Jumaat, 30 April 2010

selamat datang puteraku

Alhamdulillah.

Penantian kami lebih kurang sembilan bulan berakhir pagi ini. Isteri saya telah selamat melahirkan anak ketiga kami. Lebih tepat lagi putera ketiga dan yang terakhir, rasanya.

Walaupun isteri saya tiada masalah semulajadi untuk bersalin secara normal namun kerana dua kelahiran sebelum ini melalui pembedahan maka beliau memilih untuk dibedah.

Memanglah kami menginginkan anak perempuan. Siang malam berdoa diberikan seorang puteri. Namun Allah SWT maha mengetahui dan pemberian-Nya ini amat kami syukuri.

Walaupun demikian urusniaga minyak Morhabshi tetap berjalan seperti biasa. Hal ini kerana selama ini semua tugas pembungkusan dan penghantaran tidak dilakukan oleh saya. Setiap pesanan akan dimajukan kepada bahagian penghantaran. Oleh itu ia dapat berlangsung seperti biasa.

Malah, ketika isteri adik saya yang menguruskan penghantaran dimasukkan ke hospital selama seminggu akibat denggi bulan lalu, proses penghantaran tidak terjejas. Hal ini kerana kami bekerja secara berpasukan.

Alhamdulillah. Mulai petang ini, sebotol minyak Morhabshi sudah disediakan untuk bayi kami. Sebelum senja, kami akan calitkan sedikit pada tubuhnya bagi mengelakkan gangguan makhluk halus dan sebagainya. Mulai pagi esok, minyak ini disapu pada pusat agar mudah tanggal. Ia juga akan disapu pada perut bagi mengelakkan kembung.

Begitulah yang kami lakukan pada bayi-bayi kami sebelum ini.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.