Ahad, 27 Mac 2016

Program Perdana KPS morha

KPSmorha adalah program sokongan bertaraf perdana. Kami akan menjelajah seluruh negara bagi mempromosi, menaja, menggerakkan, dan membantu KPS secara berterusan

Oleh itu saya mohon kerjasama anda untuk menjadi penganjur di kawasan masing-masing.

Bagi menubuhkan KPS perlu ada:
1. Penggerak KPS (daerah)
- mengenalpasti kawasan untuk ditubuhkan KPS.
- mengenalpasti calon2 pengurus KPS di kawasan tersebut
- menyelaras program bimbingan KPS daerah yang akan dilakukan oleh Morha Marketing secara berkala.

2. Pengendali/pengurus
- menguruskan promosi di kawasannya
- mengadakan persefahaman dengan penyedia produk di kawasannya
- mengambil order dan menghantar produk pada pelanggan (jika tiada pembantu)

3. Pembantu KPS
- menghantar produk pada pelanggan
(Pekerja sambilan)

Kps ni nampak macam runner. Ya, tapi untuk permulaan sahaja. Masuk peringkat kedua, KPS duduk di rumah dan semua orang cari KPS untuk dapatkan perkhidmatan.

Jika anda seorang pengeluar produk, mari kita bekerjasama.

Jika anda sedang berangan-angan untuk menjadi pengeluar produk maka hubungi saya.

Cheguman
+60194402211

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.