Masyarakat Mesir purba menggunakan myrrh sebagai bahan
antiseptik. Selain itu mereka juga menggunakannya bagi menghalau serangga
termasuk kutu.
Kajian modern mendapati myrrh adalah antioksiden yang hebat
sehingga berupaya mengubati tumor dan
kanser tertentu.
Pada tahun 2001 saintis di Universiti Rutgers mengenal pasti
sebatian myrrh mampu membunuh sel-sel kanser. Mereka yakin bahawa myrhh boleh digunakan
untuk rawatan serta pencegahan prostat dan kanser payudara. Selain itu ia juga
membantu dalam rawatan tumor otak (malignan).
Menurut kajian myrrh mengandungi sehingga 75% sesquiterpenes
kompaun yang merangsang bahagian otak yang mengawal emosi. Ia juga membantu
hipotalamus, kelenjar pineal dan pituitari yang menghasilkan banyak hormon
penting dalam badan.
Manfaat myrrh termasuk dalam penjagaan kulit. Masyarakat
Mesir sejak zaman berzaman memanafaatkan khasiatnya bagi mengekalkan kulit yang
sihat, mencegah penuaan kulit, merawat luka atau kulit retak.
Kini myrrh telah ditanam secara komerial di Afrika dan Arab
agar khasiatnya dapat dimanafaat oleh lebih ramai manusia.
Khasiat myrrh turut dicatat dalam buku Ebers Papyrus, salah
satu teks perubatan tertua Mesir bertarikh kira-kira 1550 masihi.
Myrrh dikatakan mampu bertindak sebagai antioksida, anti-radang,
antitumor, analgesik, anti-jangkitan, anti-virus, anti-parasit, antiseptik,
astringen dan tonik.
Kebaikan myrrh juga dikaitkan dengan bronkitis, kencing
manis, kanser, hepatitis virus, jangkitan kulat (Candida, ekzema, kurap, atlet kaki, seriawan
faraj), gigi dan gusi syarat, keadaan kulit (kedut, stretch mark, luka, retak),
cirit-birit, disentri, hipertiroidisme, dan ulser.
manuskrip Ebers Papyrus
Myrrh sebagai asas haruman
Myrrh juga dipercayai mempunyai khasiat terhadap rohani dan
emosi. Myrrh adalah minyak yang sangat spiritual dan telah digunakan dalam
upacara keagamaan dan ritual selama lebih 5000 tahun!
Aroma myrrh dikatakan mempunyai hubungan jiwa dan merangsang
minda. Sebagai contoh, bauan kayu mampu menaikkan semangat.
Myrrh assential melenyapkan kebimbangan, membantu kita melalui
pengalaman yang sukar serta mengurangkan rasa sakit. Ia membantu kita untuk
menjadi ‘lebih menerima’, yakin diri, serta meningkatkan pertimbangan diri.
Haruman myrrh dikatakan bertindak mengintegrasikan fizikal dengan rohani
manusia.
Selain itu ia menggalakkan pembukaan solar plexus dan chakra
jantung dan menaikkan semangat kepada minda, seterusnya melegakan keresahan,
tekanan dan kemurungan.
diterjemah dan diedit semula daraipada artikal asal:
Myrrh adalah nama lain bagi morhabshi dan resin morhabshi adalah bahan utama dalam penghasilan minyak morhabshi.
1 ulasan:
Terima kasih banyak atas infonya gan.
Lumayan nambah elmu.
Parfum Original :
Minyak wangi termahal di dunia.
----------------
Catat Ulasan