Tips ke arah membuat jualan 500 botol sebulan dalam tempoh 6 bulan.
Anda kena baca sampai habis.
Ada satu perkara dalam marketing yang semua orang sudah tahu sehingga saya susah hati nak tulis mengenainya.
Ia adalah:
"Servis selepas jualan."
Cabaran pada saya sekarang ialah apakah ada lagi rahsia yang orang lain tidak tahu tentang perkara ini?
Melainkan jika anda bekerja dengan syarikat pemasaran dan memang dibayar gaji untuk melakukan tugas servis selepas jualan, apakah yang mendorong anda melakukannya?
Biar saya teka jawapan anda. Anda lakukan bukan kerana terlalu prihatin dengan pelanggan tetapi anda cuma nak dia beli lagi dan beritahu kawan² betapa baiknya syarikat anda. Betul?
Apa pula yang menghalang anda melakukannya?
Saya teka lagi. Anda takut kena marah dengan pembeli. Betul?
Untuk soalan pertama saya percaya anda sudah lama tahu bahawa servis selepas jualan adalah proses menukar pembeli menjadi pelanggan tetap.
Ungkapan paling menarik ialah:
"Jika baik beritahu kawan, jika tidak beritahulah kami."
Saya hafal ayat itu sebab sebagai anak peneroka saya kerap nampak pada beg plastik rangkaian kedai felda. Sekarang dikenali sebagai D'mart.
Bagaimana dengan kemungkinan terakhir tadi? Bagaimana jika pembeli tersebut tidak puas hati dengan produk anda dan memang menanti peluang untuk membelasah anda?
Saya beri anda tips mudah.
Katakan anda telah menjual minyak morha berharga rm45 sekotak yang mengandungi 5 botol saiz 15ml di dalamnya.
Anda pun menelefon pembeli tersebut seminggu kemudian...
1. Sebaik terdengar suara seseorang di hujung talian, cepat²lah mohon maaf dan katakan betapa anda juga tidak suka dengan minyak morha dan sangat menyesal menjual padanya.
2. Beritahu bahawa walaupun minyak tersebut tidak bagus namun anda tidak dapat membantu mendapatkan kembali wang beliau kerana anda telahpun menghantar notis berhenti kerja.
3. Minta jasa baik beliau untuk melakukan dua perkara:
1. Sedekahkan kelima² botol kepada jiran² termasuk yang sudah tinggal separuh itu. Atau,
2. Jual baki 4 botol yang belum digunakan kepada jiran².
Ok. Itu sahaja tips saya kali ini. Saya percaya jika anda melakukannya, pada bulan berikutnya anda akan menerima tempahan sebanyak 5 botol saiz 120ml berharga rm45 atau saiz 60ml berharga rm28.
Maka,
rm28.00 - 17.50 = 10.50
rm10.50 x 5 botol = 52.50.
Nah. Tidak semena² anda dapat pelanggan baru dan menjana keuntungan runcit sebanyak rm52.50 pada bulan pertama.
Anda ada lagi 5 bulan untuk menggandakan jualan menjadi 500 botol.
Maka apabila misi ini selesai, anda akan raih keuntungan:
rm10.50 x 500
= rm5250 sebulan.
Ya. rm5250. Itupun jika stokis morha berkenaan menipu anda. Jika beliau jujur, anda sepatutnya kaut untung runcit sebanyak rm6500.
Insyaallah berterusan setiap bulan. Istiqomah.
Rekod kami menunjukkan, sekali orang dah guna minyak morha, mereka akan guna sampai bila².
AMARAN KERAS
Anda cuma boleh guna tips ini jika anda jual minyak morha. Jika anda jual produk lain, saya tak akan bertanggung jawab jika anda benar² kena marah dengan pembeli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan