Jumaat, 13 November 2015

Tips3 gandakan pendapatan dengan networkin lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam posting saya sebelum ini saya kongsikan rahsia dengan menjual satu produk sahaja, anda mampu memperolehi antara  rm5000 hingga rm10000 sebulan.

Mari kita lihat satu contoh yang amat praktikal.

Kiraannya, 10 unit x 10 premis/agen x 30 hari.
= 100 x 30 = 3000 unit
= 3000 unit x rm10 = rm30,000 sebulan

* jika anda rasa 10 unit sehari di sebuah premis itu agak sukar dicapai, anda letakkan target 5 sahaja tetapi jadikan jumlah premis kepada 20 buah/agen.

Saya rasa anda bersetuju bahawa rm30k adalah jumlah yang sudah lumayan. Namun jika anda inginkan kebebasan pendapatan tanpa penghujung maka jangan berhenti di situ sahaja. Anda kini sudah di landasan yang betul.

Jika satu produk yang anda letak di 10 buah premis atau 10 orang agen mampu menjana rm30,000 sebulan ertinya anda telah memiliki rangkaian pemasaran atau networking anda sendiri.

Nah, jika sebelum ini anda hanya mempunyai satu produk (keluaran sendiri atau kontrak dengan pengeluar lain), apa kata jika anda tambah satu produk lain?

Yang penting, produk kedua itu mestilah berkualiti dan harganya berpatutan. Pastikan juga produk kedua tidak membunuh produk pertama anda. Maksud saya, carilah produk yang bukan saingan pada produk itu.

Sekarang, cuba fikirkan produk yang sesuai dengan tips ini.

Selepas ini saya akan menghantar tips-tips perniagaan kepada anda menggunakan broadcasting Whatsapp. Kelebihan aplikasi ini ialah dengan satu klik, setiap orang yang menyimpan nombor hp saya akan menerimanya.

Kelemahannya, orang yang tidak menyimpan nombor saya (0194402211 atau 0194401944) tidak dapat lagi menerima mesej broadcasting daripada saya.

Selamat berjaya di dunia dan akhirat.

Cheguman
(Noor Azman Aminudin)
Pengarah Urusan Morhabshi

0194402211
0194401944
noorazmanaminudin@gmail.com
www.morhabshi.biz
www.morhabshi.blogspot.com
morhabshi.blogspot.com
facebook.com/morha2u

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.