Rabu, 23 Mac 2016

Kaunter Penghantaran Setempat KPS

Rasional
Ramai pengusaha boleh mengeluarkan produk. Namun apa sahaja produk belum menjadi sesuatu yang hebat jika tiada alat untuk menyampaikannya (delivery) pada pengguna.

Kekangan sistem lama
Kaedah promosi konservetif samada melalui media elektronik mahupun bercetak hanya menyelesaikan separuh daripada proses pemasaran. 7/10 pengguna yang berminat akhirnya hanya menyimpan niat dalam hati dan pengusaha membazir banyak masa mencari peminat (prospek) baru yang akhirnya mengulangi keadaan yang sama.

Model KPS
Kaunter Penghantaran Setempat atau KPS adalah sistem. Sesiapa sahaja boleh mencuba. Tidak semestinya hanya satu KPS di suatu kawasan. Mungkin akan ada orang lain yang ingin mencuba. Siapa buat dia dapat.

M.O.R.H.A
Management Organization Retail Humanity Attitude adalah peneraju pada konsep yang diakronim sebagai KPS atau Kaunter Penghantaran Setempat ini.

KPS
Kaunter Penghantaran Setempat atau KPS adalah jawapan pada masalah besar penyampaian produk kepada pengguna akhir (end user).

Misi
Membimbing usahawan kampung menjadi usahawan global.

Visi
Menyediakan networking termudah dan termurah, tetapi cekap di peringkat akar umbi

Objektif
1. Mendapatkan 1 KPS 1 pertempatan atau perkampungan.
2. Mengumpul pengeluar, penjual, dan pengguna dalam satu rangkaian yang saling bekerjasama.
3. Mengumpul dan mengedar apa sahaja produk keluaran muslim tempatan termasuk kueh muih dan lauk basah.

Prosedur pembelian/order
Pembeli boleh order terus pada kedai runcit atau melalui KPS. Apapun, KPS yang akan buat penghantaran.

Sample 1:
1. Pembeli call/WhatsApp pekedai.
2. Pekedai forward order pada KPS. Pekedai packing barang.
3. KPS kumpulkan order dari beberapa sumber dan buat penghantaran sekali jalan.

Sample 2:
1. Pembeli call/WhatsApp KPS
2. KPS ambil stok di kedai.
3. KPS kumpulkan order dari beberapa sumber dan buat penghantaran sekali jalan.

Harapan
InsyaAllah KPS akan merebak di seluruh negara. Ia akan membentuk networking alaf baru yang amat dinamik. Ia memberi kebaikan pada semua pihak;
Pengeluar
Peniaga
Pengguna

Faedah
Ia bukan sekadar mendapat upah bahkan suatu ibadah bagi memudahkan orang ramai terutama warga tua dan suri rumah yang sukar meninggalkan anak kecil di rumah sewaktu suami bekerja.

Alat KPS
1. Hand phone dan internet
2. Kenderaan (motorsikal lebih efektif)

Kemudahan KPS
Sumber stok mudah dicapai seperti kedai runcit atau pasaraya. Lebik banyak sumber stok, lebih baik.

Promosi
1. Media sosial
2. Poster, banner, flyers dll

KPS menjmatkan kos
Kos promosi KPS adalah rendah sebab ia hanya melibatkan kawasan kecil seperti kampung atau taman perumahan. Perkampungan Felda yang tersusun amat sesuai untuk dilaksanakan KPS.

Sokongan
1. Pamerkan jadual penghantaran. Contoh, beri kalender percuma pada setiap rumah dan masukkan nombor hand phone serta jadual penghantaran setiap hari. Contohnya, penghantaran setiap jam.
2. Mengeluarkan senarai harga runcit setiap minggu atau setiap bulan secara bandingan. Jika harga KPS sama dengan harga di kedai maka pengguna anggap KPS lebih baik sebab adanya servis penghantaran ke rumah.
Jika harga KPS mahal sedikit, pelanggan masih anggap ia berbaloi.

Anda sebagai Pengurus KPS
1. Mengadakan perbincangan dengan beberapa pekedai di kawasan operasi anda.
2. Melakukan promosi iaitu memaklumkan pada penduduk setempat tentang perkhidmatan yang ditawarkan.
Menyelaras order.

Pembantu KPS
1. Membungkus
2. Menghantar

Pembantu KPS boleh diambil dari kalangan remaja yang baru habis belajar atau semasa mereka bercuti. Anda tidak perlu mempunyai pembantu tetap.

Anda adalah PENGURUS KPS. Apabila KPS anda telah stabil, bukalah cawangan di kampung sebelah. Letakkan sasaran dalam tempoh setahun anda mampu memiliki 10 KPS.

Ketika itu anda mungkin telah mempunyai:
1. Sistem order online khas
2. Kenderaan khas untuk penghantaran jarak jauh
3. Para pekerja
4. Pengurus-pengurus cawangan

Sebenarnya anda sedang membina sebuah syarikat perkhidmatan courier terhebat tanpa modal yang besar.

KPS nampak kecil tapi ia adalah asas perniagaan global. Anda sendirilah yang akan memaknakan KPS.

Kami hanya menerbitkan idea.

Pendapatan
1. Melalui harga istimewa yang ditawarkan oleh. pekedai. Pembeli akan bayar harga runcit biasa.
2. Servis caj

Keuntungan tambahan
Mempunyai networking dengan sasaran sehingga ke akar umbi adalah aset yang ternilai. Dalam jangka panjang:
1. Pasaran di hujung telunjuk anda.
2. Jika Anda mempunyai produk sendiri, anda akan meraih keuntungan berlipat ganda.
3. Anda mempunyai akses kepada pengeluar-pengeluar produk dan berkuasa menentukan harga dan keuntungan anda sendiri.

Keuntungan akhirat
1. Khidmat masyarakat berterusan seperti warga tua, suri rumah yang sukar meninggalkan rumah dsb.
2. Membantu peniaga lain melariskan jualan.
3. Mengaktifkan ekonomi Islam.
4. Mengeratkan silaturrohim dalam masyarakat.

Alat sokongan tambahan
1. Banner
2. Bunting
4. Poster
5. Kalender bercetak mengandungi jadual penghantaran
6. Kalender maya mengandungi jadual penghantaran
7. Senarai harga runcit semasa bercetak
8. Senarai harga runcit semasa maya
9. Poster maya untuk viral.
10. Kad order maya untuk pelanggan..

Modal perlu dibayar pada kami:
RM0.00. Anda buat anda dapat.

Ganjaran untuk kami
Redho Allah taala. InsyaAllah.

Noor Azman Aminudin
Pengarah Urusan Morhabshi
0194402211
Pusat KPS Morha
Pejabat Urusan Morha Marketing
Bukit Baru Melaka.
0194401944.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.