Isnin, 27 Oktober 2014

wabak ebola dan kencing tikus

Ebola atau penyakit virus ebola dikatakan wabak baru yang sedang melanda dan bakal mengancam dunia. Meskipun ia belum memasuki tanahair kita namun oleh kerana dunia kini bersifat global (tanpa sempadan) maka sewajarnya kita bersedia lebih awal terhadap sebarang kemungkinan.

Wikipedia mencatatkan seperti berikut:

“Penyakit virus Ebola (EVD) atau Demam berdarah Ebola (EHF) ialah penyakit yang menyerang manusia disebabkan oleh virus EbolaVirus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia[1]. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.
Gejala-gejala biasanya bermula dari hari ke-dua hingga ke tiga minggu selepas dijangkiti virus, dengan demam, sakit tekak, sakit otot, dan sakit kepala. Kebiasaannya diikuti rasa loya, muntah-muntah, dan cirit-birit, juga kemerosotan fungsi hati dan buah pinggang. Pada ketika ini, sesetengah orang mula mengalami masalah pendarahan.”

Sila perhatikan gejala wabak ini seperti tercatat di atas iaitu:

demam
sakit tekak
sakit otot
sakit kepala
loya
muntah
cirit birit

Tanda-tanda tersebut segera mengingatkan saya pada ramuan yang dirumus arwah datuk kami iaitu campuran minyak dan herba yang dikeluarkan kira-kira 50 tahun lalu dan kini disambung oleh pewaris yang diiktiraf beliau.

Menurut Allahyarham, ramuan tersebut boleh digunakan jika mengalami gejala-gejala seperti demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, loya, muntah, dan cirit birit.

Barangkali secara kebetulan juga gejala seperti yang tercatat itu hampir sama yang berlaku pada pesakit Kencing Tikus iaitu wabak yang sedang melanda negara kita.

Saya sering terfikir jika ramuan tersebut memiliki khasiat yang mirip gejala kencing tikus dan ebola, kenapa tidak kita cuba? Doa, ikhtiar, tawakkal pada Allah Taala.

Buat masa ini saya sedang berhubungan dengan beberapa individu yang berkelayakan dan mempunyai akses pada penyelidikan bagi membolehkan Minyak Morhabshi menjalani proses penyelidikan secara saintifik.

Semoga usaha ini dipermudahkan dan diberkati Allah Taala.


Lihat perkongsian pengalaman mangsa kencing tikus dan info lanjut


Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.