Blog untuk Ramuan & Petua Ekslusif (percuma)

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Kami adalah pengeluar Minyak Morhabshi. Anda boleh mendapatkan terus produk ini daripada kami pada 'harga kilang'. Layari web rasmi kami www.morhabshi.com/

Selamat Hari Raya aidil fitri

>> Friday, September 26, 2008



Pihak pengurusan morhabshi.com mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir & bathin.

Nota:
Kepada yang membuat tempahan selepas 23 Sept 2008, penngiriman produk hanya akan dilakukan mulai 6 Okt 2008 (seminggu selepas raya).

Nombor akaun bank hanya akan dihantar melalui SMS selepas anda menerima produk yang dihantar. Sila sahkan penerimaan produk melalui SMS 019 4402211.

Kepada yang membuat tempahan sebelum 20 Sept 2008 tetapi masih belum menerima produk diharap dapat menghubungi saya segera.



Terima kasih.

5 comments:

perfectwater75 September 29, 2008 11:20 AM  

Salam!

Saya rasa tawaran untuk menglinkkan blog tuan amat menari jadi saya sudah membuat pautan tersebut...Bukan semata-mata untuk mendapatkan 3 botol percuma tetapi lebih kepada hendak mengenali produk herba ini...

thx!

p/s:sudi mampir ke laman blog saya

hafiz September 29, 2008 12:11 PM  

salam! Selamat Hari Raya! pertama kali saya mendengar tentang produk ini! amat menarik sekali!

Demang Lebar Daun October 1, 2008 9:06 PM  

Waalaikum salam perfectwater,
Sebenarnyalah salah satu tujuan saya ialah utk memberi peluang rakan2 blogger mencuba khasiat minyak ini. Soal ganjaran per klik tsbt cuma sampingan. Namun, mana tahu ia memberikan hasil yg baik? Jika berlaku, alhamdulillah. Jika tidak, sekurang-kurangnya sdra mendapat satu hadiah istimewa drpd saya.

Terima kasih perfectwater. Kirimkan alamat lengkap sdra (0194402211).

Demang Lebar Daun October 1, 2008 9:14 PM  
This post has been removed by the author.
Demang Lebar Daun October 1, 2008 9:16 PM  

Waalaikum salam Hafiz,
Selamat hari raya.
Produk ini dirumus sendiri oleh datuk saya, Ustaz Hj Abdul Hamid kira2 50 tahun lalu. Alhamdulillah ramai yg mengakui produk ini memberi manafaat kpd mereka.

Datuk saya meninggal dunia kira-kira 3 tahun lalu di Maahad Islamiah Derang Kedah dlm usia lebih 80 tahun. Maahad tersebut ialah pusat pendidikan terakhir beliau bertugas sbg tenaga pengajar di samping memberikan perkhidmatan perubatan di situ.

Selain perubatan tradisional Melayu, beliau juga mempunyai tauliah dalam bidang perubatan Homeopathy dan merupakan sahabat kpd Dr Azizan (Era Edar).

Usaha saya ini adalah bagi mengelakkan rumusan berharga ini pupus ditelan zaman. Jangan sampai anak cucu kita menyangka nenek moyang mereka tidak pandai berjasa.

Wallahu'alam.

Post a Comment

Para pengunjung yang dihormati,

Bagi yang ingin meninggalkan komen atau bersoal jawab dengan saya di sini, anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran sebaliknya gunakan sahaja 'Anonymous'.

Untuk melakukannya, lihat (skroll) ke bawah (kanan) dan anda akan melihat TIGA pilihan iaitu:

> OpenID
> Name/URL
> Anonymous

Klik (tandakan) pada 'Anonymous' dan bolehlah menulis di dalam kekotak yang disediakan.

Setelah siap, anda bolehlah menghantarnya dengan menekan butang/ikon 'Publish Your Comment'.

komen anda boleh dilihat serta merta dan jika anda ingin memadamkannya, sila lihat ikon 'tong sampah' di bawah komen yang dipaparkan itu dan klik di situ.

Anda dinasihatkan untuk menaipkan nama pengenalan bagi memudahkan saya merujuk kepada anda ketika memberi respon. Jika boleh, sertakan sama alamat email anda bagi memudahkan saya memaklumkan jawapan balas saya terhadap persoalan atau respon yang anda kemukakan.

Pertanyaan dan pesanan juga boleh dibuat secara terus melalui SMS kepada saya (0194402211) atau isteri saya (0194522211).

Terima kasih.