Meski telah lebih 50 tahun minyak morha dikeluarkan oleh pengasasnya dan berada di tangan saya sejak 1997, namun sistem agen dan stokis morha baru bermula.
Sebelum ini minyak morha dijual terus dari pengeluar kepada pengguna termasuk secara online. Sekarang kita gerakkan sistem agen.
Opss.. Siapa yang akan jadi agen?
1⃣ Orang yang tak pernah jadi agen mana2 produk.
2⃣ Orang yang pernah jadi agen produk lain tapi kini dah tak aktif.
3⃣ Orang yang masih aktif produk lain samada secara sederhana atau sangat aktif.
Di sini cabarannya...
👉Agen terbaik ialah agen yang berpengalaman menjual pelbagai produk sebelum ini.
Agen gred A ini memang bernilai tinggi dan dicari².
Justeru jika mereka masih aktif mereka akan dikawal rapi oleh syarikat masing².
Ia tidak berhenti setakat itu sahaja. Leader² syarikat itu akan berusaha pelbagai cara untuk menghalang agen² berpengalaman ini daripada menyertai syarikat lain atau menjual produk lain.
Nampak cabarannya? Ia bukan soal kualiti produk atau margin keuntungan sebaliknya kerana menjaga periuk nasi leader yang sedang menikmati pelbagai insentif syarikat mereka.
✔Dari sudut positifnya, mereka sedang menikmati hasil kerja keras mereka selama ini dan tiba² terancam oleh kemunculan produk baru.
Di manakah anda?
👉Apabila leader² tersebut mula merasa pendapatan mereka terancam maka mereka akan bertindak. Ia adalah tindak balas normal dan tak perlu diberi tanggapan negatif.
✔Peniaga yang negatif bermakna sedang menggali kubur sendiri. Saya percaya, leader² yang telah berjaya tersebut sudah tentulah orang yang positif.
Kemunculan minyak Morha
Apabila ada syarikat lama yang mula risau dengan minyak morha maka itu bermakna minyak morha lebih baik dari produk tersebut✔
Apa yang perlu Morha buat?
1. Morha tidak mahu berkonflik dengan mana² syarikat pengeluar produk lain atau leader mereka.
2. Morha akan cari sendiri:
2.1 Orang yang tak pernah jadi agen mana2 produk.
2.2 Orang yang pernah jadi agen produk lain tapi kini dah tak aktif atau kurang aktif.
Manakala
2.3 Orang yang masih aktif produk lain samada secara sederhana atau sangat aktif.
👉Biarlah mereka terus menjual produk lama mereka.
👍Untuk kumpulan 2.1 iaitu orang yang tak pernah jadi agen mana2 produk, sebenarnya mereka cuma belum pernah mencuba tetapi belum tentu tidak boleh mencuba.
Malah saya sendiri, pengalaman menjadi agen syarikat pertamalah yang paling menyeronokkan dan memberikan hasil yang tinggi.
🦅Apa yang perlu dilakukan ialah ikuti peraturan asas mana² usahawan iaitu:
✔Belajar
✔Buat
✔Belajar
✔Buat
✔Belajar
✔Buat
👍🏻Jika anda dalam kumpulan 2.2 iaitu orang yang biasa jadi agen produk lain tapi dah tak aktif, maka ini adalah peluang anda menggunakan semua ilmu dan pengalaman anda itu dan ambil peluang ini.✔
Anda bukan sahaja sudah tau bagaimana untuk berjaya malah anda dah rasa sendiri suatu masa dahulu. Anda tahu cara untuk berjaya dan penyebab jadi gagal✔
Barangkali ketika itu rezeki anda belum ada. Ia mungkin juga kerana faktor usia dan kematangan✔
Saya percaya, melalui kombinasi produk morha yang terbukti berkualiti dengan pengalaman dan kematangan anda kini akan membuahkan hasil yang cukup berbaloi✔
Saya doakan anda berjaya dengan cemerlang bersama Morha😎
Insyaallah.
Cheguman morha
Pengarah urusan morha morhabshi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan