Ahad, 17 Julai 2016

Peluang OEM produk berasaskan myrrh

Pernah dengar tentang resin myrrh?

Lebih baik anda baca ini dahulu.
1. https://www.organicfacts.net/health-benefits/essential-oils/health-benefits-of-myrrh-essential-oil.html
2. https://draxe.com/myrrh-oil
3. http://articles.mercola.com/herbal-oils/myrrh-oil.aspx
4. https://www.organicfacts.net/health-benefits/essential-oils/health-benefits-of-myrrh-essential-oil.html
5. http://www.medicalnewstoday.com/articles/267107.php
6. http://www.experience-essential-oils.com/benefits-of-myrrh.html
7. http://www.sustainablebabysteps.com/myrrh-essential-oil.html
8. http://www.floracopeia.com/Essential-Oils/Essential-Oil-Blends/frankincense-myrrh-oil.html
9. https://www.drugs.com/npp/myrrh.html
10. http://gentleworld.org/magical-and-medicinal-frankincense-and-myrrh/
11. http://gentleworld.org/magical-and-medicinal-frankincense-and-myrrh/

Saya rasa cukuplah saya senaraikan 11 rujukan kali ini yang memaparkan kehebatan resin myrrh yang telah digunakan sejak ribuan tahun dahulu, yakni seawal tamadun manusia yang dapat dikesan seperti Mesir, Rom, dan Islam.

Mengetahui bahawa harga setahil myrrh bersamaan setahil emas tulin pada zaman Mesirpun sudah menunjukkan betapa hebatnya bahan kurniaan Allah ini kepada manusia.

Khasiat myrrh dicatat dalam kitab-kitab agama samawiyah dan buku perubatan lama hampir semua bangsa di dunia.

Seharusnya saya tidak terlalu banyak berceloteh tentang sejarah. Adalah lebih praktikal jika anda hubungi saya dan kita boleh berbincang bagaimana anda boleh buat untung daripada bahan ajaib ini.

Saya telah mulakannya melalui minyak morhabshi yang digelar minyak ajaib oleh penggunanya.

Jika ia mahu diuji oleh masa, minyak morhabshi berada di tangan saya lebih 20 tahun. Sebelum itu ayah saya mengeluarkannya sejak saya remaja. Manakala pengasas minyak morhabshi ialah datuk kami Sheikh Abd Hamid al-Derangi.

Kenapa saya membuka tawaran ini? Minyak morhabshi mengandungi hampir 20 khasiat umum yang amat penting bagi kesihatan manusia dan haiwan.

Ini bermakna, dari segi pemasaran lebih daripada 20 produk berasingan (consumers product) boleh dihasilkan daripada minyak morhabshi.

Namun setakat ini hanya satu jenama sahaja yang telah dikeluarkan iaitu melalui sebuah syarikat tunggal milik saya sendiri.

Saya berkongsi rahsia ini pada anda kerana saya mahu anda membantu saya meletakkan produk-produk myrrh di seluruh dunia. Saya bukan hendak menolong anda tanpa sebab bahkan saya sudah kirakan jika impian itu tercapai, saya akan mejadi salah seorang terkaya di dunia. Insyaallah.

Namun bukan kaya di dunia menjadi matlamat hidup saya. Biarlah tujuan lain itu menjadi rahsia antara saya dan Allah taala.

Lihat, berdasarkan 15 khasiat myrrh yang telah dikenalpasti setakat ini, pelbagai produk kepenggunaan boleh dihasilkan dan dikeluarkan secara khusus antaranya ialah:
Syampoo
Sabun mandi
Krim kulit
Kosmetik
Ubat jerawat
Penawar bisa
Ubat kanser
Ubat buasir
Minyak bayi
Penawar denggi
Penawar kencing tikus
Ubat batuk
Kembung perut
Ubat keracunan makanan
Sakit dada
Ubat asma
Kencing manis
Darah tinggi
Dan banyak lagi produk yang anda boleh fikirkan.

Saya tawarkan pada anda kerana saya tidak mampu melakukannya seorang diri. Ketika saya mula menggelintir maklumat myrrh melalui internet, hanya beberapa web sahaja yang menceritakan kegunaan myrrh.  Itupun secara ringkas.

Sejak 10 tahun mutakhir ini saya dapati semakin banyak kajian dilakukan di seluruh dunia. Anda juga boleh melihatnya di youtube.

Saya yakin, myrrh akan menjadi bahan utama dalam produk-produk kesihatan bagi menggantikan dadah dan alkohol atau bahan-bahan seperti uri bayi, babi, dan lain-lain yang sering diperselisih ulama penggunaannya dalam industri perubatan.

Bahkan myrrh akan menjadi bahan penting yang digandingkan bersama herba-herba lain dalam hampir semua produk masa depan di seluruh dunia.

Percayalah, myrrh akan menjadi suatu fenomena.

Hubungi saya 0194402211 samda untuk menjadi agen, pemborong, atau pengeluar salah satu produk berasaskan myrrh.

Kami boleh uruskan OEM untuk anda dari mula hingga produk siap untuk dijual kepada pengguna.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.