidak gunakan semula botol yang besar? Bukankah dulu sdra pernah menggunakannya.

Rosli Karim

Kulai.

Demang Lebar Daun November 19, 2008 12:26 AM  

Rosli Karim,
Saya pun lebih sukakan botol yg besar tu sebab penutupnya lebih mesra pengguna. Namun masalahnya ialah agak sukar dikirim melalui pos kerana tutupnya tidak begitu kejap berbanding botol yg kita gunakan sekarang.

Mungkin akan datang kita ada cara lain yg lebih efisyen.

Terima kasih atas pesanan minggu lepas. Kalau sdra nak jual pada kawan-kawan, (order lebih 10 botol) saya beri harga istimewa.

Anonymous,  November 19, 2008 9:08 PM  

Salam,
Ada tak wakil di JB?

'kelana'

Demang Lebar Daun November 19, 2008 10:22 PM  

Kelana,
di JB belum ada wakil. Paling hampir ialah di Muar. Sdra boleh dapatkan nombornya di bahagian bawah blog ini.

Biasanya wakil kami tidak membuat penghantaran jauh. Sdra boleh memesan terus drpd saya. Kos penghantaran percuma.

Terima kasih.

About Me

My Photo
Cheguman
"calon blogger berseni dalam bertempur alam maya" (Panglima Cyber)... "..you have highlighted some intelligent & good points.You are true Malaysian" (Edward Skading)... "Cikgu ni selalu buat cerita yang tersirat dan bukannya yang tersurat" (Sedingin Salju) "apabila sesuatu blog itu mempunyai keunikan tersendiri, maka saya pasti akan ingat sampai bila-bila"(Muhammad Azli Shukri) "sungguh berseni tulisan tuan hamba.." (Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri) "Tahniah, blog cheguman masuk paper Sinar harian Melaka/NS 18 Ogos 08".(Harimau-Menaip)... "
View my complete profile

About This Blog

Harga satu botol: RM4.90

Pakej lima botol: RM20.00

Bayaran Pos (seluruh Malaysia): PERCUMA

sila SMS nama & alamat anda ke 019 4522211 atau 019 4402211

Bayaran hanya perlu dibuat SELEPAS penerimaaan produk.


  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP