Gatal? Ini ubatnya...
>> Sunday, October 19, 2008
Sebenarnya banyak ubat di pasaran yang boleh menyembuhkan gatal-gatal. Cuma kelebihan minyak Morhabshi ini ialah jika anda menyimpannya di rumah, bukan sahaja gatal... kurap, ruam bayi, kudis, luka, dan pelbagai penyakit kulit lain pernah disembuhkan dengan minyak ini. Malah, kayap pun boleh. Arwah Tokwan saya kata, kanser pun boleh. Terutama kanser kulit. Insya-Allah.
Selain itu, dengan minyak ini juga anda tidak perlu risau jika senak perut di tengah malam atau di dalam bas ekspres. Jika bayi anda menangis tak tentu pasal di tengah malam buta, gunakan minyak ini. Tak kesah lah samada anda percaya bahawa tangisan itu akibat diganggu makhluk halus ataupun anda tak percaya benda-benda macam tu. Mungkin bayi anda kembung perut. Setakat ini ramai yang mengakui kemujaraban minyak Morhabshi. Terutama yang melibatkan perut.
Pernah suatu hari teman adik ipar saya singgah di sebuah asrama. Kebetulan pada masa itu berlaku kejadian histeria. Dalam keadaan kelam kabut itu, seorang pelajar perempuan yang sedang menjerit-jerit dimasukkan ke dalam keretanya untuk dibawa ke hospital. Tiba-tiba, sebaik sahaja pelajar itu masuk ke dalam kereta, dia terus diam. Maka dikeluarkan semula daripada kereta. Serta merta pelajar itu kembali menjerit-jerit. Apabila dimsukkan sekali lagi ke dalam kereta, pelajar itu diam semula.
Mungkinkah budak perempuan itu suka naik kereta? atau 'hantu' yang mengganggunya itu yang takut naik kereta?
Puas teman adik ipar saya itu memikirkan sebab musababnya. Tiba--tiba dia teringat: sehari sebelum itu dia telah membeli beberapa botol minyak Morhabshi daripada saya. Sebotol daripadanya telah tertumpah di dalam kereta itu. Mungkin itu lah sebabnya!
Sebenarnya terlalu banyak kes-kes begitu yang pernah ditangani menggunakan minyak Morhabshi. Akhirnya orang ramai lebih suka membeli minyak Morhabshi untuk tujuan menghindari makhluk halus sahaja. Akibatnya jualan ulangan minyak Morhabshi tidak begitu memuaskan hati saya. Maklumlah, berapa titik sangat yang digunakan untuk tujuan itu. Lagipun, bukan selalu sangat orang kena rasuk.
Itulah sebabnya beberapa orang rakan mencadangkan harga sebotol minyak Morhabshi dinaikkan antara RM20-RM30 sebotol. Tapi tak tergamak pulak rasanya. Harga RM4.90 sebotol dah wajar. Kalau nak order, minimum 5 botol berharga RM20 termasuk belanja pos. Apabila dah terima nanti, SMS pada saya (019 440 2211) dan saya akan berikan nombor akaun bank untuk tujuan pembayaran.
Satu lagi strategi saya ialah menggunakan botol plastik yang ringan dan mempunyai mulut botol yang agak besar. Dengan itu saya berharap botol itu akan mudah terbalik dan segala isinya akan tertumpah. Cepatlah sikit pelanggan saya beli yang baru!
Anda ada idea lain? Jika tiada, belilah sekarang sebelum saya naikkan harganya.
3 comments:
Salam!
Saya nak tambah order lagi tiga set, bukan sebab dia tumpah tetapi nak bagi kawan2 try...Cash On Delivery...thx atas hadiah tuan...
thx!
perfectwater,
Insya Allah saya akan post. Tapi kena bagi adres sdra lagi sekali sebab adres book saya 'mabuk'. Habis semua lenyap. sms 019 4402211.
Salam,
Memang bagus minyak ni untuk kudis dan kurap. Adik sepupu saya terkena kurap dan gatal bila saya hulurkan minyak Morhabshi ni tak sampai 3 hari kurap dan kudis dah mula mengering. Sungguh berkesan
Post a Comment