Rabu, 6 Mei 2015

Wabak kencing tikus terus menular


Salah satu penyakit yang agak aneh kita dengar ialah virus kencing tikus. Antara mangsanya ialah pelawak dan pelakon terkenal yang dikenali sebagai Din Beramboi.

Beliau akhirnya meninggal dunia akibat sakit tersebut. Moga rohnya ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.

Anehnya virus kencing tikus kerana ia dikatakan menular melalui air dalam kuantiti yang besar seperti air terjun. Mangsa bukan sahaja dijangkiti akibat terminum air yang dicemari virus tersebut bahkan boleh melalui rekahan luka pada kulit.


...................................................................
Berikut adalah catatan di Wikipedia berkenaan kaedah rawatan yang biasa digunakan di hospital:
....................................................................

"Rawatan Leptospirosis merupakan proses agak rumit terdiri daripada dua komponen utama: memendam agen penyebab dan melawan kemungkinan komplikasi."

"Dadah Aetiotropik adalah antibiotik, seperti cefotaxime, doxycycline, penicilin, ampicillin, dan amoxicillin (doxycycline juga boleh digunakan sebagai prophylaxis)."

"Tidak terdapat vaksin manusia; vaksin haiwan hanya terdapat bagi beberapa jenis strain, dan hanya berkesan bagi beberapa bulan."

"Dos ubat-ubatan bagi manusia adalah seperti berikut:

doxycycline 100 mg oral setiap 12 jam selama 1 minggu atau penicilin 1–1.5 MU setiap 4 jam selama 1 minggu.

Doxycycline 200–250 mg sekali seminggu diberi sebagai prophylaxis.

Penjagaan organ khusus dan rawatan adalah penting bagi kes buah pinggang, hati, atau pembabitan jantung."


................................................
komen Admin
................................................  

Letih juga membaca penerangan di atas. Itupun telah saya buang separuh daripada artikal asal!

Sebelum saya menulis artikal ini, sebenarnya saya telah dihubungi Cikgu Liza daripada Semporna Sabah.

Saya dan isteri pernah menemui beliau di Melaka kerana beliau memang orang Melaka yang kini bertugas di Sabah kerana mengikut suaminya seorang ustaz.

Cikgu Liza menelefon saya untuk bertanya adakah saya masih mengeluarkan minyak warisan Ustaz Hamid. Sementara itu beliau memberitahu berita gembira iaitu pelanggannya yang dijangkiti kencing tikus telah sembuh setelah mendapat rawatan doktor di samping menggunakan minyak herba tersebut.

Alhamdulillah.

...........................................................
Tambahan kemaskini 16 Sept 2014:

............................................................  

Semakin banyak kes kesembuhan yang kami terima daripada pengguna berkenaan kencing tikus termasuklah:

Kes 1:
Seorang guru daripada Jasin datang ke pejabat kami untuk mendapatkan minyak herba ini kerana anak saudaranya terkena kencing tikus. Saya bertanya bagaimana beliau mengetahui produk ini? Beliau memberitahu bahawa doktor di sebuah hospital di Kuantan mengatakan bahawa ada pesakitnya sebelum ini telah menggunakan minyak warisan ustaz Hamid.

Seminggu kemudian guru tersebut datang lagi dan membeli beberapa botol lagi. Beliau menyampaikan khabar gembira yang anak saudaranya telah sembuh. Alhamdulillah.

Kes 2: 
Pada suatu malam saya mendapat panggilan telefon daripada KL. Seorang lelaki memberitahu anak beliau berusia 2 tahun disahkan terkena kencing tikus dan dirawat di hospital.

Saya menghubungi agen di KL (En Asraf) dan beliau menghantar sendiri kepada lelaki itu.

Dua hari selepas itu lelaki tersebut menelefon saya sambil mengucap syukur kerana anak beliau disahkan bebas daripada kencing tikus.

Beberapa hari lalu apabila saya mengemaskini Facebook bagi mengumumkan bahawa jenama Morha telah menerima kelulusan hak milik berdaftar daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia, cikgu Mahyudin yang juga stokis Johor meninggalkan komen bahawa beliau baru menerima berita seorang pelanggan beliau telah bebas daripada kencing tikus.

Alhamdulillah.


.........................................
Terkini: 05//10/2014
..........................................

Boleh dikatakan setiap hari kami dihubungi orang ramai bertanyakan ramuan untuk kencing tikus. 

Apa itu kencing tikus? Bagaimanakah seseorang boleh dijangkiti kencing tikus? Apakah tanda-tanda seseorang yang diserang penyakit kencing tikus?

Berikut adalah tanda/gejala kencing tikus yang saya kutip daripada pembacaan termasuk web:

Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari. Biasanya sekitar hari ke-10.

Ia mungkin bermula dengan rasa seperti demam, tubuh menggigil, rasa sakit pada bahagian tertentu anggota tubuh dan sakit kepala.

Batuk yang tidak berkahak.

Rasa loya dan boleh diikuti muntah serta cirit-birit.

Sakit-sakit sendi dan/atau sakit tulang, 

Sakit pada tekak dan sakit perut.

Radang selaput mata.

Pesakit juga mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, dan boleh dikesan melalui perubahan bunyi pada peparu atau timbulnya ruam.

Jika dilihat pada catatan yang ditinggalkan Ustaz Haji Abdul Hamid pada botol minyak morhabshi yang beliau hasilkan, simptom atau tanda-tanda di atas adalah sama dengan khasiat produk yang dihasilkannya.

Cuma beliau tidak menggunakan nama Kencing Tikus. Hal ini mungkin kerana nama Kencing Tikus belum ada pada masa itu dan orang ramai menggunakan istilah lain bagi merujuk pada penyakit kencing tikus.

Antara catatan yang dibuat Ustaz Hamid ialah pada botol minyak herba yang beliau hasilkan ialah:

Demam, lenguh, sakit kepala, batuk, loya, muntah, cirit birit, Sakit-sakit sendi.

Walaupun tidak dicatatkan sakit radang selaput mata pada botol tersebut namun kami mendapat beberapa testimonial bahawa minyak yang beliau hasilkan itu membantu masalah mata.

Alhamdulilah meskipun Ustaz Hamid telah tiada namun beliau telah meninggalkan resepi bagi mengeluarkan produk berkenaan dan mengajar sendiri pada kami untuk menghasilkan produk yang serupa.

Formula tersebut juga terdapat dalam salah sebuah kitab yang beliau tulis.

Insya-Allah kami akan berkongsi dengan sesiapa sahaja yang berhajat. 

Hubungi 0194401944 atau 0194402211.

"Meneruskan Tradisi dan Mengekalkan yang Asli"

.........................................
Terkini: 12//11/2014
..........................................

Pagi-pagi tadi dapat panggilan daripada seorang ibu yang anaknya (usia 18 tahun) kena kencing tikus hingga dimasukkan ke ICU di hospital Seremban baru-baru ini. Alhamdulillah, ibu tersebut memaklumkan anak lelaki beliau telahpun keluar daripada wad, cuma masih lemah. Doktor akan terus memantau.

Perlu diingat bahawa virus kencing tikus bersikap pendam dan boleh menyerang semula. Habiskan antibiotik yang dibekalkan doktor dan ikut jadual pemeriksaan dari semasa ke semasa seperti yang disarankan doktor.

Gunakan Minyak Morhabshi sebagai sokongan. Biasanya mangsa kencing tikus turut mendapat gejala penyakit lain. Lihat artikal di atas.

Penyakit kencing tikus bukan surat jemputan maut. Kebanyakan mangsa akan sembuh selepas mendapat rawatan awal. Masalah biasanya timbul apabila kita menganggap ia hanya demam biasa dan berharap ia akan sembuh sendiri.

Insya-Allah, setiap penyakit ada penawarnya melainkan maut.

Alhamdulillah sepupu saya di Seremban yang dijangkiti kencing tikus telah keluar wad Ahad lepas dan kembali ke UIA bagi menduduki peperiksaan. (Updated 7 mei 2015)

Bacaan lain yang berkenaan

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.