Jumaat, 25 Mac 2016

Stokis dan KPS

Orang yang akan merekrut KPS ialah stokis yakni Pengurus Kedai Morha.

Kenapa dinamakan Kedai Morha dan bukan Stokis Morha? Perlukah membuka premis di bangunan khas untuk kedai sebagaimana mini market atau kedai runcit?

konsep stokis adalah pengusaha yang menyimpan sejumlah stok daripada sebuah syarikat sahaja. Manakala konsep kedai ialah menjual pelbagai produk daripada pelbagai syarikat.

Berdasarkan definisi tersebut anda boleh faham bahawa Kedai Morha tidak hanya menjual produk daripada syarikat Morha Marketing sahaja. Dari semasa ke semasa kita akan menambah pelbagai produk daripada syarikat-syarikat yang sedia bekerjasama dengan Morha.

Pengurus Kedai Morha tidak semestinya menyewa bangunan kedai untuk beroperasi. Kedai Morha boleh sahaja dibuat di rumah sendiri dan stok mungkin disimpan di dalam bilik sahaja.

Sebagai asalnya, kedai morha adalah stokis dan fungsi setiap stokis ialah membekalkan stok untuk agen-agen runcit yang dilantik.

Justeru Pengurus KPS adalah sebahagian daripada agen walaupun tidak semua agen menjadi pengurus KPS. Agen mungkin hanya menjual secara tertutup kepada rakan sepejabat dan saudara mara.

Bagaimana mencari Pengurus KPS Morha? Jika anda seorang stokis/Pengurus Kedai Morha di sesebuah daerah, carilah orang yang berpendapatan rendah tetapi mahu menambah pendapatan. Jika dalam daerah anda ada 10 kampung dan taman perumahan, usahakan agar setia kawasan pertempatan tersebut mempunyai seorang Pengurus KPS.

Pihak Morha Marketing akan mengadakan latihan dan bimbingan berterusan secara percuma.

Tetapkan satu hari dalam sebulan untuk perjumpaan bulanan atau mingguan.

Pendapatan KPS
1. Jualan seunit minyak morha ialah rm15. Jika 10 umit berjumlah rm150.
2. Jualan produk lain seperti shampo, pencuci2, makanan kesihatan dll. Jika seorang pelanggan belanja rm200 maka 10 pelanggan KPS dapat rm2000 jualan. Jika untung runcit 20% maka KPS dapat tambahan rm400 lagi.

3. Wakil kedai runcit. KPS adalah akronim pada Kaunter Penghantaran Setempat. Rujuk Modul KPS untuk keterangan lanjut. Jika 30 pelanggan berbelanja rm200 setIap bulan maka KPS ada jualan rm6000. jika KPS dapat komisyen dan upah 5% maka pendapatan KPS bertambah rm300.

Maka anggaran pendapatan Pengurus KPS ialah rm850 sebulan.

Pendapatan tambahan KPS
4. Apabila KPS sudah mempunyai ramai pelanggan tetap, KPS boleh mengeluarkan produk sendiri seperti makanan (kueh, kek, nasi lemak dsb). Jika sehari laku 50 bungkus nasi lemak dengan untung 50 sen sebungkus:
50 x rm0.50 = rm25
Rm25 x 30 hari = 750 sebulan.

5. Jualan produk lain. Selain produk yang disediakan Morha Marketing, KPS bebas menjual apa sahaja produk mana2 syarikat lain.

6. Wakil edaran kad jemputan kenduri.

7. Wakil edaran poster dan katalog syarikat2 besar.

8. Perkhidmatan bayaran bil.

9. Bagaimana dengan edaran poster calon pilihanraya? Saya nasihatkan KPS usah melibatkan diri dengan mana2 parti politik kerana tindakan sedemikian mengundang musuh dan anda akan kehilangan pelanggan.

Cuba kirakan berapakah jumlah pendapatan seorang Pengurus KPS tersebut?

Dalam masa yang sama hubungan KPS dengan masyarakat setempat akan bertambah akrab. Anda juga akan mempunyai ramai kenalan kalangan usahawan yang menjadi pembekal dsbnya.

Kata orang jika berkawan dengan penjual minyak wangi, sikit sebanyak kita juga akan berbau wangi.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.