Jumaat, 19 Jun 2009

Minyak Morhabshi bukan sekadar minyak angin



Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad tidak setuju minyak morhabshi dipanggil minyak angin. Hal ini kerana minyak morhabshi berbeza daripada minyak angin.  Ia memang unik.

Namun oleh kerana orang Melayu sudah terbiasa dengan minyak angin maka istilah itu tetap digunakan oleh orang kampung.

Penggunaan minyak angin memang sudah terkenal sejak zaman berzaman dalam masyarakat Melayu, Cina, India dan di seluruh dunia. Bahan utama bagi membuat minyak angin boleh terdiri daripada haiwan seperti gamat, kambing gurun, dan lintah ataupun campuran herba seperti kayu putih, raja kayu, dan sebagainya. Terdapat juga minyak angin yang mengandungi campuran haiwan dan herba.

Minyak angin boleh didapati dalam dua bentuk iaitu 'sejuk' dan 'panas'. Namun penggunaan metanol dalam minyak angin pernah dipertikai beberapa pihak kerana dibimbangi meninggalkan kesan sampingan.

Kegunaan utama minyak angin ialah bagi menyembuhkan luka kecil, memulihkan sengal, lenguh, dan merawat sakit perut. Lazimnya minyak angin digunakan secara urutan dan sapuan luar.

Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad tidak begitu gemar dengan penggunaan methanol dan minyak haiwan dalam amalan perubatan beliau. Namun beliau bukan menolak khasiat tersebut sebaliknya mencarikan pengganti daripada bahan tumbuhan.

Minyak Morhabshi diadun menggunakan lebih 33 herba dan akar kayu serta dicampur lebih tujuh jenis minyak tumbuhan. Walaupun terdapat murid beliau yang diajarkan cara menghasilkan Minyak Morhabshi, namun mereka hanya menggunakan 17 jenis herba sahaja.

Penyediaannya diiring bacaan lisan ayat-ayat suci Al-Quran serta doa kepada Allah SWT.

Minyak Morhabshi bukan sahaja bebas daripada bahan kimia atau dadah malah terhindar daripada penggunaan serapah atau jampi.

Keunikan Minyak Morhabshi ialah adanya campuran resin Morhabshi serta khasiat Raja Kayu. Lebih istimewa lagi, khasiatnya melangkaui kegunaan fikikal dan dalaman.

Bagi pengguna Minyak Morhabshi pastinya mereka faham kenapa almarhum enggan menyamakan minyak rumusannya dengan minyak angin. Hal ini kerana Minyak Morhabshi meliputi luar, dalam, serta mistik.

Ustaz Hamid mengatakan ia boleh diminum dengan cara mencampurkan 5-6 titik sehingga 1 sudu teh ke dalam 1/3 cawan air suam atau diminum terus tanpa air.

Ia disapukan pada sendi-sendi, ubun-ubun, belakang telinga dan tengkuk bayi, kanak-kanak dan dewasa.

Setakat ini, alhamdulillah pihak kami banyak mendapat maklum balas positif daripada para pelanggan.



Kemaskini 12 sept 2014

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.