Perjalanan petang di lebuhraya dalam cuaca yang begitu panas memaksa kami singgah di R&R Jejantas Ayer Kroh. Sekadar untuk membeli air bagi menghilangkan dahaga.
Namun tidak semena-mena perut memulas. Saya segera bergegas ke tandas yang disediakan PLUS.
Apabila kembali ke kereta, isteri saya memberitahu bahawa beliau telah memberikan sebotol minyak yang mengandungi morhabshi dan pelbagai herba serta diruqyahkan itu pada sebuah keluarga yang turut berhenti di situ.
Kata isteri saya bayi keluarga tersebut tiba-tiba menangis dan matanya membeliak sambil memandang ke atas. Pasangan tersebut kelihatan panik.
"Lepas guna minyak tersebut, 'baby' tu terus diam," putera saya yang berusia 10 tahun menyampuk.
Saya terdiam sejenak. Bukan apa, bimbang anak-anak menyimpan konsep yang salah tentang minyak rumusan moyang mereka itu.
"Allah menjadikan sesuatu secara bersebab. Kita namakan konsep 'sebab & akibat'. Walhal Allah sebenarnya tidak memerlukan sebarang 'penyebab' untuk melakukan apa-apapun." Saya cuba menjelaskan.
"Jika Allah tidak mencipta konsep 'sebab & akibat' kehidupan manusia boleh menjadi kucar kacir."
"Cuba bayangkan bagaimana jika kita dahaga dan kita tidak pasti bagaimana untuk menghilangkan dahaga?"
" kenapa tidak pasti? Sebab, ada masanya jika kita melompat-lompat maka dahaga pun hilang. Kadang-kadang rasa dahaga boleh hilang begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa. Malah adakalanya dahaga tidak hilang walaupun kita minum berjag-jag air!" Saya memberikan andaian.
Maksud andaian saya ialah bagi menjelaskan: jika sejarah tidak pernah bermaksud apa-apa dalam kehidupan manusia maka sukarlah manusia membuat keputusan.
Justeru Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang memberikan konsep 'sebab & akibat' bagi membantu manusia membuat keputusan dan mengambil tindakan sewajarnya.
Satu lagi contoh:
"Apabila kita lapar, kita akan mencari makanan dan makan. Makanan menyebabkan tubuh kita kembali bertenaga. Begitu juga apabila kita sakit maka kita akan menggunakan ubat supaya kembali sihat." saya menerangkan lagi.
"Ustaz Hamid membuat sejenis minyak bagi tu adalah penyebab kepada penyembuhan beberapa jenis penyakit, termasuk jika diganggu makhluk halus. Walaupun kita tidak tahu bagaimana minyak tu boleh menyebabkan bayi tadi berhenti menangis, namun kita7 dapati ia memang berkesan selama ini."
"Kenapa dan bagaimana ia berkesan? Sudah tentu kerana Allah menjadikan ia berkesan. Hal ini kerana konsep 'sebab & akibat' itu sendiri dicipta oleh Allah. Kalau nak tahu lagi, kenalah belajar dan buat kajian. Nanti kita akan tahu kaitan-kaitan lain." saya menambah lagi.
Bagi saya kanak-kanak perlu diberitahu konsep sebenar sesuatu perkara walaupun mereka tidak begitu faham. Nanti mereka akan cuba berfikir dan mencari jawapannya.
Dalam pada itu galakkan kanak-kanak untuk merujuk semula pada kita. Secara tidak langsung ia menggalakkan kita meningkatkan ilmu pengetahuan kita sendiri.
Apabila saya mencadangkan anak-anak merujuk pada kita bukan bermaksud menyuruh mereka terlalu bergantung pada kita sebaliknya agar kita dapat memantau pemikiran mereka. Galakkan mereka meneroka tetapi sentiasalah membimbing mereka.
Kami sekeluarga kemudiannya meneruskan perjalanan untuk pulang ke kampung.
Sudahkah anda membawa keluarga menjengah ibu bapa sempena cuti sekolah kali ini?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan