Khamis, 26 November 2015

Menjana keuntungan sebagai stokis tunggal kawasan

Ada berapa kampung dan taman perumahan dalam satu daerah?

Oleh kerana dalam posting lalu saya beritahu anda saya pernah menjual produk rm30k sebulan di Jengka Pahang pada 1993-1996, maka mari kita lihat potensi pasaran Minyak Morha di situ.

Ingat, kita sekarang di tahun 2015.

Segitiga Jengka bukan sebuah daerah. Ia hanya gugusan felda. Digelar segitiga Jengka kerana diapit tiga bandar iaitu Maran, Temerloh, dan Jerantut.

Dari segi urbanisasi, Jengka berada dalam kategori pedalaman manakala penduduknya dipanggil peneroka felda. Mereka dipilih menyertai felda melalui persyaratan mereka sebelum itu tiada tempat tinggal tetap, tiada pekerjaan tetap, dan tiada pendapatan tetap.

Sebagai anak peneroka yang memang dibesarkan di sana, saya tahu latar belakang pendapatan isi rumah warga Jengka.

Jika seminggu hujan turun, peneroka yang bergantung pada pokok getah terpaksa berhutang barang keperluan di kantin felda.

Apabila harga sawit jatuh, peneroka sawit bergantung 100% pada kantin felda!

Sekarang pendapatan mereka lebih rm3k dan boleh mencecah rm5k sebulan.

Ada 25 buah jengka. Ertinya ada 25 kawasan perumahan. Setiap jengka mengandungi 300-600 keluarga.

Mari kita kira:

Jika sebuah jengka, anda mempunyai 10 pelanggan minyak morha, maka jumlah jualan anda ialah 250 botol sebulan.

Jika anda keluarkan modal rm5750, anda akan dapat 250 botol bersaiz 120ml. Setiap satu berharga rm45.

Apabila anda keluarkan modal rm5750 maka anda ditawarkan harga rm23 sahaja sebotol.

Mari kita lihat sifir plan pemasaran stokis.

Anda beli rm23 dan jual runcit rm45. Anda untung sendiri rm22 sebotol.

RM22 x 250 botol = rm5500.

Mungkin tidak semua anda jual runcit sendirian. Anda boleh letak di kedai secara consignment dan beri komisyen pada pekedai runcit rm7 sebotol.

Pekedai dapat rm7 tanpa modal sesenpun! Anda adalah pemodalnya.

Melalui kaedah itu, baki untung anda masih ada rm15.

Maka, 250 botol x rm15 = rm3750. Ia adalah keuntungan anda setelah ditolak modal.

Saya cuma kirakan 25 buah jengka. Selain perumahan peneroka felda, terdapat puluhan taman perumahan dan kampung tradisional dalam kawasan Jengka.

Andaian saya di atas cuma mengambil kira jualan 10 botol di setiap jengka. Padahal penduduk sebuah jengka antara 300-600 keluarga!

Cuba kirakan jika anda menjual 15 botol dan terdapat 30 kawasan pertempatan.

Kiraannya, 15 botol x 30 perumahan = 450 botol.

Keuntungan anda ialah....

Opp... nanti dulu. Jualan 450 botol bermakna anda telah mengeluarkan modal lebih 10k. Tahukah anda apabila anda bermodal 10k ke atas, kami akan tawarkan anda cuma rm18 sebotol.

Ini bermakna keuntungan anda bukan lagi rm15 sebotol sebaliknya menjadi rm22. Itupun jika anda letak di kedai dan beri komisyen pada pekedai. Jika anda jual sendiri, anda untung rm27 bagi setiap unit yang dijual!

Mari kita kirakan jika anda guna sistem 1 kawasan perumahan = 1 kedai yang menjual minyak morha:

450 unit x rm27 = rm12,150.
Bayar komisyen kedai runcit 450 x rm7 = rm3150.

Maka keuntungan peribadi anda rm12150 - rm3150 = rm9000 sebulan!

Jika anda sasarkan 1 taman perumahan 10 pelanggan, kami di syarikat Morhabshi dan Morha Marketing bercita-cita meletakkan '1 rumah 1 minyak morha'.

Pertanyaan lanjut 0194402211

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.