Selasa, 30 September 2014

Rahsia raja kayu


Siri Rahsia Ramuan Minyak Morhabshi
Kegunaan Raja Kayu dan faedahnya (secara umum)



Apa gunanya memakai cincin berbatukan raja kayu?

Kita akan jawab soalan tersebut pada waktu lain. Sila klik Like di sebelah kanan blog ini bagi mengikuti info dari semasa ke semasa.

Sementara itu baca artikal berikut:




Info menarik dan misteri Raja Kayu

Tahukah anda bahawa Raja Kayu tembus cahaya jika dipotong walaupun tebalnya sehingga 1cm?

Raja kayu amat susah nak dipotong. Ia juga tumpat. Jika dimasukkan Raja kayu walaupun bersaiz kecil ke dalam air, ia akan tenggelam seperti batu.

Ada dua jenis Raja Kayu iaitu merah dan putih.

Jika dibakar, raja kayu ini akan cair meleleh seperti kemenyan dan tidak akan menghasilkan abu seperti kayu lain.

Masyarakat orang asli selalu mencari damar dari jenis pokok ini untuk pelbagai kegunaan.

Masyarakat orang asli jarang jatuh sakit sedangkan mereka tinggal di hutan. Kayu dan akar dari hutan memberikan mereka segala keajaiban dan ubat-ubatan.

Serbuk Raja Kayu jika digosok pada kulit akan meresap ke dalam kulit. Ia mempunyai berbagai khasiat terutamanya penyakit kulit dan digunakan untuk mengurut.

Berikut adalah antara khasiat dan kegunaan Raja Kayu :

Urut Badan
1. Ambil serbuk raja kayu (kikis raja kayu atau diasah pada buntut pasu untuk mendapatkan serbuknya), campur kedalam apa-apa jenis minyak urut, kemudian ambil sepotong raja kayu.

2. Bakar kayu tersebut bersama minyak urut yang telah dicampur serbuk raja kayu tersebut (gunakan periuk).

Raja kayu akan mengeluarkan damarnya ketika dibakar lalu akan bercampur dengan minyak urut.

3. Tunggu sehingga minyak urut itu suam sedikit tetapi jangan sampai sejuk kerana damar akan mengeras.

4. Gunakan untuk mengurut.

Permata Cincin
Bahagian Raja kayu ni kalau nak dibuat permata cincin adalah bahagian teras atau pun mata kayu yang terdapat pada Raja Kayu.

Raut perlahan-lahan kerana kayu itu mudah pecah.

Gigitan Serangga
Gosok serbuk raja kayu ditempat yang kena sengat. Kesannya dalam setengah jam.

Masalah Dalam Badan

Antara kegunaannya adalah masalah dalaman badan seperti cirit birit, muntah, resdung, lelah, darah tinggi, kencing manis, darah tinggi, keracunan makanan, perut memulas, kebas kaki tangan, mata rabun, resdung, penat, lelah, sakit sendi, sakit pinggang, lemah tenaga batin, buasir, perempuan turun darah, terlekat uri, sakit tengkuk, termakan racun dan muntah-muntah.

Cara menggunakannya hanya merendam Raja Kayu ke dalam segelas air panas selama 10 minit.

Amalkan setiap pagi dan malam untuk kesihatan badan.

Jika digunakan secara berterusan dengan cara ini, Raja Kayu akan dapat bertahan selama setahun setengah.

Wallahua’lam….

(http://rahsiakayubatudanlogam.wordpress.com/2012/08/03/khasiat-raja-kayu)

Nota:
Raja Kayu adalah salah satu bahan yang digunakan bagi menghasilkan Minyak Morhabshi, Hubungi 0194401944 (sms/whatsapp)

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.