Rabu, 3 Ogos 2016

Takde la sampai nak suruh tutup hospital

Sakit kepala makan panadol.
Sakit perut ada ubatnya samada di kedai, farmasi atau klinik.
Kalau sakit gigi pula, kata orang ubat kaki tiga berkesan cuma ada kesan sampingan.

Apabila luka atau cedera boleh sapu ubat luka atau tampal plaster. Kalau agak teruk, ke klinik la.

Bagaimana pula jika denggi atau kencing tikus? Setakat ini belum ada ubat yang betul2 dibuktikan berkesan. Kebanyakannya hanya petua.

Begitu juga kanser dan beberapa sakit dalaman. Kata orang, perubatan moden pun sering kecewa.

Itu kalau penyakit boleh dilihat. Bagaimana jika anak kecil tiba2 menangis melalak tiba2? Anak dara histeria di asrama camana pula?

Kalau sebab perut kembung, boleh ulang semula baca perenggan awal tadi. Tapi bagaimana jika fizikalnya biasa sahaja? Tapi asal maghrib je sikecil comel tu menangis macam dicubit2..?

Baiklah, jika anda baca semua catatan saya tadi, ada satu persoalan yg timbul iaitu apabila masalah berlaku, barulah kita boleh bertindak. Sebabnya, hampir semua ubat yg saya sebut di atas mudah rosak jika disimpan agak lama.

Beli panadol rm2 dan simpan 2-3 bulan, tak pulak sakit kepala. Bila nak guna, org rmh tanya... boleh guna lagi ke? Akhirnya pergi kedai beli yg baru. Walau cuma rm2 dah kira membazir.

Sebenarnya ada alternatif asal kita sedia mencuba. Salah satu keistimewaan minyak Morhabshi yang diperbuat daripada campuran herba dan resin myrrh ialah boleh disimpan sehingga 2-3 tahun. Lebih menarik lagi, ia boleh digunakan untuk macam2 masalah. Takyah bawak 7-8 botol ubat dlm poket atau beg tangan.

Klu tak sesuai utk sakit kepala, simpan utk lenguh2, luka, atau disengat binatang bisa. Budak2 skrg kena gigit nyamuk pun kulit boleh bermasalah.

Ada orang tanya, kalau semua masalah boleh selesai dgn minyak morhabshi, tutup habislah klinik dan hospital?

Rasanya, sengkek sangat pemikiran begitu. Kita pun boleh tanya, klu ubat hospital itu bagus sgt, kenapa tak semua org sembuh? Hanya Allah Yang Maha Sempurna.

Saya beri satu situasi:
Anak anda mengadu sakit perut di tengah malam. Apa tindakan anda? Terus bawa ke klinik?

Saya cadangkan, sapu dulu minyak morhabshi ke perutnya sementara anda pakai seluar dan memanaskan enjin kereta. Mana tahu, beberapa minit kemudian tiba2 isteri anda memanggil anda supaya masuk semula ke rumah sebab anak anda sudak tidak sakit perut lagi.

Bukankah anda sudah selamat duit ubat dan kos rawatan 'after midnite' di klinik berhampiran? Bonusnya, anda boleh sambung tidur.

Lain kali kalau anak sakit perut lagi, sambil mata pejam pun boleh hulur botol minyak morhabshi pada org rumah. Atau terus sapu ke perutnya. Jgn silap perut sudah la.

Ingat, ubat klinik memang berkesan tapi leceh disimpan lama. Menurut kajian, dadah yg digunakan ada impaknya.

Bagaimana kita tahu ubat klinik boleh menyembuhkan sakit perut? Ya, itu berdasarkan kajian, pemerhatian & pengalaman lepas samada diri sendiri atau cerita orang lain.

Begitu juga minyak morhabshi. Kami menyimpan beratus testimonial pengguna yang menulisnya di media sosial secara sukarela. Anda boleh pm mereka dan berkenalan. Boleh tanya macam2.

Tanya la kenapa dia jual minyak morhabshi dan camana dia boleh terserempak dgn minyak warisan datuk kami ni.

Minyak morhabshi ni dah lama. Sebelum ini, ustaz abdul hamid telah mengeluar dan menjualnya selama puluhan tahun. Saya pun tak tau bila ramuan ini digunakan. Seingat saya yg lahir 1967 ni, masa saya ada, ia dah pun ada.

Barangkali paksu saya ustaz radzi melissa, penyanyi lagu cinta utk nabila tahu sejarahnya.

Kita pun tau, selama beratus tahun campuran herba telah digunakan bagi merawat pelbagai penyakit lama sblm perubatan modern dibawa ke nusantara kita ini.

Lebih awal dari itu, resin myrrh yang menjadi bahan utama minyak morhabshi telah diguna ribuan tahun dalam tamadun Mesir, Rom dan diperelok lagi semasa tamadun Islam.

Di zmn rom, perajuritnya dibekalkan myrrh apabila ke medan perang. Ia serbaguna.

Oh ya. Jgn lupa bekalkan sebotol pada anak2 di asrama.

Di zmn mesir, myrrh dinilai sama dgn emas. Hebat, kan? Klu tak hebat takkan begitu nilainya. Jika saya catatkan testimonial pelanggan selama ini, bukan shj anda, saya sendiripun macam tak percaya.

Tapi jika anda taip 'myrrh benefit' dlm google, anda akan kagum dgn khasiatnya.

Menyimpan minyak morhabshi di rumah, di dalam kereta, dan di tempat kerja dpt membantu kita waktu kecemasan sblm mendpt rawatan lanjut. Keistimewaan hospital ialah mrk ada pasukan dan alatan lengkap.

Alhamdulillah dan alfatihah utk ustaz abd hamid seorang ulama, pengamal rawatan Islam,  perubatan herba, dan perubatan homeopathy yg diberi ilham oleh Allah taala menghasilkan minyak morhabshi.

Insyaallah, dgn izin Allah yg mencipta segalanya.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.