Jumaat, 12 September 2014

Khasiat minyak zaitun

Siri Rahsia Ramuan Minyak Morhabshi

Minyak zaitun adalah salah satu bahan yang terdapat dalam Minyak Morhabshi

Firman Allah Taala:
“Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1)

Perihal minyak zaitun juga disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:

"...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api..."

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat." (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Minyak zaitun untuk tujuan perubatan:

Antara kegunaan minyak zaitun (sesetengahnya adalah anjuran Sheikh Nazim al Haqqani):

1) Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah.

2) Untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur.

3) Untuk pesakit lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit.

4) Leukimia: Dibaca ruqyah saratan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama paling kurang 40 hari.

5) Kanser: Dibaca ruqyah saratan dan sentiasa di sapu pada anggota terkena kanser contohnya; kanser otak: kepala, kanser payudara: payudara dan sebagainya.

6) Gastrik: Dibaca ayat syifa' dan diminum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.

7) Masalah penghadaman, usus, sakit perut, cacing dan angin (gas dalam perut): Sama seperti di atas.

8) Gangguan jin, sihir, saka, santau: Zaitun ruqyah disapu di anggota sujud / anggota wuduk / tempat sakit / sendi-sendi utama dan juga diminum seperti di atas.

9) Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.

10) Anti semua kanser,sakit jantung dan 1001 penyakit: Digunakan sebagai minyak masakan utama.

11) Urut: Minyak urut utama. Elok dicampur dengan ma' warad atau air mawar.

12) Melebatkan rambut: Dijadikan minyak rambut utama: Antara sifat nabi adalah rambutnya sentisa berminyak (dengan minyak zaitun)

13) Tenaga batin yang power dan membantu melicinkan proses persetubuhan. Disapu pada anggota kelamin lelaki dan wanita untuk proses kelamin yang menakjubkan.

14) Untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka dan parut pada anggota lain di badan.
Dan banyak lagi...

Minyak zaitun adalah salah satu bahan yang terdapat dalam Minyak Morhabshi.


Sumber:
http://alshiffa.blogspot.com/p/blog-page_9.html

2 ulasan:

fazliana berkata...

sgt bagus khasiat minyak zaiton...org2 barat pn memasak gune minyak zaiton..kita sebaliknya..waAllahua'lam

Tanpa Nama berkata...

Tiap-tiap hari saya makan sebiji (1000 mg) minyak zaitun berbentuk kapsul. Memang mujarab...

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.