Selasa, 28 April 2015

Menangani cabaran zaman GST

Ramai yang bertanya saya adakah Minyak Morhabshi dikenakan GST?

Setakat ini Minyak Morhabshi belum berdaftar dengan GST dan sudah tentulah tiada sebarang caj GST pada pengguna. Dengan kata lain, tiada kenaikan harga.

Jika pun berdaftar nanti, saya akan usahakan agar caj tersebut tidak perlu dipindahkan pada pengguna. Insya-Allah. Moga dipermudahkan Allah Taala.

Meskipun pendirian saya kekal untuk menolak 'kaedah perlaksanaan'  GST namun saya sedar, mahu tidak mahu kita terpaksa mengharunginya. Saya tidak menolak GST secara total kerana ia memberi faedah pada negara tetapi saya tidak bersetuju beban GST dipindahkan pada pengguna secara langsung.

Walaupun Minyak Morhabshi tidak dikenakan GST namun kita tidak terlepas beban GST apabila membeli produk atau menggunakan perkhidmatan lain. Jika setiap bulan kita berbelanja RM3000 membeli produk yang dikenakan GST ertinya pendapatan kita telah berkurang sebanyak RM180 sebulan (RM3000 x 6%) atau RM2160 setahun tidak termasuk musim perayaan dan musim persekolahan!

Justeru apa pilihan kita?

Pertama, hindari pembelian produk atau perkhidmatan yang membawa pada riak dan pembaziran. Contohnya, memilih produk yang berjenama terkenal padahal ada alternatif yang lebih murah.

Biasanya produk terkenal memperuntukkan sebahagian besar kos bukan pada penghasilan produk sebaliknya pada iklan dan promosi. Barangkali jika anda bayar RM10 maka RM4 adalah kos iklan! Anda cuma dapat produk berharga RM6 tetapi terpaksa mengeluarkan RM10!

Petua untuk tidak terperangkap dengan produk sebegitu ialah rajin-rajinlah mencari maklumat dan bandingkan beberapa pilihan sebelum membeli. Ia mudah dilakukan dalam zaman internet ini. Google  boleh membantu.

Kedua, kurangkan membeli produk yang telah siap dan cubalah hasilkan sendiri sekiranya kosnya lebih berbaloi. Contoh mudah dalam perkara ini ialah memasak makanan sendiri atau mengamalkan petua-petua yang terbukti berkesan. Banyak masalah kesihatan boleh dirawat menggunakan herba dan petua tanpa perlu ke klinik.

Apapun, bagi saya jangan ketepikan terus peranan hospital kerana di situ terdapat pakar dan peralatan lengkap.

Ketiga, jika ada ruang dan kesempatan, bercucuk tanamlah sayur-sayuran atau ulaman termasuk cili, serai, kunyit, dan halia. Apabila ramai yang menanam, harga akan turun dan secara tidak langsung kita membantu orang lain yang tiada tempat untuk menanam.

Keempat, cuba usahakan pendapatan sampingan. Ia boleh dilakukan dengan mengeluarkan sendiri produk ataupun menjual produk pihak lain.

Jika tanya saya, sudah tentu saya akan cadangkan anda menjual Minyak Morhabshi. Kenapa?

1) Minyak Morhabshi merupakan produk yang mempunyai banyak kegunaan. Orang yang mengetahui keistimewaan Minyak Morhabshi akan sentiasa menyimpannya di rumah untuk pelbagai kegunaan, terutama bagi digunakan di waktu kecemasan.

2) Minyak Morhabshi boleh disimpan sehingga 2-3 tahun tanpa menjejaskan khasiatnya tetapi bagi pengguna yang telah biasa menggunakannya akan membeli setiap bulan.

Berbanding produk lain yang setanding, harga runcit Minyak Morhabshi adakah 50% lebih murah. Kami tiada kos promosi dan sekadar berharap pada agen dan pengguna yang berkongsi pengalaman dengan orang lain setelah menggunakan Minyak Morhabshi.

Sebab itulah harganya lebih murah.

3) Jika anda menjual Minyak Morhabshi, anda akan mendapat keuntungan runcit sekurang-kurangnya 32% dan jika anda membeli stok dengan lebih banyak, keuntungan boleh mencapai sekurang-kurangnya 50%.

Contohnya, jika anda beli 10 unit pada harga agen iaitu RM30.60 dan menjualnya RM45 maka anda untung lebih kurang RM150. Jika anda jual 20 unit sebulan ertinya anda memperoleh tambahan RM300 sebulan.

Keuntungan yang tinggi terhasil apabila kami tiada kos iklan komersial yang menelan perbelanjaan besar. Dengan kata lain, kos pengiklanan kami bayar kepada agen.

Jika anda bijak mengatur strategi pengedaran yang cekap, anda boleh melantik agen-agen sendiri di pejabat-pejabat, taman perumahan, dan sebagainya. Harga 10 unit, 50 unit, dan 100 unit adalah berbeza. Seperti yang saya catatkan tadi semakin banyak anda mengeluarkan modal maka semakin rendah harga yang kami tawarkan.

Morhabshi menggunakan sistem trading. Ada agen kami yang membeli stok sehingga RM10,000 sebulan dan memperolehi untung antara RM7,000 hingga RM15,000 setiap bulan. Nampaknya ia bukan sekadar pendapatan sampingan bahkan sudah menjadi bonus lumayan.

Baru-baru ini seorang agen diberi tawaran membekalkan Minyak Morhabshi oleh sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan umrah. Minyak Morhabshi amat sesuai dibekalkan pada jemaah umrah kerana mereka terdedah pada pelbagai kemungkinan seperti sakit perut, gigi, lenguh, batuk, dan sebagainya semasa di negara yang iklimnya berbeza dengan tempat sendiri.

Bayangkan jika seorang ahli jemaah sakit perut ketika dalam sebuah bas daripada Mekah ke Madinah. Mungkin ada yang berkata, boleh makan ubat sakit perut. Namun bagaimana jika kita membawa ubat sakit perut tetapi perut tidak sakit sebaliknya sakit gigi? Mungkin kita perlu juga membawa bekalan ubat sakit gigi namun bagaimana pula jika kita tidak sakit gigi dan tidak sakit perut tetapi mengalami sakit dada atau sesak nafas?

Itulah keistimewaan Minyak Morhabshi kerana ia sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

Berbalik pada pakej umrah tadi, jika syarikat tersebut membeli 200 unit bermakna nilai jualan agen ialah RM9000. Berapakah keuntungan yang diperolehi apabila komisyen jualan ialah 50% daripada jumlah tersebut?



Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.