Sabtu, 13 Ogos 2016

Menjadi luar biasa di zaman IT

Assalamualaikum.

Ada sahabat tanya saya, cheguman tulis panjang2 ada ke org nak baca?

T.ksh kpd yg bertanya krn mengingatkan saya.

Ok. Klu nak tau, saya akan terangkan panjang lebar skrg.

Dulu2, manusia berada dlm zaman batu. Semua alatan termasuk rumah pun drpd batu. Pisau batu, pinggan batu, almari batu, kerusi batu, buku batu, hatta pencungkil gigi pun diperbuat drpd batu. Agaknya la. 😅

Lps tu dtg zaman logam. Masa tu logam sgt bernilai sampai org sanggup berbunuh2 nak dpt logam, baik emas, perak, besi, maupun timah.

Tau tak org buat apa dgn timah? Betul. Salah satu drpdnya ialah buat tin utk simpan makanan. Cth, tin susu.

Kemudian dtg lak zaman plastik. Awak boleh pikir sendiri le camana zaman plastik ni. Dari pinggan mangkuk hingga la mangkuk tandas, semuanya plastik.

Sekarang? Ha, skrg zaman IT atau information teknology atau zaman ilmu pengetahuan. Justeru siapa yg tak suka info maka ketinggalan lah ia adanya.

Pernah belajar pasal Iqro', kan?

Ok, saya bukan ustaz.

Dlm zaman IT, maklumat sampai terus ke tapak tangan. Maka org yg banyak info di tapak tangannya, hanyalah termasuk dlm golongan orang BIASA.

Ingat, org biasa tak kaya dan tak berapa berjaya.

Golongan kedua ialah yg rajin pindahkan info dari tapak tangan ke dalam otak. Setakat ni belum ada teknologi utk transfer info terus ke dlm otak manusia. Maknanya, kena memBACA la.

Golongan ni, boleh tahan la. Setakat makan gaji, boleh la.

Nak jadi org berjaya kena masuk golongan ketiga. Golongan ni tidak lagi tunggu info. Mereka cari info. Usahawan macam awak dan saya berada dlm golongan ni. Alhamdulillah.

Golongan ke-4, adalah org LUAR BIASA. Mereka bukan shj rajin cari info malah mampu gunakan info utk menghasilkan teknik & strategi baru menjual produk kpd golongan pertama, kedua, dan ketiga tadi. Insya-Allah.

Setakat ni, awak di mana?

Salam mesra,
Cheguman 0194402211
noorazmanaminudin@gmail.com
morhabshi.blogspot.com

Aku menulis bukan kerana nama tapi aku tak mahu menjadi penulis surat layang.

Ini adalah mesej broadcasting. Sila reply *mohon keluar* jika ingin dikeluarkan drpd senarai penerima.

Kalau nak masuk dalam senarai penerima, sila whatsapp +60194402211.

Maaf jika mengganggu.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.