Khamis, 26 November 2015

Tips menjana untung sebagai stokis tunggal

Adakah rezeki kita telah ditentukan dan takkan berubah atau masih boleh diubah?

Kita ambil jalan tengah iaitu samada boleh berubah atau tidak, ia tetap menjadi rahsia Allah.

Dengan kata lain, kita tidak tahu apakah rezeki yang akan Allah berikan pada kita di masa hadapan.

"Apabila telah berusaha maka berdoalah pada Allah sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bertawakkal".

Kita belajar ayat di atas semasa di sekolah menengah lagi. Saya rasa ramai yang menghafalnya. Dalam ayat yang lain kita diajar:

"Tidak berubah qado melainkan dengan doa."

Justeru apa nak dirisaukan? Jika Allah telah berjanji demikian maka lakukan sahaja sebagaimana yang dinyatakan.

Pertama, tentukan apakah yang ingin anda capai. Contohnya, anda mahukan pendapatan bersih RM30k setiap bulan, fokus pada 30k sebulan. Kenapa nak hadkan target rm2-3 ribu sebulan? Tiada siapa tahu banyak mana rezeki kita sebenarnya.

Allah maha pengasih lagi maha penyayang.

Kedua, kira berapa jualan yang perlu dibuat bagi memperolehi keuntungan bersih 30k sebulan.

Sebotol Minyak Morha 120ml berharga rm45 di pasaran. Saya boleh tawarkan pada anda rm18 sahaja sebotol. Bagaimana?

Anda keluarkan modal rm20k anda akan dapat 1,111 botol.

Maka anda jual 1,111 botol x rm45 = rm50k.

Adakah anda rasa tidak logik menjual 1,111 botol sebulan?

Jika anda di Pahang, anda fokus 5 daerah sahaja: Kuantan, Bentong, Temerloh, Jerantut, dan Lipis. Ertinya setiap daerah anda perlu jual 222 botol sahaja.

Saya biasa menjual produk syarikat lain rm30k ke atas setiap bulan antara 1993-1996 di felda-felda Jengka Pahang. Produknya bukanlah tinggi harga seunit tetapi cuma antara rm7-20 seunit. Pembelinya hamya peneroka felda yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Ertinya, tidak perlu jual produk mahal untuk dapat jumlah jualan yang besar.

Dalam satu daerah ada berapa kawasan perumahan? Katakanlah, ada 10 taman perumahan dan 10 kampung tradisional.

Maka 222 bahagi 20 taman perumahan ialah 11. Ertinya setiap taman anda cuma perlu ada 11 orang pelanggan.

Jika satu taman perumahan biasanya ada 200- 500 buah rumah, adakah sukar mendapatkan cuma 11 orang pelanggan untuk produk yang berkualiti dan harganya amat munasabah?

Minyak morha yang diakui lebih 50 tahun ini dijual separuh lebih murah daripada produk syarikat lain yang sama kualitinya.

Ada berapa daerah di Kedah? Johor? Selangor? Terengganu? Negeri Sembilan? Berapa puluh kawasan perumahan pula di KL?

Banyakkah rm20k?

Ada dua sumber untuk anda dapatkan modal:
1. Di bank.
2. Di tangan orang.

Pengguna mahukan khasiat. Mereka tidak fikirkan wang. Pemodal pula mahukan keuntungan.

Jika anda dapatkan rm4k daripada 5 orang stokis, anda sudah ada rm20k.

Ia nampak mudah tapi anda perlu kerja lebih keras. Jika ada kemudahan, kira baik-baik ansuran bank dan anda boleh singkatkan masa mencari stokis.

Jika anda keluarkan modal, anda boleh jual terus kepada agen dan meraih untung yang lebih besar.

Anda beli rm18 dan jual kepada agen rm30. Anda untung sendiri rm12 sebotol.

RM12 x 1111 botol = rm13,332.

Bagaimana jika anda letak di kedai secara consignment? Anda beri komisyen pada kedai runcit rm7 sebotol.

Maka, rm1111 botol x rm20 = rm22,220. Itu adalah keuntungan peribadi anda setelah ditolak modal.

Jika anda tidak mampu lakukan sendiri, anda boleh keluarkan rm5k untuk menggaji pembantu secara profesional.

Untung anda masih berbaki lebih rm15k sebulan.

Nampaknya target rm30k anda meleset tapi anda tidak perlu kecewa kerana pendapatan anda sudah melebihi rm15k sebulan!

Kami akan bantu anda dari segi pengiklanan.

Hubungi 0194402211 untuk pertanyaan lanjut

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.