Isnin, 7 Disember 2015

Tips pemasaran facebook dan di luar

Berikut saya tuliskan sedikit tips pemasaran untuk warga  Morha Marketing. Sebahagiannya adalah ilmu yg saya perolehi semasa buat Master of Business Administration di utem.

"Ada agen baru tanya, bila kita mula2 perkenalkan myk ni pd org lain kita nk ckp apa? Apa khasiat yg patut didahulukan?"

Saya jawab secara umum dahulu.

Ada dua situasi yang lazim berlaku:

1. Situasi klinik
Pesakit menemui doktor dan memberitahu masalahnya. Doktor memeriksa dan membuat diagnosis, seterusnya mencadangkan ubat yang sesuai.

2. Situasi jurujual
Dalam situasi ini, ia berlaku sebaliknya. Jurujual yang menemui prospek dan menawarkan 'ubat'. Dalam keadaan ini jurujual perlu mengetahui apakah keperluan bakal pembeli dan mencadangkan ubat yang sesuai.

Dalam situasi 1, tidak kira anda seorang doktor, bomoh, atau agen sesuatu produk, tugas menjadi mudah kerana pesakit dengan rela hati memberitahu masalah mereka. Anda cuma perlu memilih ubat yang sesuai berdasarkan ilmu, pengetahuan, dan pengalaman anda.

Dalam situasi kedua, petua paling mudah ialah anda bertanya pada bakal pembeli apakah masalah yang ia sedang hadapi.

Jika anda rasa ia agak sukar, anda bolehlah meneka seperti yang dilakukan para bomoh dahulu kala yang kononnya mengetahui masalah sebelum pesakit sempat membuka mulut!

Mari kita khususkan pada minyak morha.
Tugas anda amat mudah jika seseorang memberitahu masalah yang beliau hadapi secara sukarela.

Contoh:
"Tuan, saya sakit perut. Apa nak buat?"

Oleh kerana minyak morha mempunyai 1001 khasiat dan anda tahu salah satunya ialah berkesan melegakan sakit perut dengan cepat maka anda boleh terus cadangkan minyak morha kepada beliau.

Namun jika sebaliknya berlaku, apa tindakan anda? Mungkin anda boleh meneka keperluan orang yang anda  temui itu dan menawarkan minyak morha sebagai penyelesaian.

Kaedah lebih cepat ialah bertanya: "awak sakit apa?"

Ia nampak mudah tetapi cabaran utama ialah orang tersebut mestilah orang yang memang percayakan anda. Atau, fikirkan cara untuk meyakinkan orang itu.

Tips membuat promosi
1. Pilih satu khasiat yang anda betul-betul yakin berkesan dengan minyak morha. Ia berdasarkan pengalaman sendiri atau pesakit lain yang anda lihat sendiri.

2. Kenal pasti siapakah (sasaran) yang paling berkemungkinan mengalami masalah begitu.

Contoh:
Pilihan khasiat: jerawat.
Sasaran: remaja.

Jika anda menggunakan fb sebagai saluran iklan (fb ad) anda boleh tetapkan sasaran seperti berikut:

Gender: male & female
Age: 15-25

Kaedah ini dipanggil segmentasi. Ia bukan sahaja lebih berkesan malah dapat menjimatkan kos iklan anda. Ini kerana sasaran yang lebih besar bermakna anda perlu membayar lebih banyak duit pada FB.

Tak perlulah membuang duit, masa dan tenaga menjual ubat jerawat kepada warga emas!

Contoh lain ialah:

Pilihan khasiat: bayi kembung
Sasaran: ibu akan/baru bersalin
Gender: female
Age: 25-35

Saya fikir untuk penjagaan bayi tak perlulah kita iklankan pada lelaki walaupun proses membuat bayi itu 'kerja berpasangan'.

Minyak morha mempunyai 1001 khasiat tetapi kita tidak perlu jual kesemuanya dalam satu masa.

Pilih satu khasiat yang anda benar-benar yakin dan carilah di mana sasaran yang sesuai itu berada.

Kalau sasarannya bayi, pergilah ke klinik ibu mengandung atau wad bersalin.

Selamat mencuba.

Cheguman
Pengarah Urusan Morhabshi

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.