Nama sebenar morhabshi ialah myrrh. Barangkali di tanah arab, ia diperkenalkan orang Habshi maka ia disebut sebagai myrrh-habshi yang akhirnya dieja 'morhabshi' oleh orang Melayu.
Kedatangan orang arab ke kepulauan Melayu turut memperkenalkan morhabshi kepada masyarakat tempatan.
Dipercayai myrrh digunakan sejak zaman Mesir purba dan amat terkenal pada zaman kegemilangan Rome sebagai asas minyak wangi bermutu tinggi dan dalam perubatan.
Terdapat catatan sejarah raja Nero membakar myrrh selama setahun di kuburan permaisurinya Poppea (rujuk Wikipedia yang menulis tentang myrrh dalam 35 bahasa).
Dikatakan anggota tentera dahulu kala dibekalkan myrrh ke medan perang bagi mengubati luka dan sebagai antiseptik.
Dalam bidang mistik, kebanyakan bangsa dan agama di dunia percaya myrrh adalah bahan anugerah tuhan bagi membantu manusia menentang kuasa jahat.
Penyelidikan terhadap myrrh telah dijalankan di beberapa negara termasuk di Eropah, Mesir, dan Asia Tenggara. Antara hasil kajian menunjukkan myrrh berkesan menurunkan kandungan gula dalam darah tikus putih.
Sehingga kini myyrh masih dikaji bagi mengetahui unsur lain di dalamnya yang menyebabkan ia begitu bernilai di zaman dahulu (sama nilai dengan emas) dan berupaya menyelesaikan banyak masalah kesihatan.
Myrrh adalah nama global bagi morhabshi iaitu bahan utama dalam penghasilan minyak morhabshi. Setakat diketahui inilah satu-satunya minyak yang dikeluarkan oleh pengusaha tempatan bwrasaskan campuran herba dengan morhabshi serta diruqyah.
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan