Rabu, 26 Julai 2017

Menjadi kaya di zaman meleset


2017-2019 dikatakan ekonomi dunia bergerak lembab. Tak payahlah kaji statistik. Rasakan sendiri beza nilai wang dalam poket kita. Adakah wang anda makin banyak yang boleh disimpan atau habis dibelanja?

Ramai yang mengeluh dan ramai juga yang menyalahkan orang lain. Bagaimana dengan anda?

Bagi orang biasa situasi begini dianggap bala tetapi bagi usahawan berjaya,  inilah masa untuk mengaut keuntungan lebih banyak. Aneh?

Salah satu caranya ialah menjadi AHLONG atau peminjam wang.

Dalam keadaan ekonomi lembab bukan bermakna orang ramai tidak perlu berbelanja. Masalahnya wang tiba-tiba lenyap entah kemana.

Itu sebabnya walaupun ahlong diketahui bersikap kejam, orang ramai terus mencarinya. Orang mahu WANG.

Tapi kata orang wang bukan segalanya. Kesihatan yang baik juga rezeki dan nikmat yang tiada nilainya. Bolehkah wang membeli kesihatan?

Mahu tidak mahu, jika sakit kita perlu lebih banyak wang berbanding waktu biasa.
Orang yang tubuhnya sakit perlukan rawatan dan orang yang dompetnya sengkek perlukan wang.

Dalam situasi ini, anda berada di mana? Saya fikir lebih baik berada di tengah-tengah.

Toleh kiri, toleh kanan. Lihatlah berapa ramai yang perlukan wang sama seperti anda? Pergilah kepada mereka.

Kumpulkan mereka dan fikirkan bagaimana ANDA boleh gunakan mereka?  

Ok. Jika ayat itu kedengaran agak kejam, soalan alternatif ialah "bagaimana kita boleh bantu mereka? "

Siapa mereka?
1. Orang yang perlukan rawatan
2. Orang yang perlukan wang

Jika anda mahu membantu mereka,  hubungi saya.

Ok lah. Membantu mungkin bunyi macam nak tunjuk baik. Kita terus terang sahaja. Kalau mahu buat duit, saya akan tunjuk caranya. Dengan syarat,  saya pun untung. 

Cheguman
+60194402211

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.