Blog untuk Ramuan & Petua Ekslusif (percuma)

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Kami adalah pengeluar Minyak Morhabshi. Anda boleh mendapatkan terus produk ini daripada kami pada 'harga kilang'. Layari web rasmi kami www.morhabshi.com/

tak berapa sen pun bezanya...

>> Saturday, November 29, 2008

Tak berapa sen pun...

Sementara menanti putera sulung Demang mengaji Al-Quran, sempatlah Demang singgah di warung berhampiran untuk sarapan. Dalam ramai-ramai pelanggan, ternampak juga seorang yang dikenali. Kami berteguran, sekadar berbahasa.

Sebenarnya lelaki tersebut adalah pemilik sebuah kedai runcit di kampung Demang. Jadi seringlah Demang ke situ membeli barang runcit. Dan, adakalanya Demang berbual pelbagai isu semasa dengan beliau. Adakalanya beliau pro, dan ada masanya beliau kontra, terutamanya dalam perkara politik. Namun sebagai peniaga, beliau tidaklah bersikap keras Cuma sekadar menyuarakan ketidakpuasan hati yang Demang lihat hanyalah ketidakfahaman beliau terhadap perkara yang tersirat.

Selain itu anak beliau juga belajar di sekolah Demang.

Ketika kedai runcit tersebut baru dibuka, isteri Demang berkata: “Wah, dah ada kedai runcit kat sini. Baguslah, ada orang kita yang boleh buka kedai di sini. Tak payahlah nak ke pekan.”

Ketika kedai tersebut baru dibuka, barangpun belum begitu banyak. Namun kedainya selesa. Putera kecil Demang merujuknya sebagai mini market. Harga barang di dalamnya?

Keseluruhannya hampir sama dengan mana-mana kedai runcit kepunyaan orang Melayu di Melaka ni. Ada juga harga barang yang terlebih sedikit berbanding kedai bukan Melayu dan juga hypermarket. Jika barang di kedai bukan Melayu berharga 50 sen, mungkin di kedai tersebut dijual pada harga 55 sen atau 60 sen. Tapi bukan pada semua barang. Malah ada juga barang tertentu yang harganya lebih rendah berbanding kedai bukan Melayu.

Alaa... tak berapa sen pun bezanya.

Memang hypermarket menawarkan harga yang lebih murah namun perlu diingat, bukan semua barang. Sebenarnya tak berapa sen pun bezanya, terutama barang keperluan.

Semua perniagaan meletakkan keuntungan sebagai syarat untuk berurusniaga. Hal ini tidak boleh dipersoalkan kerana itulah sebab utama kenapa perniagaan dilakukan. Justeru pelbagai kaedah dan strategi perniagaan dilancarkan bagi menarik minat pelanggan.

Salah satu daripadanya melalui kuantiti. Hypermarket mendapatkan bekalan secara borong dalam kuantiti yang besar dan berupaya pula menjualnya dalam kuantiti yang banyak. Hal ini berbeza dengan kedai runcit di kampung yang mempunyai pelanggan terhad.

Satu lagi taktik yang dilakukan oleh hypermarket ialah mengurangkan keuntungan pada sebilangan barang keperluan asas dan meninggikan harga pada harga barangan lain seperti pakaian, perkakas rumah, makanan segera dan sebagainya.

Sambil berjalan-jalan memilih barang keperluan yang murah-murah itu, mata pelanggan akan ‘tersangkut’ pada barangan lain yang tidak begitu diperlukan. Maka ‘terbeli’lah barang-barang tersebut. Apatah lagi apabila memikirkan perbelanjaan yang telah berjaya dijimatkan berbanding membeli di kedai runcit.

Akhirnya, daripada nak berjimat, terlajak lah pula perbelanjaan. Silap-silap, wang tunai pun tak perlu dikeluarkan kerana hypermarket menawarkan kemudahan menggunakan kad kredit.

Berbalik pada kisah di warung tadi, selesai sahaja sarapan Demangpun bergerak ke kaunter untuk membayar.

“Tak perlu,” kata pemilik warung. “Abang yang tadi tu dah bayarkan.” Sambungnya sambil tersenyum.

Demangpun berlalu dengan senyuman yang lebih lebar. Makan free!

Demikianlah kisahnya.

Anda boleh menemui kisah begini atau yang hampir sama dengan ini di mana-mana di sepanjang kehidupan kita. Hidup ini bukan hanya ditentukan oleh untung dan rugi semata-mata. Kadang-kadang kita rugi di sini, kita untung pula di tempat lain. Bukankah ini semua rezeki daripada Allah taala?

Berurusniaga sesama kita banyak faedah lain. Ia dapat meningkatkan dan menjana ekonomi ummah. Apabila kita berkenduri, saudara-saudara kita itu datang dan memberi sumbangan. Apabila kita terlantar di hospital, mereka datang menziarah. Apabila kita meninggal dunia, maka segala urusan kita berpulang kepada yang masih hidup. Adakah perkara yang lebih penting dari itu?

Mungkin saudara itu tidak menolong kita secara langsung namun siapa dapat nafikan bahawa dia mungkin akan berurusan dengan saudara kita yang lain? Seterusnya saudara kita itu datang menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada kita. Bukankah itu berkait sama?

Mungkin anda biasa dengan istilah ‘networking’. Nah! Ini juga salah satu daripadanya.

Wallahu’alam.

0 comments:

Post a Comment

Para pengunjung yang dihormati,

Bagi yang ingin meninggalkan komen atau bersoal jawab dengan saya di sini, anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran sebaliknya gunakan sahaja 'Anonymous'.

Untuk melakukannya, lihat (skroll) ke bawah (kanan) dan anda akan melihat TIGA pilihan iaitu:

> OpenID
> Name/URL
> Anonymous

Klik (tandakan) pada 'Anonymous' dan bolehlah menulis di dalam kekotak yang disediakan.

Setelah siap, anda bolehlah menghantarnya dengan menekan butang/ikon 'Publish Your Comment'.

komen anda boleh dilihat serta merta dan jika anda ingin memadamkannya, sila lihat ikon 'tong sampah' di bawah komen yang dipaparkan itu dan klik di situ.

Anda dinasihatkan untuk menaipkan nama pengenalan bagi memudahkan saya merujuk kepada anda ketika memberi respon. Jika boleh, sertakan sama alamat email anda bagi memudahkan saya memaklumkan jawapan balas saya terhadap persoalan atau respon yang anda kemukakan.

Pertanyaan dan pesanan juga boleh dibuat secara terus melalui SMS kepada saya (0194402211) atau isteri saya (0194522211).

Terima kasih.