Blog untuk Ramuan & Petua Ekslusif (percuma)

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Kami adalah pengeluar Minyak Morhabshi. Anda boleh mendapatkan terus produk ini daripada kami pada 'harga kilang'. Layari web rasmi kami di sini.

Petua/ramuan: ubat Cacing

>> Friday, November 20, 2009



Masalah cacing biasanya dihidapi oleh kanak-kanak. Orang Melayu dulu-dulu mempunyai banyai petua bagi membuang cacing yang menghuni usus kanak-kanak. Salah satu daripadanya adalah seperti berikut.

Halia kering (Zingiber Officinale): 1 jemput
Cekur kering (Kaempferia galangal): 1 jemput
Halba: 1 jemput
Lemuju (Plectranthus amboinicus): 1 jemput
Sena Maki: 1 tahil

Semuanya sama banyak benda-benda ini dijadikan serbuk dimakan tiap-tiap hari 1 camca kecil campur dengan air hingga cacing itu mati atau keluar.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Minyak Morhabshi dirumus khas bagi mengatasi masalah 'angin' termasuk lenguh-lenguh dan kembung perut dan amat sesuai untuk bayi kerana ia juga boleh menyelesaikan masalah gangguan makhluk halus dan sawan.

foto (sejenis Lemuju):
plectranthus amboinicus, Joe Mud flickr.com

Read more...

Petua/ramuan mengubat Karang

>> Wednesday, November 18, 2009




Memang banyak kaedah pengubatan bagi menyembuh sakit batu karang. Di Melaka, saya dengar ada seorang pengamal perubatan tradisional menggunakan buah tembikai bagi memecahkan batu karang. Alhamdulillah, dengarnya mujarab.

Saya menyemak kitab Attabib Walhikmah dan menemui satu ramuan seperti berikut:

Akar Mengkuang 1 genggam,
gelenggang besar 1 genggam
sedikit tawas

direbus minum airnya.

Tawas? Baru-baru ini saya melihat beberapa orang pekerja di sekolah saya membersihkan longkang menggunakan tawas. Beberapa orang guru dengan wajah kehairanan memerhatikan perbuatan itu. Saya memberitahu mereka bahawa tawas juga dapat membersihkan pinggan mangkuk lama yang telah berkapuk (kekuningan).

"Betul ke? Tak bahaya ke?" tanya mereka?

Saya menerangkan pada mereka bahawa pada masa dulu, tawas dimasukkan ke dalam perigi bagi menjerihkan air dan membunuh kuman. Sehingga kini tawas masih digunakan dalam minuman kita sehari-hari. Cuma kita tidak sedar kerana ia dilakukan di logi air sedangkan kita hanya memulas kepala paip sahaja bagi menadah air.

Sementara itu, tawas juga boleh digunakan bagi menghilangkan bau badan. Caranya mudah sahaja. Dapatkan seketul tawas dan sapukan pada bahagian tertentu seperti ketiak setiap kali lepas mandi (dalam keadaan kering).

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Minyak Morhabshi tidak dirumus untuk sakit batu karang namun ada seorang pesakit batu karang yang tidak boleh tidur selepas menjalani rawatan di hospital memberitahu saya bahawa kesakitan beliau berkurangan selepas disapukan minyak morhabshi.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Untuk mendapatkan versi lengkap kitab tersebut, klik sini

Minyak Morhabshi dirumus khas bagi mengatasi masalah 'angin' termasuk lenguh-lenguh dan kembung perut.
http://www.morhabshi.com

foto:
gelenggang flower visited by a...
Dato\' Prof. D... flickr.com

Read more...

Petua Menambahkan Mani

>> Monday, November 16, 2009



Petua atau ramuan ini antara yang amat mudah diamalkan lantaran bahan-bahannya senang didapati. Kemujarabannya? Beberapa orang sahabat telah mencuba dan mengakui kehebatannya.

½ kati susu lembu (boleh dibeli di pasaraya atau di pusat pengumpulan susu Mardi)
3 genggam buah kismis (apa-apa kismispun boleh tetapi jangan yang terlalu besar).




Dimasak hingga menggelegak/mendidih. dimakan pagi-pagi lepas mandi selama tujuh hari atau lebih, dapat dirasa sendiri.

Melihat pada bahan dan kandungannya, anda pasti tidak perlu bersarapan lagi pada hari tersebut. (Jimat belanja dan dapat mengurangkan pengambilan nasi lemak atau roti canai yang berkolestrol tinggi itu).

Cuba, jangan tak cuba.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Minyak Morhabshi dirumus khas bagi mengatasi masalah 'angin' termasuk lenguh-lenguh dan kembung perut.

Minyak Morhabshi juga dapat membantu meningkatkan hubungan suami isteri.


foto:
loving lion KreaPhot flickr.com
hm2cow jpg navig1.sakura.ne.jp
raisins jpg tenagadalaman.wordpress.com

Read more...

Ramuan herba sakit kuning

>> Sunday, November 15, 2009



Menyambut kelahiran bayi adalah sesuatu yang amat membahagiakan. Saya dan isteri juga sedang menanti kehadiran bayi ketiga kami tahun hadapan, insya-Allah. Semoga kami dikurniakan puteri pula setelah kedua-dua anak kami sebelum ini lelaki.

Salah satu penyakit yang biasa hinggap pada bayi ialah sakit kuning atau demam kuning. Berikut adalah ramuan yang saya temui dalam kitab karya datuk kami.

Akar Seruntun/patawali (Tinospora tuberculata Menispermaceae) 1 genggam
Gadung Putih (Dioscorea hispida) 1 genggam
Bawang Merah 7 ulas
Lada Hitam 7 biji
Garam 1 genggam

Bubuh dalam buluh sumbat ketat-ketat bakar macam Lemang.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Minyak Morhabshi amat baik untuk kegunaan bayi:
pusat bayi, kembung, sawan tangis, gangguan, alahan kulit, dan sebagainya.
(tidak termasuk Sakit Kuning).

Kami adalah pengeluar dan pengedar. Dapatkan di sini


Sedikit catatan mengenai Ubi Gadong:
Nama saintifik bagi ubi gadong ialah Dioscorea sp . Di Malaysia , terdapat sebanyak 19 spesies ubi gadong termasuk Dioscodrea hispida , Dioscorea piscatorum dan Dioscorea alata . Setiap spesies ini berbeza dari aspek fizikal dan kimia di antara satu dengan yang lain . Walau bagaimanapun , ubi ini juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Ubi Nasi , Tuba Ubi , Ubi Cerok , Ubi Merah , Ubi Kendudok dan Ubi Kipas .

Daun pokok ubi gadong ini kelihatan seperti daun sirih . Pokok ubi gadong menjalar batangnya pula mempunyai banyak duri . Ubinya mempunyai saiz yang berbeza-beza , dan ada yang mencapai berat sehingga lima kilogram . Ubi Dioscorea hispida berwarna kemerahan dan ubi Dioscorea alata pula berwarna kuning kemerahan .

Kajian saintifik menunjukkan bahawa ubi ini mengandungi sejenis sebatian yang beracun , dioscorine iaitu sejenis alkaloid yang larut di dalam air . Walaupun beracun , tetapi masyarakat Melayu dan orang asli telah menjumpai cara untuk menghilangkan racunnya . Ubi gadong direndam air yang mengalir , kandungan dioscorine di dalamnya akan dilarutkan oleh air dan lama-kelamaan , ubi ini akan bebas daripada dioscorine .

Ubi gadong mempunyai nilai perubatan . Ubi gadong kaya dengan bahan yang disebut sebagai steroid . Steroid di dalam ubi ini terdapat dalam bentuk yang bergabung dengan gula , iaitu saponin . Steroid ialah sumber asli yang penting dalam penghasilan ubatan dan hormom . Saponin ini bersifat anti agregasi platlet iaitu saponin boleh menghalang pengetulan ( agregasi ) platlet di dalam darah . Secara tidak langsung , saponin dapat menghalang penyakit darah membeku dalam saluran trombosis .

Sumber Ubi Gadong di atas: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a72858.htm

Foto & naklumat tambahan:
http://www.worldisround.com/articles/214599/
patawali JPG melur.taurus.mschosting.com

th bayi jpg s295.photobucket.com

Read more...

Petua mewangikan tubuh badan

>> Saturday, November 14, 2009


Selain menggunakan pewangi biasa yang dibeli di kedai, kita juga boleh mendapatkan wangian yang lebih 'original' menggunakan bahan-bahan yang dicatatkan oleh Ustaz Hj Abdul Hamid dalam kitab perubatannya.

Tajul asal yang diberi ialah 'Campuran Untuk Serbuk Wangi Badan'

Ramuannya:
Kulit Limau Purut (Citrus Hystrix) 3 biji
Jintan Manis (Origanum vulgare) 1 jemput
Cekur (Kaempferia galangal) 1 jemput
Jerangau (Acorus Calamus)1 jemput
Kayu Cendana (Santalum album L) 1 jemput
Jintan Hitam (Nigella Sativa) 1 jemput

Direbus dan diminum airnya.

Kenalkah anda bahan-bahannya?

Gambar di atas tadi ialah limau purut yang daunnya dibuat tomyam, manakala yang dibawah ini ialah Jerangau.


Apabila saya cari melalui enjin carian perkataan 'jintan manis', maka saya perolehi tumbuhan ini:

Namun tak perlulah anda risaukan kerana jintan manis banyak dijual di kedai-kedai runcit.

Ini pula pokok Cekur:


Saya jumpa foto pohon cendana (lihat foto di bawah ini), namun anda boleh beli kayunya di kedai. Jika di Pulau Pinang, pergi sahaja ke 'Little India'.


Jintan Hitam atau Habbatussauda' juga tidak sukar mencarinya... bukan di hutan tetapi di kedai. Ada beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyarankan bijirin ini untuk perubatan dan kesihatan. Saya dapati minyak Habbatussauda' amat baik mengurangkan tekanan darah dan juga bagus untuk lelaki.


Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Untuk mendapatkan versi lengkap atau mendapatkan ramuan yang telah siap, klik sini

Minyak Morhabshi dirumus khas bagi mengatasi masalah 'angin' termasuk lenguh-lenguh dan kembung perut.

Foto:
jintan manis1 t...il jpg psittacula.wordpress.com
Cekur jpg mardi.my
http://id.wikipedia.org/wiki/Cendana

Read more...

Demam Melanus?

>> Friday, November 13, 2009

Mengkudu


Sebenarnya saya sendiri pun tidak pernah mendengar nama penyakit ini. Demam, saya tahu. Melanus? Apa itu Melanus? Saya menaipkan perkataan 'melanus' pada enjin carian dan akhirnya menemui sebuah blog yang mencatatkan istilah itu.

Catatan pada blog tersebut; Melanus : Kehilangan tenaga dan tidak bermaya.

Terima kasih pada blogger Biso Bonar. Menarik blog tu.

Di sini saya perturunkan ramuannya.

Akar Halban 1 genggam
Akar Temusu 1 genggam (Fagraea fragrans)
Akar Cemumar Pokok Hitam 1 genggam (Micromelum pubescens)
Akar Tumpang Besi 1 genggam (Sedawai/Tampang Besi/Tembaga Suasa - Smilax calophylla)
Mengkudu Langsit 1 genggam (Morinda citrifolia)

Direbus dan minum airnya.

Namun saya tidak menemui foto 'temusu' sebaliknya 'tembusu' (Fagraea fragrans). Adakah kedua-duanya sama? Melihat pada foto di atas, terdapat dua jenis tembusu. Barangkali ada banyak lagi jenis temusu di luar sana.

Pokok Tembusu


Samakah tembusu ini dengan yang di atas?


Di sini saya tampal sedikit catatan daripada Wikipedia tentang Tampang Besi:

Smilax is a genus of about 300-350 species, found in temperate zones, tropics and subtropics worldwide. In China for example about 80 are found (39 of which are endemic), while there are 20 in North America north of Mexico[1]. They are climbing flowering plants, many of which are woody and/or thorny, in the monocotyledon family Smilacaceae, native throughout the tropical and warm temperate regions of the world. Common names include catbriers, greenbriers, prickly-ivys and smilaxes. "Sarsaparilla" (also zarzaparrilla, sarsparilla) is a name used specifically for the Jamaican S. regelii as well as a catch-all term in particular for American species. Occasionally, the non-woody species such as the Smooth Herbaceous Greenbrier (S. herbacea) are separated as genus Nemexia; they are commonly known by the rather ambiguous name "carrion flowers".

Greenbriers get their scientific name from the Greek myth of Krokus and the nymph Smilax.[2] Though this myth has numerous forms, it always centers around the unfulfilled and tragic love of a mortal man who is turned into a flower, and a woodland nymph who is transformed into a brambly vine. (Compare the story of Barbara Allen and sweet William: They buried Barbara in the old church yard They buried Sweet William beside her Out of his grave grew a red, red rose And out of hers a briar)


Foto:
Tambusu jpg: malaysia.or.kr
Pokok Tembusu: http://en.wikipedia.org/wiki/Fagraea

Terima kasih Blog Biso Bonar

Read more...

Petua untuk Kencing Manis



Memang banyak ubat untuk penyakit ini termasuk menggunakan herba. Dalam kitab attabib walhikmah juga terdapat beberapa ramuan dan di bawah ini adalah satu daripadanya. Selamat mencuba.

Akar Jering 1 genggam
Akar Petai 1 genggam
Akar Remungai 1 genggam

Ditanak Remungai dan diminum. Remungai juga boleh mengubati barah iaitu dibancuh dengan cuka dan ditampal pada barah tersebut.

Oh ya. Pernah lihat Remungai? Nama tersebut agak asing bagi saya. Namun saya temui dalam sebuah blog tentang renungai iaitu kari renungai. Adakah kacang yang panjang di dalam kari tersebut dipanggil renungai? Hmm, saya memang selalu temuinya di pasar malam di Pulau Pinang ketika menyiapkan ijazah pertama saya dulu.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Untuk mendapatkan versi lengkap atau mendapatkan ramuan yang telah siap, klik sini

Walaupun minyak morhabshi tidak dirumus bagi mengubati kencing manis namun ia amat baik bagi menyembuhkan luka akibat kencing manis, insya-Allah.

Foto:
http://myfoodilicious.blogspot.com/2009_02_01_archive.html

Read more...

Petua mudah mengubat Patah Tulang

>> Thursday, November 12, 2009



Sebelum ini saya sudah masukkan ramuan untuk patah tulang. Kali ini saya masukkan ramuan yang lain pula bagi mengubati patah tulang. Kali ini ia cukup mudah dan bahannya boleh didapati di mana-mana sahaja.

Diambil telur ayam dan buang kuningnya, ambil putihnya sahaja. Diramas dengan tanah liat hingga sebati dan ditampal pada bahagian patah. Jika berasa sejuk menandakan ianya mujarab.

Nampaknya jika berlaku di kawasan perkhemahan di tengah hutan pun anda boleh mempraktikkannya. Biasanya telur memang dibawa ketika perkhemahan.

Sementara itu saya telah tampalkan nama-nama saintifik bagi herba tempatan dalam blog ini. Oleh itu mudahlah kita membuat rujukan dan maklumat tambahan dalam internet.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Untuk mendapatkan versi lengkap atau mendapatkan ramuan yang telah siap, klik sini

Meskipun minyak morhabshi tidak dirumus untuk mengubati patah, namun boleh disapu atau digunakan ketika mengurutnya. Minyak morhabshi biasanya mujarab untuk lenguh dan terseliuh.

Foto:
little egg much kiss the sun ... flickr.com

foot break at top Prodangle flickr.com

Read more...

Petua untuk Basuh Suara

>> Wednesday, November 11, 2009





Ha! satu lagi petua unik dan pelik yang saya temui dalam kitab attabib walhikmah karangan Ustaz Haji Abdul Hamid. Anda pernah dengar istilah basuh suara? Saya memang tak pernah. Adakah ia bermaksud bagi menyedapkan suara? Untuk makluman semua pengunjung, almarhum semasa hayatnya adalah seorang qari dan guru taranum.

Oh ya, anak bongsu almarhum adalah penyanyi (kumpulan rock Melissa) yang terkenal dengan lagu 'Cinta Untuk Nabila'. Kumpulan tersebut terkenal sekitar 1990an. Namanya Radzi dan kini dikenali sebagai ustaz Radzi. Beliau aktif sebagai penceramah bebas berkenaan agama dan motivasi pelajar. Baru-baru ini beliau telah mengedarkan album terbaru beliau bertajuk 'Radzi- Penyesalan (nasyid kontemporari).

Mari kita lihat ramuannya:

Daun Jerun 7 helai (sida rhombifolia - lihat foto di atas)
Daun Jintan Hitam 7 helai (Nigella Sativa)
Daun Pegaga 7 helai (Centella asiatica)
Tebu Hitam - sepang ('sepang' ialah penjodoh bilangan. Anda tahu?)

Digiling lumat dicantum dalam kain dititik ke dalam hidung. Pemulihnya ialah Gula Batu.


Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Untuk mendapatkan versi lengkap atau mendapatkan ramuan yang telah siap, klik sini

Foto:
sida rhombifolia subsp mingiweng flickr.com
Sida rhombifoli...n jpg biotech.tipo.gov.tw

Read more...

petua atasi kolestrol

>> Monday, November 9, 2009


Daun dan pohon saderi

Yang di atas ni timun biasa. Kalau boleh, dapatkan timun hijau seperti di bawah:


Wah! Banyaknya Peria Katak... bentuknya lonjong dan menggerutu. Rasanya? agak pahit tetapi sedap dibuat sayur. Baik untuk mengurangkan tekanan darah/darah tinggi.


Baru-baru ini seorang sahabat blogger dimaklumkan oleh doktor bahawa paras kolestrolnya meningkat. Saya pernah alami perkara ini beberapa tahun lalu. Isteri saya telah memperolehi ramuan petua di bawah daripada ibu saudaranya.

Ceritanya begini: Pada suatu ketika bapa saudara isteri saya telah dimasukkan ke hospital dan doktor yang merawatnya mendapati kandungan kolestrol terlalu tinggi lalu mencadangkan pembedahan segera (kira-kira 2 minggu selepas itu).

Seorang lelaki cina yang sama-sama bekerja dengan bapa saudara isteri saya itu telah memberikan petua ini dan beliaupun segera mencubanya. Walaupun pembedahan terpaksa dilakukan juga namun doktor yang merawat beliau mengakui bahawa kandungan kolestrol telah menyusut dengan ketara.

Ramuannya (ada 6 perkara):

Lobak merah (1 biji jika kecil, 1/2 jika besar);
Epal Hijau (1/2 biji);
Peria Katak (1 biji);
Timun Susu (1/2 biji: Timun Hijau atau apa-apa timun pun boleh);
Daun Saderi (2 pelepah/ranting. Maaf, saya tidak pasti penjodoh bilangan sebenar. Tak mungkin 2 helai daun saderi);
Madu Lebah (1 sudu).

Kisar (blend) kesemuanya bersama 3/4 gelas air (gunakan mug). Sila tapis terlebih dahulu sebelum diminum.

Amalkan 2 atau 3 hari, kemudian berhenti sehari sebelum disambung semula. Ertinya, jangan diamalkan selama 4 hari berturut-turut.

(Ramuan ini juga berupaya meningkatkan hubungan kelamin, Insya-Allah).

Sementara itu, amalkan juga minyak ikan yang boleh dibeli di mana-mana farmasi.

Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Daun_Saderi
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lobak_merah
name peria katak uses norisah flickr.com
mentimun atau timun EthnoFlora flickr.com
timun hijau hani-tihani flickr.com


Nota:
Alangkah bagusnya jika dapat ditanam tumbuh-tumbuhan di atas di rumah sendiri.

Read more...

Ramuan herba untuk Barah dan Kayap

>> Saturday, November 7, 2009



Kayap dan barah, apa persamaan dan perbezaannya? Saya temui ramuan berikut dalam kitab Attabib walhikmah. Mungkin anda boleh usahakannya menjadi satu produk yang bagus. Siapa tahu tuah anda?

Akar Kemunting 1 genggam
Akar Temin 1 genggam
akar Mentajam 1 genggam
Akar Melur Akar 1 genggam
Akar Bunga Raya Putih 1 genggam

Rebus dan minum airnya atau asah pada batu dan sapu.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan Almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Khasiat tersebut juga boleh didapati pada Minyak Morhabshi


foto:
harum si melur
silbiabigail flickr.com

Read more...

Hantu




Saya 'no komen'...

Namun saya percaya adanya jin dan syaitan sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran. Saya juga percaya kedua-dua makhluk tersebut tarafnya lebih rendah daripada manusia. Justeru, apa nak ditakutkan? Allah SWT telah berikan manusia pelbagai kelebihan bagi berhadapan dengan apa sahaja musuh, termasuk jin dan syaitan. Terpulanglah untuk kita menggunakan kaedah mana asalkan tidak berbuat syirik kepada Allah SWT.


Foto-foto:
hostingphpbb.com
gambarfotohantu.com
http://4.bp.blogspot.com

Read more...

Raya 2009


Sudah seminggu kita beraya. Alhamdulillah.

Jumaat yang lalu kami bergerak ke Sabak Bernam untuk berhari raya dengan keluarga saya. Sebetulnya kami keluar dari Melaka menjelang dinihari, yakni ketika tarikh sudah bertukar ke hari Sabtu. Ini semua gara-gara terpaksa bersesak=sesak di Mydin Melaka yang memang dibuka 24 jam. Bukan apapun, Cuma nak beli air botol untuk dibawa ke Selangor.

Tiba di Sg Besar, selepas subuh. Maka mata kami terus melilau mencari orang menjual daging. Dapatlah kami beli beberapa kilogram.

Saya rasa suasana raya di mana-mana pun hampir sama. Namun di Melaka ada sedikit istimewa. Selepas Isya’ (malam raya) lagi orang dewasa sudah membentuk kumpulan untuk bertakbir dari rumah ke rumah. Aktiviti ini berlarutan hingga ke subuh.

Sementara itu, sebelum sempat muazin melaungkan azan subuh kumpulan-kumpulan kanak-kanak sudah mula merayau dan singgah dari rumah ke rumah untuk beraya. Mereka akan masuk ke setiap rumah yang pintunya sedia dibuka dan bersalaman dengan tuan rumah. Mereka tidak akan menjamah sebarang juadah. Hmm... sudah tentu umpan mereka semata-mata duit raya.

Selepas solat subuh, keluarga seperti kami pula mula bergerak ke rumah-rumah ibu-bapa saudara yang tua sambil membawa anak-anak kecil.

Kedudukan rumah yang rapat-rapat di kebanyakan kampung di Melaka menyebabkan aktiviti ini masih terus berjalan.

Aktiviti selepas solat Aidil Fitri sama seperti tempat lain juga.

Di Sabak Bernam, suasananya biasa sahaja. Selepas solat, pulanhg ke rumah, berkumpul dan bersalaman serta saling bermaafan. Oleh kerana kami dikelilingi keluarga berketurunan Jawa, maka tempias adat mereka sedikit sebanyak terkena juga. Adat orang Jawa ketika bersalaman di pagi raya akan duduk mengadap sambil menyebut satu persatu perkara yang ingin dimohon ampun. Tetapi oleh kerana keluarga kami bukan Jawa maka kami tidaklah terlalu lama bersalaman.

Menjelang petang tiba-tiba terkenang teman-teman di Jengka Pahang. Sebenarnya sebelum ini keluarga kami memang menetap di Jengka. Kami berpindah ke Sabak Bernam ketika proses penanaman semula. Kebetulan nenek saya ketika itu tinggal seorang maka kami berhijrah ke kampung asal kami dan tinggal bersama beliau. Kinni beliau sudah meninggal dunia.

Maka saya mengambil keputusan untuk ke Jengka 8 pada hari raya kedua. Setelah membuat temujanji dengan beberapa orang teman yang kebetulan mendapat giliran beraya di Jengka, maka saya, isteri, dan anak-anakpun bertolak ke Pahang.

Mnjelang petang kami tiba di Jengka 8 dan terus ke rumah lama kami yang telah dibaiki semula oleh ayah saya baru-baru ini. Dengan adanya rumah itu dapatlah kami berteduh apabila kami ke sana.

Agak lama tidak ke Jengka. Ternyata Jengka 8 sudah jauh berubah. Lebih tepat lagi, semakin indah.

Malamnya kami menggunakan seluruh kesempatan yang ada untuk bertemu dengan teman-teman lama. Untuk memenuhi undangan semua teman sudah tentu tidak praktikal. Maka kami berkumpul di rumah tertentu sambil berbual mengungkit kisah lama.

Kami mengambil keputusan untuk bertolaak ke Melaka malam itu juga ke rana program di Melaka sudah sedia menanti pada hari raya ke3.

Terasa berat untuk meninggalkan Jengka 8.

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.

Selamat hari raya kepada anda semua terutama para pengguna minyak herba morhabshi dan tentunya tidak lupa kepada teman-teman sepermainan di Jengka 8.

Terima kasih kerana berkongsi zaman remaja kalian bersama aku.

foto
kad raya 17 jpg myart.wanwma.com

Read more...

Tahukah anda?



1. Multilevel Marketing atau MLM diperkenalkan oleh Dr Karl Ramburg dari Amerika Syarikat pada tahun 1945.

2. Perniagaan MLM kini menjana pendapatan melebihi USD100 bilion.

3. Statistik menunjukkan tidak kurang 40 juta rakyat di seluruh dunia terlibat dalam perniagaan MLM.

4. Daripada 100 syarikat gergasi di US, 37% menjalankan perniagaan menggunakan sistem MLM.

5. Penulis buku Mega Trend 2000, John Naitsbitt menyatakan 3 perniagaan paling berkuasa ialah telekomunikasi, komputer, dan produk kesihatan berasakan MLM.

6. 35% daripada jutawan di Malaysia datangnya daripada perniagaan MLM.

7. Robert T. Kiyosaki mengatakan perniagaan MLM adalah bidang terbaik untuk dijalankan secara part time meskipun anda sudah memiliki perniagaan konvensional.

8. Empat jenis perniagaan:
- modal kecil untung kecil: peniaga pasar malam
- modal besar untung besar: import eksport
- modal besar untung kecil: stesyen petrol
- modal kecil untung besar: Multilevel Marketing (MLM)

(sumber: Menjadi Jutawan MLM, Mohd Rozani Pawan Chek, PTS, 2006)
foto: money jpg
hk.myblog.yahoo.com

Read more...

Jutawan Internet


Jangan tidak percaya dan jangan terus percaya jika anda menemui tajuk sebagaimana di atas.

Secara asasnya media internet adalah medan perkongsian maklumat. Jika boleh ditambah sedikit lagi, maklumat percuma.

Sementara itu, sudah menjadi resmi peniaga, mereka akan mencari peluang untuk meletakkan barang jualan mereka di mana sahaja terdapat orang ramai berlegar.

Tidak dapat letak barang sebenar, letak iklan pun, jadi lah.

Bermula penghujung 1990an internet menjadi begitu popular di negara kita dan di seluruh dunia. hari ini sesiapa sahaja boleh mengakses internet hampir di mana sahaja dan tidak lagi terbatas pada komputer peribadi sahaja.

Malah, artikel yang anda sedang baca ini dihasilkan di tapak tangan saya, di dalam kereta sambil menunggu isteri membeli-belah!

Setakat ini barangkali kami perlu bertanya anda di manakah kedudukan anda di persada internet? Maksud kami, adakah anda seorang pembaca, pembeli, pengedar, atau seorang pengeluar?

Salam hormat daripada kami. Jumpa lagi.


....................

foto: money cartoon jpg
wilsonhall.com

TQ.

Read more...