Rabu, 11 Mei 2016

Berniaga dari dapur versi pendek

Ini adalah artikal yang sama seperti sebelum ini tetapi saya edit menjadi pendek agar tidak mengambil masa terlalu lama membacanya.

...

Apabila ramai manusia yang berkeluh kesah tentang wang, maka membantu mereka menambah pendapatan adalah satu kebajikan. Ingat, apabila saya mengatakan 'membantu mereka menambah pendapatan' maka itulah yang saya maksudkan. Saya tidak mengatakan ingin menambah pendapatan anda. Ia tidak termasuk dalam fokus utama program ini. Jika ada rezeki anda, alhamdulillah.

Aneh? Jika anda belum bersedia membantu orang lain maka perenggan berikutnya bukan lagi satu keperluan untuk anda membacanya.

Golongan pertama yang terbeban secara langsung dalam isu kenaikan kos hidup sudah tentulah ketua keluarga. Apa yang boleh kita bantu? Saya rasa kita tinggalkan dulu kelompok ini dan pergi pada golongan kedua iaitu surirumah.

Surirumah bermaksud lelaki atau wanita yang tidak melakukan pekerjaan yang bergaji. Mereka menguruskan rumahtangga dengan sumber kewangan yang disediakan oleh pasangan mereka.

Antara tugas mereka ialah menyediakan makanan untuk keluarga. Idea saya ialah: apa kata kita minta mereka memasak lebih sedikit dari biasa?

Biarlah saya berterus terang. Cadangkan pada beberapa orang suri rumah supaya memasak lebih daripada biasa dan jualkan masakan yang paling sedap pada penduduk setempat. Bukankah ia menguntungkan? Tidak perlu buka restauran atau warung.

Cuba kirakan berapakah modal yang perlu dikeluarkan untuk membeli bahan mentah dan lihat di restoran berapakah harga yang dijual. Perbezaan antara harga bahan mentah dengan harga jualan makanan yang siap dimasak adalah keuntungan bersih suri rumah tersebut.

Tiada kos sewa premis atau upah pekerja.

Persoalan yang mungkin ditanya ialah siapakah yang akan membelinya dan siapa pula yang akan menghantarnya ke rumah-rumah pelanggan?

Saya fikir lebih baik saya yang bertanya pada anda soalan tersebut tetapi dengan sedikit kelainan:

1. Mahukah anda mencari surirumah yang berminat melakukannya bagi menambah pendapatan mereka?

2. Mahukah anda memdapatkan remaja atau belia yang mahu mencari wang saku dengan melakukan tugas penghantaran dalam kawasan taman perumahan secara berjadual?

Jika anda tidak sanggup melakukan dua perkara di atas maka anda tidak perlu lagi membaca soalan ketiga:

3. Tahukah anda bahawa tugas yang akan anda lakukan ini memberi anda peluang pendapatan tambahan?

Hubungi saya dan kita akan bincangkan dengan serius. Oh ya. Soal promosi kepada pelanggan, biar saya yang uruskan sebab saya ada team yang mampu melakukannya.

Noor Azman Aminudin
Pengarah Urusan Morha Marketing
75150 Bukit Baru Melaka.
SMS/whatsapp/call: 0194402211

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.