Ahad, 22 November 2015

Isu minyak makan dalam minyak morhabshi

Benarkah minyak morhabshi menggunakan minyak makan?

Jawapannya ya dan berikut adalah penjelasannya.

Ramuan utama minyak morhabshi ialah myrrh. Ia berasal daripada bahasa arab 'mur' yang bermaksud pahit.

Kemungkinan ia dipopularkan orang habshi maka ia dikenali juga sebagai morhabshi (mor-habshi).

Di samping myrrh, minyak morhabshi diadun bersama berpuluh jenis herba serta minyak tumbuhan termasuk safron, raja kayu, mustaqim, zaitun, bijan dan lain-lain.

Myrrh adalah sejenis resin yang kenyal dan boleh diekstrak menjadi minyak. Namun penggunaan myrrh begitu sahaja adalah tidak praktikal. Maka ia dicairkan dengan minyak lain.

Secara umum, ada beberapa kaedah menggunakan herba dan resin (termasuk morhabshi) yang diamalkan di seluruh dunia sejak Adam turun ke bumi.

1. Penggunaan secara terus yakni dimakan begitu sahaja. Ia paling mudah dilakukan namun kurang praktikal. Salah satu sebabnya ialah herba biasanya pahit selain kesukaran ketika rawatan.

2. Dikisar atau dilumatkan sebelum digunakan. Ia juga tidak digemari pengguna kerana pahit. Selain itu habuk atau serdak herba membahayakan buah pinggang pengguna.

3. Dimasak menggunakan air. Ia adalah kaedah yang amat baik dan dikatakan memberikan kesan maksimum. Namun herba yang direbus dengan air mempunyai beberapa kelemahan. Selain rasanya yang pahit, ia juga sukar disimpan lama.

4. Dicampur 'tepung' atau bahan lain dan dimasak hingga likat menjadi makjun. Tidak ramai yang sanggup menelan makjun kerana rasanya agak teruk.

5. Diramu bersama minyak samada minyak tumbuhan atau minyak buatan.

Berdasarkan pelbagai kaedah di atas maka pengasas dan pengeluar minyak morhabshi memilih cara ke-5 iaitu menggunakan minyak tumbuhan.

Minyak morhabshi tidak menggunakan minyak buatan kerana bahan tersebut tidak dapat dipastikan kesan sampingannya.

Minyak morhashi menggunakan minyak masak samada minyak kelapa atau sawit kerana ia adalah bahan paling selamat untuk dimakan.

Selain itu walaupun khasiat sebenar minyak morhabshi diperolehi daripada myrrh dan herba lain namun minyak sawit bukan sekadar pengantara malah ia mengandungi khasiat tersendiri.

Satu lagi kelebihan minyak berbanding air ialah minyak boleh disapu pada kulit dan tidak mudah kering. Penggunaan minyak juga menjadikan minyak morhabshi tahan disimpan lama sehingga lebih dua tahun.

Pemilihan minyak sebagai pengantar menjadikan minyak morhabshi sesuai digunakan untuk urutan.

Sila taip 'myrrh' dalam kotak carian Google dan anda akan temui pelbagai khasiat morhabshi yang begitu menakjubkan.

Di Malaysia (mungkin juga di Asia) kami adalah pengeluar tunggal minyak morhabshi. Jika anda bermunat memasarkannya, sila hubungi 0194402211 untuk perbincangan lanjut.

Kami yakin dan percaya, minyak morhabshi mampu menembusi pasaran dunia kerana khasiatnya telah diyakini oleh tamadun-tamadun besar dunia seperti Mesir, Rom, Arab, serta meliputi penganut agama-agama samawiyah iaitu Islam, Kristian, dan Yahudi sejak ribuan tahun dahulu.

Wallahualam.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.