Jumaat, 19 September 2014

Menjadi Bijaksana 170914

(Menginsafi Faktor Penciptaan Diri)
Kenalkah anda tumbuhan ini?

Sekitar 10.00 pagi ia akan mengembangkan kelopak bunganya, memberi kebahagiaan pada orang yang memandang sebelum menguncup dan gugur ke bumi menjelang tengahari.

Petang, meski tidak lagi terampil cantik namun diam-diam ranting-rantingnya menghulur putik baru tanpa manusia sedar.

Esok, ia akan mulai sekali lagi kitaran hidup dan mengumpan manusia untuk terus menyayanginya.

Dalam pada itu tak ramai manusia sedar dedaunnya melepaskan oksigen sambil menyerap karbon dioksida bagi mengimbangi ekosistem bumi.

Demikian setiap hari sang pohon mengabdi diri pada Yang Esa sehinggalah ajal menjemputnya kembali mereput menjadi tanah.

Adakah kita sepatuh dan setaat itu?

Kita juga makhluk sebagaimana pokok. Namun kita tidak terpacak di satu-satu tempat sampai mati. Kita diberi peluang untuk ke sana ke sini sesuka hati.

Mempunyai kaki menjadikan manusia boleh bergerak ke sana ke mari. Namun ia masih belum cukup tanpa mata yang menjadi radar untuk mengetahui lokasi yang dituju.

Mata juga mengesan objek-objek yang menjadi penghalang dan mengenal tanda-tanda yang membawa ke tempat yang dituju.
Tidak cukup dengan mata, kita juga diberi telinga bagi mengesan objek-objek yang mengeluarkan bunyi.

Kita juga dibekalkan kulit untuk mengesan sesuatu yang tersentuh, hidung yang bertindak mengenali bau, dan lidah sebagai deria yang peka dengan rasa.

Itulah radar kita.

Kelima-lima alat pengesan tersebut bertanggung jawab menghantar maklumat mengikut pengkhususan masing-masing ke pusat pemprosesan yang dinamakan otak.

Ada masanya MATA yang mulakan dulu.
Ada sesuatu yang terlayar di hadapannya lalu maklumat itu dihantar ke otak untuk dianalisis. Ciri-ciri objek dikenalpasti dan diberi kod khas agar semua sistem mengenalinya untuk tindakan lanjut.

Walaupun maklumat telah lengkap namun tidak semua disusuli tindakan proaktif. Selalunya disimpan sahaja di dalam memori.

Cuma apabila dirasakan penting maka barulah otak menggerakkan anggota tertentu untuk bertindak.

Persoalannya, bahagian manakah pada diri kita yang membuat keputusan bahawa sesuatu perkara itu PENTING dan perlukan tindakan?

Di sinilah perbincangan kita bermula.

Semua manusia tidak terlepas daripada membuat keputusan namun ada beberapa tingkat keputusan yang biasanya ditanggapi sebagai:

Tindakan bodoh.
Tindakan normal.
Tindakan bijak.
Tindakan bijaksana.

Mana satukah pilihan kita? Adakah kita akan menjadi seperti pokok bunga tadi yang akur dengan faktor penciptaan diri atau seperti haiwan liar yang membaham mangsa sesuka hati?

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.