Blog untuk Ramuan & Petua Ekslusif (percuma)

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Kami adalah pengeluar Minyak Morhabshi. Anda boleh mendapatkan terus produk ini daripada kami pada 'harga kilang'. Layari web rasmi kami www.morhabshi.com/

Rendang oh rendang

>> Monday, October 6, 2008

Cuba bayangkan...

Anda sedang memandu di lebuhraya dan tiba-tiba perut anda memulas sepulas-pulasnya (maaf le DBP. Boleh guna ke ayat tu?). Anda melihat ke papan tanda dan ternyata R&R masih jauh lagi.

Baru-baru ini saya dan anak saya mengalami fenomena tersebut. Dak Haziq dah mengigal-ngigal tidak tahan untuk membuang air besar. Saya sendiri sudah gelisah. Ini semua penangan rendang raya la ni. Setiap rumah yang kami singgah menyediakan juadah rendang yang sedap-sedap. Tau saja lah rendang. Macam-macam rempah digaul dan perut kita pula menerima berbagai-bagai resepi rendang.

Isteri saya mengambil sebotol air mineral dan memasukkan beberapa titis minyak Morhabshi ke dalamnya. “Haziq, minum ni.” katanya.

Namun tidak semudah itu untuk Haziq meminumnya. Mukanya berkeriut dan mulutnya menceceh bagi memberi alasan agar tidak dipaksa minum.

“Alaa, bukan ada rasa apa pun. Minyak tu la yang Harith paling senang minum,” sampuk abangnya,

“Ha, dengar tu. Abang yang paling takut ubat pun tak takut minum minyak Morhabshi.” kataku.

Memang Harith sangat takutkan ubat. Keengganannya memakan ubat kurasa sangat melampau. Malah jika ibunya hendak menyuapkan ubat ke mulut adiknya pun dia awal-awal lagi sudah lari masuk ke bilik.

Akhirnya setelah dipaksa dan dijanjikan dengan sesuatu maka Haziq pun meminum air bercampur minyak Morhabshi tersebut seteguk.

Alhamdulillah, tidak lama selepas itu dia tertidur dan ketika aku berhenti di R&R yang berikutnya dia merasa tidak perlu ke tandas.

Aku? Walaupun sudah kusapu minyak itu ke perut, namun aku perlu juga turun di R&R tersebut. Bukan apa, bagi aku minyak sahaja tidak memadai. Perlu ada asap..!

Isteriku memandang dengan ‘boring’!

Pesanan Demang: simpanlah sebotol Minyak Morhabshi di dalam kenderaan anda. Sebaiknya setiap bas ekspres mesti sediakan 4-5 botol minyak Morhabshi. Hisy... cepat le Demang kaya.

Jom jengah waadat pulak...

6 comments:

perfectwater75 October 7, 2008 10:34 PM  

Salam...,

Bila nak sampai minyak pesanan saya? Hehehe! tak sabar nak cuba..
sudi mampir ke laman blog saya dan komen my new post

thx!

Demang Lebar Daun October 8, 2008 8:46 AM  

Sori, biasanya saya kumpul pesanan dan pos seminggu sekali. He..he, sibuk le konon2.

cabaipadi October 9, 2008 9:04 AM  

Salam,

jenguklah ke laman blog saya dan
Mohon pautan blog saya

http://cabai-padi.blogspot.com/

Latest post on title :

"Bila Mufti 'Diterajang' Keluar!!!"

tq!

cabaipadi

sekilo garam October 9, 2008 9:51 PM  

Salam Tuan Tanah,

Saya Ismail Bangsawan yang menawarkan diri sebagai calon presiden UMNO mohon kerjasama tuan untuk membuat pautan dan sebarluaskan blog saya untuk mendapatkan respon umum tentang penawaran diri saya untuk jawatan tersebut.

thanks!

http://sekilogaram.blogspot.com/

Demang Lebar Daun November 2, 2008 7:48 PM  

cabaipadi,
saya buatkan link drpd waadat.

sekilogaram,
Apa salahnya mencuba, semoga berjaya.

Zulrahman,
Taknak cuba ke minyak morhabshi ni?

Post a Comment

Para pengunjung yang dihormati,

Bagi yang ingin meninggalkan komen atau bersoal jawab dengan saya di sini, anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran sebaliknya gunakan sahaja 'Anonymous'.

Untuk melakukannya, lihat (skroll) ke bawah (kanan) dan anda akan melihat TIGA pilihan iaitu:

> OpenID
> Name/URL
> Anonymous

Klik (tandakan) pada 'Anonymous' dan bolehlah menulis di dalam kekotak yang disediakan.

Setelah siap, anda bolehlah menghantarnya dengan menekan butang/ikon 'Publish Your Comment'.

komen anda boleh dilihat serta merta dan jika anda ingin memadamkannya, sila lihat ikon 'tong sampah' di bawah komen yang dipaparkan itu dan klik di situ.

Anda dinasihatkan untuk menaipkan nama pengenalan bagi memudahkan saya merujuk kepada anda ketika memberi respon. Jika boleh, sertakan sama alamat email anda bagi memudahkan saya memaklumkan jawapan balas saya terhadap persoalan atau respon yang anda kemukakan.

Pertanyaan dan pesanan juga boleh dibuat secara terus melalui SMS kepada saya (0194402211) atau isteri saya (0194522211).

Terima kasih.