Asma atau lelah
>> Thursday, October 30, 2008
Ketika saya sedang menaip kisah Pak Andak tadi, ibu kepada salah seorang anak murid saya menelefon.
"Assalamualaikum, cikgu. Ini mak Fatin bercakap."
"Ya, ada apa, puan?" soalku.
"Er, cikgu jadi pengedar minyak Morhabshi ke? soalnya.
"Eh, tak lah, Sebenarnya ayah saya yang buat minyak tu.” Jawabku berterus terang.
Sebennarnya aku boleh meneka tujuannya menelefon. Sejak awal tahun aku dapati Fatin Nabilah sering tidak ke sekolah. Pada suatu hari bapanya memaklumkan bahawa Fatin memang mengidap asma sejak kecil. Beliau meminta aku mengecualikan Fatin dari melakukan aktiviti yang agak lasak.
Maka kuberikan kepada Fatin sebotol minyak Morhabshi dan kuajarkan cara menggunakannya.
“Fatin suruh mak sapu pada dada dan belakang badan.” Ujarku.
Malamnya, bapa Fatin menelefonku menanyakan tentang minyak itu. Maka kuberitahu khasiat dan cara menggunakannya.
“Macamana saya nak dapatkan lagi minyak tu?” Ibu Fatin menyoal.
“Nanti saya kirimkan melalui Fatin.” Kataku. Err, macamana keadaan penyakit Fatin sekarang?” tanyaku.
(Kebetulan saya baru dihubungi oleh seorang sahabat yang rajin membantu saya mengedarkan minyak ini kepada pelanggan iaitu saudara Razi Mukiar. Beliau meminta saya mengumpulkan testimoni pelanggan. Jadi saya mengambil peluang ini untuk mendapatkannya sekarang. Itu jugalah alasan yang menyebabkan saya menulis semula kes-kes lama minyak Morhabshi pada malam ini. Padahal, minggu depan nak ‘exam’!!! Patutnya saya sibuk ‘study’. Apa nak buat, ini pun tugas jugak).
“Alhamdulillah. Dah makin baik. Dah tak seteruk dulu. Suami saya gunakan untuk gatal-gatal pada kakinya dan nampaknya berkesan. Mak saya pula menggunakan minyak ini untuk sakit ‘beguk’nya. Kira-kira 10-15 minit sakit itu pun sembuh. Dah boleh berpaling (leher).”
Saya kurang pasti sakit ‘beguk’ yang bagaimana yang diceritakan ibu Fatin itu. Namun ketika di Pulau Pinang, seorang pembantu tadika Perpaduan (tempat saya menjalani praktikum) pernah memberitahu saya:
“Cikgu Azman tahu..? bangun dari tidur kelmarin tengkuk saya sakit sangat. ‘Salah bantal’ kot... Saya pun sapu minyak Morhabshi pada bahagian yang sakit tu. Tak sampai 20 minit sakit itu dah hilang. Kata hati saya: betul ke dah sembuh atau aku ni terpengaruh dengan cerita cikgu Azman..? cerita pembantu itu. Lupa pulak saya nama beliau.
“Habis tu, la ni sakit lagi ke?” saya bertanya sambil tertawa kecil.
“Selalunya sampai seminggu baru sembuh, tapi kali ni tak sampai sehari dah sembuh terus.” Akui isteri kepada seorang pegawai polis tersebut.
Alhamdulillah. Allah Taala yang menyembuhkan segala penyakit. Kita hanya berusaha dan beribadat.
6 comments:
Alhamdulillah...
Salam CheguMan,
Saya pun dah mulai mendapat khasiat dengan izin Allah Yang Maha Kuasa, anak saya mula hilang asmanya...syukur sangat...hari tu saya dah order tapi takde pun respon tuan???
thx!
Perfectwater,
Maaf, Saya tunggu alamat sdra. Sebab memori kad handfone saya ada problem.
Sila sms semula alamat sdra. 019 4402211.
Terima kasih.
Assalamualaikum,
Untuk membeli terus (tanpa melalui pos) minyak Morhabshi ini, sila lihat di bahagian bawah blog ini. Terdapat beberapa orang wakil morhabshi.com yang boleh anda hubungi.
Terima kasih.
Salam ziarah :-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
assalamualaikum warahmatullah wb.
wahai demang lebar daun yang saya kagumi,
demang, pernahkah demang dengar atau dah ada tertulis 'tentang timun tua'
saya dah dapat hari jum'aat lepas (rezeki hari jum'aat)
kalau demnag belum dapat, kita kongsi, saya nak hantar gambar e-mail, bagaimana?
jumpa di e-mail nanti, :)
salam hormat,
zul rahman
Zulrahman,
email saya cheguman@yahoo.com
Post a Comment