Sabtu, 23 April 2016

21 fakta myrrh dari kajian lain

Banyak kajian telah dilakukan ke atas keberkesanan myrrh dan potensinya dalam rawatan. Selain daripada 16 khasiat yang diperolehi daripada kajian sebelum ini, berikut ditampilkan satu lagi hasil kajian yang dipetik daripada sebuah jurnal di www.draxe.com

1. Potensi Antioksidan
Satu kajian 2010 dalam Jurnal Makanan dan Toksikologi kimia mendapati bahawa myrrh boleh melindungi daripada kerosakan hati kerana kapasiti antioksidan yang tinggi. Satu kajian telah dijalankan ke atas arnab bagi melihat potensinya dan para penyelidik percaya potensi yang sama dapat digunakan pada manusia.

2. Faedah Anti-Kanser
Myrrh juga telah didapati mempunyai kesan-kesan anti-kanser. Saru kajian pada 2011 mendapati myrrh dapat mengurangkan percambahan atau replikasi sel-sel kanser manusia. Para penyelidik mendapati bahawa myrrh menghalang pertumbuhan dalam lapan jenis sel-sel kanser, khususnya kanser sakit puan. Walaupun kajian lanjut diperlukan untuk menentukan dengan tepat bagaimana menggunakan herba untuk rawatan kanser, kajian awal ini amat memberangsangkan.

3. Faedah Anti-Bakteria dan Anti-kulat
Dari segi sejarah, myrrh telah digunakan untuk merawat luka dan mencegah jangkitan. Sehingga kini ia masih digunakan untuk kegatalan kulit seperti kaki makan air, cacing gelang, dan jerawat. Sapukan beberapa titik pada tuala yang bersih terlebih dahulu sebelum menyapunya pada kulit.

4. Anti-Parasit
Terdapat rumusan yang telah dibangunkan menggunakan myrrh sebagai rawatan untuk jangkitan fascioliasis yakni parasit yang telah menjangkiti manusia di seluruh dunia. Parasit ini biasanya dihantar melalui alga akuatik dan tumbuhan lain. Kaedah rawatan menggunakan myrrh tersebut mampu untuk mengurangkan tanda-tanda jangkitan, serta memperlihatkan penurunan jumlah telur parasit yang terdapat dalam najis.

5. Kesihatan
Myrrh boleh membantu mengekalkan kulit yang sihat. Ia boleh membantu melegakan kulit pecah-pecah atau retak. Myrrh biasanya ditambah pada produk penjagaan kulit bagi meningkatkan kecekapan pelembab dan juga untuk wangian. Tamadun Mesir purba telah menggunakan myrrh untuk mencegah penuaan dan mengekalkan kulit yang sihat.

6. Relaksasi
Myrrh biasanya digunakan dalam aromaterapi untuk urutan. Ia juga boleh ditambah untuk mandian panas atau digunakan secara langsung pada kulit.

7. Terapi Myrrh
Myrrh telah digunakan sejak ribuan tahun untuk terapi dan merupakan amalan untuk manfaat kesihatan. Myrrh mempunyai manfaat yang tersendiri dan boleh digabungkan sebagai satu rawatan alternatif pada pelbagai penyakit.

8. Secara umumnya, minyak myrrh disedut, disembur di udara, diurut dan meresap pada kulit, dan ada masanya diambil melalui mulut.

9. Wangian menggunakan myrrh amat berkaitan dengan emosi dan membangkitkan ketenangan.

10. Walaupun FDA telah meluluskan myrrh sebagai makanan tambahan yang selamat, namun hendaklah dalam dos yang terkawal. Mengambil myrrh dalam bentuk yang pekat atau dos yang tinggi boleh menyebabkan kesan sampingan. Adalah lebih baik untuk bertanya kepada doktor atau pembekal penjagaan kesihatan berlesen bagi mengelak sebarang komplikasi.

11. Myrrh dicampur dengan herba-herba lain dapat meningkatkan keberkesanannya.

12. Ia juga boleh dicampur dengan minyak pati lain untuk menerbitkan bau yang baru. Ia bergabung dengan baik bersama minyak sitrus, seperti bergamot, limau gedang, lemon atau untuk membantu meringankan keharumannya.

13. Minyak myrrh boleh membantu menggalakkan pembaikan tisu, menyingkirkan toksin, dan mencegah jangkitan. Ia mempunyai beberapa ciri terapeutik. Oleh itu ia boleh memberi manfaat untuk penyembuhan penyakit tertentu. 

Penggunaan minyak myrrh untuk tujuan terapeutik termasuk:
14. Masalah Upper Respiratory
Ia boleh bekerja sebagai ekspektoran untuk membantu melegakan gejala-gejala batuk dan sejuk. Ia boleh digunakan untuk mengurangkan kesesakan dan membantu mengurangkan kahak.

15. Masalah penghadaman
Satu lagi kegunaan minyak myrrh adalah untuk membantu melegakan masalah pencernaan seperti sakit perut, cirit-birit, dan senak.

16. Mencegah Penyakit Gusi dan Jangkitan Mulut
Oleh kerana ciri-ciri anti-radang dan anti-bakteria yang baik, myrrh boleh membantu melegakan radang mulut dan gusi yang disebabkan oleh penyakit seperti gingivitis dan ulser mulut. Ia juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut bagi mencegah penyakit gusi. Ia juga boleh menyegarkan nafas anda dan biasa digunakan sebagai bahan dalam pencuci mulut dan ubat gigi.

17. Membantu merawat Hipotiroidisme
Myrrh merupakan ubat semulajadi untuk hipotiroidisme, atau tiroid berfungsi yang rendah. Ia juga boleh membantu mengurangkan tekanan pada tiroid overtaxed. Letakkan 2-3 titis terus ke kawasan tiroid setiap hari untuk membantu mengurangkan gejala.

18. Bantu rawatan Kanser Kulit
Seperti yang dibincangkan di atas, myrrh sedang dikaji potensinya untuk manfaat anti-kanser. Ia telah terbukti memberi manfaat kepada kanser kulit. Pertimbangkan untuk menggunakan ia sebagai tambahan kepada rawatan tradisional lain, jika anda telah didiagnosis dengan kanser kulit. Sapukan beberapa titik sehari terus pada kulit yang diserang kanser. Bagi mengelakkan alergik dan bagi memasrikan keserasiannya, mulakan menguji pada kawasan kecil terlebih dahulu.

19. Myrrh boleh membantu menguatkan sel-sel badan dengan bertindak sebagai astringen. Ia telah digunakan secara tradisi untuk membantu menghentikan pendarahan. Oleh kerana kesan astringen, ia juga boleh membantu mencegah keguguran rambut dengan menguatkan akar di kulit kepala.

20. Untuk Ulser dan Luka
Myrrh mempunyai kelebihan untuk meningkatkan fungsi sel-sel darah putih serta penyembuhan luka yang berkesan. Dalam satu kajian 2010 yang disiarkan dalam Journal of Immunotoxicology ia didapati mengurangkan kejadian ulser dan memendekkan masa penyembuhan.

21. .Myrrh dijadikan bahan utama dalam ubat racun kulat atau antiseptik. Ia boleh membantu mengurangkan jangkitan kulat pada celah jari kaki atau 'ulat makan air'. Gunakan secara langsung di kawasan yang dijangkiti. Ia juga boleh digunakan pada scrapes kecil dan luka untuk mencegah jangkitan.

Terjemahan petikan daripada draxe.com.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.