Rabu, 9 Disember 2015

Tips untung rm5k sebulan

Plan untung dengan minyak morha.

Pernah nampak kuih muih di warung nasi lemak? Anda rasa adakah tuan warung itu yang membuat sendiri semua jenis kuih muih tersebut?

Mungkin, tapi biasanya ada orang lain yang membuatnya. Pemilik kedai dapat komisyen tanpa perlu mengeluarkan modal.

Dalam plan strategi morha marketing, anda boleh meniru kaedah tersebut.

Kelebihan sistem ini:
1. Pekedai lebih mudah terima kerana mereka tidak perlu keluarkan modal.
2. Tak perlu beri komisyen yang besar pada pekedai sebab mereka tidak keluar modal.

15ml (sekotak = 12 botol)
Pengguna rm10
Pekedai rm8.50
Agen rm6

Pekedai dapat rm18 sekotak
Agen dapat rm30 sekotak
Jika 30 kedai = rm900

20ml (sekotak = 12 botol)
Pengguna rm15
Pekedai rm13
Agen rm9

Apabila pengguna sudah serasi dengan minyak morha, syorkan mereka membeli pek 120ml kerana lebih jimat.

Macamana nak syorkan?

Insya-Allah Morha Marketing akan bantu melalui:
1. Iklan di media biasa dan media sosial.
2. Mesej personal melalui SMS dan media sosial.
3. Panggilan telefon iaitu service selepas jualan. Staf morha akan hubungi pembeli dan tanya adakah mereka berpuas hati.

Jika mereka serasi dengan minyak morha, Insya-Allah mereka akan berlanggan pek 120ml pula.

Mari kita kira;
Harga runcit 120ml = rm45
Harga agen rm23
Komisyen kedai rm5
Untung anda: rm23 - rm5 = rm18

1 kedai = 10 botol
30 kedai = 300 botol

Maka rm18 x 300 botol = rm5400.

Anda untung RM5400 sebulan!

Tiba-tiba saya rasa macam nak pergi letak sendiri di kedai-kedai sekejap lagi.

Selamat berjaya.

Cheguman.

Dapatkan petua perniagaan yang praktikal di morhabshi.blogspot.com

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.