Isnin, 30 November 2015

Tips raih untung lumayan peruncitan

Anda perokok?

Harga rokok sudah hampir mencecah rm20 sekotak. Maka bertukarlah pada rokok daun nipah, tetapi jika terus berhenti lagi baik.

Berapakah harga sebungkus daun rokok? 40-60 sen sahaja.

Saya bukan nak menggalakkan anda merokok tetapi saya tertarik dengan harga daun rokok yang cuma berharga 40 sen sebungkus.

Jika harga runcit 40 sen, berapa senkah harga yang ditolak oleh pemborong? Berapakah kos pengeluar?

Katakanlah pengeluar jual 20 sen pada pemborong, pemborong jual 30 sen pada peruncit, dan peruncit jual runcit 40 sen, untung 10 sen.

Berapa ramai yang menghisap rokok daun yang anda kenal? berapa bungkus boleh dijual oleh peruncit dalam sehari?

Untuk makluman, sebungkus daun rokok boleh tahan antara 2-4 hari.

Harganya 40 sen dan peruncit untung 10 sen!

Jika sehari 10 bungkus, dapatlah untung seringgit.

Bagaimana berniaga dengan untung cuma 10 sen?

Kita abaikan peruncit kerana mereka jual macam-macam barang di kedai runcit mereka. Untung 5 senpun tidak mengapa.

Bagaimana dengan pemborong atau orang yang menghantar ke kedai-kedai? Ini yang menarik kita kaji.

Saya tidak cadangkan anda menjadi penghantar barang ke kedai-kedai runcit tetapi barangkali anda boleh mula berkenalan dengan mereka.

Jika peruncit boleh berniaga dengan komisyen 10 sen untuk daun rokok yang penggunanya semakin pupus, kenapa tidak menjual minyak morha dengan komisyen rm2 yang penggunanya semakin ramai?

Untuk permulaan ini pekedai tidak perlu keluar modal. Anda gunakan sistem consignmen iaitu jual dulu bayar kemudian.

Mari kita kirakan minyak morha yang paling praktikal berharga rm10 sebotol:

Jika sebotol minyak morha berharga rm10, anda boleh beri peruncit komisyen rm2 dan penghantar barang komisyen rm1. Atau, peruncit rm1.50 dan penghantar rm1.50. Mana-mana pun boleh.

Anda beli daripada Morha Marketing rm5 maka anda untung rm2.

Sebelum ini kita kirakan minyak morha bersaiz 120ml pada harga rm45. Kami keluarkan saiz itu kerana berdasarkan pengalaman, lebih 70% pembeli akan terus berlanggan. Maka untuk pelanggan setia begitu, mereka bayar rm45 dan dapat saiz besar 120ml.

120ml bersamaan 8 botol saiz 15ml, yakni sebotol cuma rm5.50 untuk pelanggan setia.

Tahukah anda produk minyak syarikat lain yang setanding kualitinya berharga rm70 ke atas?

Malah ada yang menjual rm50 untuk 50ml. Nampaknya ramai yang telah bertukar kepada minyak morha dan mereka akui minyak morha bukan sahaja lebih murah malah lebih bagus.

Saya tidak katakan minyak lain tidak bagus. Pengguna semakin bijak dan mereka bebas memilih.

Kembali pada minyak morha 15ml berharga rm10.

Jika sebuah kedai di sebuah kawasan perumahan yang jumlah penduduknya 500 keluarga, berapa botolkah yang boleh dijual?

Katakan 30 botol sebulan. Anda dapatkan 20 buah kedai.

Bagaimana mencari 20 buah kedai?

Seperti yang saya terangkan tadi berbaiklah dengan orang yang menjadi penghantar barang ke kedai-kedai.

Mari kita kira:
30 botol, anda untung rm60 maka darab dengan 20 kedai, keuntungan peribadi anda ialah rm1200.

Kirakan jika anda ada 4 orang penghantar barang.

Saya tolong kirakan:
Kentungan peribadi anda ialah rm1200 x 4 = rm4800 sebulan.

Berbaloi?

Anda ada pilihan samada menghantar sendiri ke kedai-kedai, memberi komisyen pada pemandu van yang memang kerjanya menghantar barang, atau anda boleh cari dan upah seseorang untuk melakukannya.

Pilihan di tangan anda dan kami akan bantu dari segi promosi seperti iklan radio, media sosial, banner, bunting, poster, flyers dan lain-lain.

Kami juga memberikan latihan percuma kepada agen-agen. Anda cuma perlu cari modal untul memulakan perniagaan.

Kebanyakan pengguna minyak morha yang membeli secara pos dengan kami adalah pelanggan setia lebih 5 tahun.

Ada yang berhenti sekejap tetapi akhirnya sambung kembali kerana terikat dengan harga dan kualitinya.

Itu pengalaman kami dan anda tidak semestinya percaya bulat-bulat.

Justeru, kita biarkan anda mengalami pengalaman itu kemudian dan untuk MENCUBA kita mulakan dengan saiz kecil yang cuma rm10 sebotol.

Apabila pelanggan 15ml anda bertukar kepada 120ml maka anda serta merta menjadi orang kaya.

Hubungi 0194402211 untuk maklumat lanjut

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.