Rabu, 12 Julai 2017

Strategi bisnes menolak teori kill two birds with one atone


Rasanya ramai yang pernah dengar pepatah inggeris "kill two birds with one stone" tak kiralah samada betul-betul faham atau setengah faham.

Oleh kerana ramai yang sudah tahu maksud asal pepatah itu maka saya ingin menarik perhatian anda maksud kedua pepatah tersebut. Maksud tersirat. Ia lebih praktikal.

Melontar, melastik, atau menjadikan seketul batu sebagai peluru bagi membunuh seekor burung pun sukar,  jika dua ekor tentulah amat sukar. Itu sebabnya ramai yang gagal.

Maka saya cadangkan diterbalikkan peribahasa itu yakni kita guna dua batu atau peluru bagi meningkatkan kebarangkalian menewaskan seekor burung.

Membazir?  Mana lebih membazir antara guna dua biji peluru dapat seekor burung berbanding guna sebutir peluru tetapi sampai kesudah tak dapat walau seekorpun?

Saya tidak menyalahkan pepatah itu atau mengatakan masyarakat inggeris tertipu selama ribuan tahun. Pepatah itu benar jika dilakukan oleh orang bijaksana.  Malah pepatah itu memang bertujuan menjadikan kita bertindak secara bijaksana.

Bijaksana itu bagus namun kiita nak berniaga, bukan nak tunjuk pandai. Berjaya dalam perniagaan juga membuktikan kita sudah bijaksana.

Bagi anda yang mengikuti blog waadat saya sejak 2008 akan sedar betapa saya amat menghargai kebijaksanaan orang dulu-dulu tak kira bangsanya. 

Pepatah yang ditinggalkan perlu dilihat dari dua sudut iaitu tersurat dan tersirat.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.